Pergi ke kandungan

Kumbang kayap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumbang kayap
Kumbang kayap di Eurasia barat
Pengelasan ilmiah e
Alam: Animalia
FIlum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Coleoptera
Suborder: Polyphaga
Infraorder: Staphyliniformia
Superfamili: Staphylinoidea
Famili: Staphylinidae

Lameere, 1900
Subfamili

Kumbang kayap (Jawi: كومبڠ کايڤ), ialah sebuah famili kumbang (Staphylinidae)[1] yang mempunyai elytra (penutup sayap) pendek. Serangga ini ada kira-kira 63,000 spesies dengan beribu-ribu genus, dan ia merupakan kumpulan organisma terbesar yang masih hidup. Kumpulan ini sudah lama wujud, dengan fosil kumbang kayap daripada genus Leehermania ditemui wujud dari zaman Trias kira-kira 200 juta tahun dahulu.[2] Dari segi ekologi dan rupa bentuk, kumpulan ini amat luas dengan beraneka kumbang dalamnya, dan biasa ditemui dalam ekosistem bertanah dan sawah.

Struktur fizikal

[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana familinya amat besar, ada banyak perbezaan daripada spesies ke spesies. Saiz kumbang kayap boleh berukuran antara <1 ke 35 mm (1.4 in), dan yang paling besar antara 2–8 mm, dan badan ia selalunya memanjang, tetapi ada yang berbentuk membujur. Warnanya antara kuning dan merah, ke perang kemerah-merahan, ke coklat ke hitam, ke biru, dan hijau pendarrona. Sesungut biasanya terbahagi kepada 11 segmen dan halus, dan dalam sesetengah genus ada bonjol-bonjol. Abdomen ia panjang dan fleksibel, dan sesetengah kumbang kayap rupa seakan-akan lelawi.

Anggota-anggota Paederina (lebih tepat sekali genus Paederus), sebuah subtribus Paederinae, mempunyai vesikan (bahan pelepuh) yang kuat dalam hemolimpa mereka dan boleh menyebabkan keradangan pada kulit, dipanggil dermatitis linearis. Bahan pelepuh bernama pederin ini adalah amat bertoksin, dan lebih kuat berbanding bisa ular tedung.[3]

Kumbang kayap boleh hidup dalam pelbagai habitat di mana kumbang dapat hidup, dan ialah memakan banyak benda kecuali tisu hidup tumbuhan pembuluh, tetapi kini itu juga menjadi makanan mereka selepas penemuan pemakanan Himalusa thailandensis. Kebanyakan kumbang kayap merupakan haiwan pemangsa yang hidup di atas permukaan hutan dan memakan serangga dan makhluk invertebrata yang lain. Ia biasanya hidup di bawah batu-batu dan di kawasan berair tawar. Hampir 400 spesies hidup di persisiran laut yang tenggelam apabila arus pasang,[4] seperti Thinopinus pictus,[5] namun ia tidak cecah 1% bilangan keseluruhan Staphylinidae di dunia. Ada spesies yang telah hidup sebagai makhluk inkuilin (makhluk yang hidup secara komensalis dalam tempat tinggal haiwan lain) dalam sarang semut dan anai-anai, dan hidup secara bersalingan dengan haiwan mamalia untuk memakan pinjal dan parasit-parasit lain, justeru itu memberi manfaat kepada perumah. Sebeberapa spesies, seperti yang dalam genus Aleochara, merupakan pembangkai mahupun makhluk parasit kepada serangga lain, terutama sekali pada beberapa jenis kepompong lalat.

  1. ^ Gomes Gonçalves, Marcos Paulo (December 2017). "Relationship Between Meteorological Conditions and Beetles in Mata de Cocal". Revista Brasileira de Meteorologia. 32 (4): 543–554. doi:10.1590/0102-7786324003. ISSN 0102-7786.
  2. ^ Chatzimanolis, Stylianos; Grimaldi, David A.; Engel, Michael S.; Fraser, Nicholas C. (2012). "Leehermania prorova, the Earliest Staphyliniform Beetle, from the Late Triassic of Virginia (Coleoptera: Staphylinidae)". American Museum Novitates. 3761 (3761): 1–28. doi:10.1206/3761.2.
  3. ^ "Ectoparasites". Institute of Tropical Medicine, Antwerp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2007-06-04. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Frank, J.H. & Ahn, K.-J. (2011). "Coastal Staphylinidae (Coleoptera): A worldwide checklist, biogeography and natural history". ZooKeys. 107: 1–98. doi:10.3897/zookeys.107.1651. PMC 3392188. PMID 22792029.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Craig, P. C. (1970). "The behavior and distribution of the intertidal sand beetle, Thinopinus pictus (Coleoptera: Staphylinidae)". Ecology. 51 (6): 1012–1017. doi:10.2307/1933627. JSTOR 1933627.
  • Ross H. Arnett, Jr. dan Michael C. Thomas, American Beetles (Percetakan CRC, 2001), jil. 1
  • Betz O., Irmler, U. dan Klimaszewski, J. (eds.) Biology of rove beetles (Staphylinidae) - Life history, evolution, ecology and distribution (Springer, 2018)

Nukilan penting

[sunting | sunting sumber]

Untuk fauna Palaeark, karya-karya yang paling terkini ialah:

  • Lohse, G.A. (1964) Familie: Staphylinidae. In: Freude, H., Harde, K.W. & Lohse, G.A. (Eds.), Die Käfer Mitteleuropas. Band 4, Staphylinidae I (Micropeplinae bis Tachyporinae). Krefeld: Goecke & Evers Verlag, 264 pp.
  • Lohse, G.A. (1974) Familie: Staphylinidae. In: Freude, H., Harde, K.W. & Lohse, G.A. (Eds.), Die Käfer Mitteleuropas. Band 5, Staphylinidae II (Hypocyphtinae und Aleocharinae). Pselaphidae. Krefeld: Goecke & Evers Verlag, 381 pp.
  • Lohse, G.A. (1989) Ergänzungen und Berichtigungen zu Freude-Harde-Lohse "Die Käfer Mitteleuropas" Band 5 (1974), pp. 185–243 In: Lohse, G.A. & Lucht, W.H. (Eds.), Die Käfer Mitteleuropas. 1. Supplementband mit Katalogteil. Krefeld: Goecke & Evers Verlag, pp. 185–243.

Karya berantau

[sunting | sunting sumber]

Eropah

  • Lott, D.A. (2009). The Staphylinidae (rove beetles) of Britain and Ireland. Part 5: Scaphidiinae, Piestinae, Oxytelinae. Handbooks for the identification of British insects, jil. 12, bhg 5. St Albans: Royal Entomological Society. Fauna British dand Ireland sahaja
  • Tronquet, M. (2006). Catalogue iconographique des Coléoptères des Pyrénées-Orientales. Jil. 1: Staphylinidae. Supplément au Tome XV de la Revue de l’Association Roussillonnaise d’Entomologie. Perpignan: Association Roussillonnaise d’Entomologie. Dipenuhi ilustrasi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]