Pergi ke kandungan

Pemangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ular Sawa India menelan seekor rusa Chital dewasa di Taman Negara Mudumalai.

Dalam bidang ekologi, pemangsaan merupakan interaksi biologi yang mana organisma yang memburu - atau pemangsa - memakan organisma yang diserang atau mangsa (serapan Sanskrit: मांस, rumi: māṃsa, lit.'daging'[1]) ia.[2] Pemangsa tidak semestinya membunuh mangsanya sebelum makan, apapun tindakan pemangsaan sentiasa tidak menyebelahi pihak mangsa.[3] Satu lagi jenis penggunaan seumpamanya ialah detritivori, iaitu penggunaan bahan organik yang sudah mati (detritus). Adakalanya sukar untuk memisahkan kedua-dua perilaku makan tersebut[2], contohnya: sesuatu organisme perumah menjadi mangsa kepada spesies parasit yang bertelur di atasnya agar anak-anaknya meragut bangkainya. Sebenarnya, sifat utama pemangsaan ialah kesan langsung pemangsa terhadap bilangan mangsa. Sebaliknya, detritivor sekadar memakan apa yang sedia ada tanpa memberikan kesan langsung kepada organisma "penderma".

Bagi sesetengah saintis, istilah "pemangsa" bererti mana-mana haiwan atau benda hidup yang memakan apa sahaja, tidak semestinya haiwan lain. Lembu yang meragut rumput dikira sebagai pemangsa rumput itu. Tumbuh-tumbuhan bukan pemangsa kerana menghasilkan makanan sendiri.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Tema yang menyatukan semua jenis pemangsaan ialah tindakan pemangsa mengurangkan kesihatan pemangsanya, atau dalam erti kata lain, mengurangkan peluang mangsa untuk bermandiri atau membiak, atau kedua-duanya sekali. Cara-cara mengelaskan jenis pemangsaan yang dipantau di sini termasuk pengumpulan mengikut paras trofik atau pemakanan, pengkhususan, dan sifat interaksi pemangsa dengan mangsanya.

Pengelasan fungsi

[sunting | sunting sumber]

Daripada memberi tumpuan kepada apa yang dimakan, sistem ini mengelaskan pemangsa mengikut cara pemakanannya, dan sifat interaksi antara spesies pemangsa dan mangsa secara amnya. Di sini dipertimbangkan dua faktor: Betapa rapatnya pemangsa dan mangsa dalam habitat, dan sama ada mangsa dibunuh terus oleh pemangsa.

Pemangsa sebenar

[sunting | sunting sumber]
Singa dan anaknya memakan kerbau.

Pemangsa sebenar ialah pemangsa yang membunuh lalu memakan organisma yang lain, sementara jenis pemangsa yang lain pula semuanya mengancam mangsa walau apa cara pun, lama-kelamaan matilah mangsa. Pemangsa boleh giat memburu mangsa, atau menunggu datangnya mangsa untuk dihendap. Sesetengah pemangsa membunuh mangsa yang lebih besar, lalu mengunyahnya sebelum memakannya, seperti jaguar, manakala yang lain memakan mangsa yang lebih kecil hidup-hidup, seperti ular, atau bangau menelan katak. Sesetengah pemangsa menghasilkan bisa untuk melemahkan mangsa sebelum membahamnya dengan membunuh (seperti ampai-ampai), atau melumpuhkannya (seperti siput rangkik); ataupun menggunakan bisa itu untuk menghadam mangsa sebelum memakannya (seperti ular orok-orok dan sesetengah labah-labah). Selain itu, mangsa boleh mati dalam mulut atau sistem pencernaan pemangsa. Contohnya, ikan paus balin menelan jutaan plankton sekaligus, lalu mangsanya dicebis-cebiskan sejurus selepas memasuki ikan paus itu. Pemangsaan benih juga satu lagi bentuk pemangsaan sebenar, kerana benih melambangkan organisma berpotensi. Pemangsa sebenar ini tidak semestinya memakan seluruh bangkai mangsanya, khususnya yang tidak boleh menghadam tulang. Ada yang sekadar memakan sebahagian organisma, seperti meragut, tetapi apapun menyebabkan kematian mangsanya.

Organisma peragut juga boleh tetapi jarang membunuh spesies mangsanya. Walaupun sesetengah herbivor seperti zooplankton hidup dalam fitoplankton unisel dan tiada pilihan selain membunuh mangsanya, itupun hanya meragut secebisan kecil tumbuhan tersebut. Haiwan ternakan peragut seperti lembu boleh mencabut rumput pada akarnya, tetapi selalunya sekadar meragut cebisan atas rumput, maka membolehkan rumput tumbuh semula. Haiwan juga boleh 'diragut', misalnya: nyamuk betina menghinggapi perumahnya sekejap untuk menyedut protein yang cukup untuk perkembangan anak-anaknya. Tapak sulaiman juga boleh diragut, tetapi berupaya menumbuhkan semula lengan yang tercabut.

Parasit adakalanya sukar dibezakan daripada peragut. Cara pemakanannya banyak persamaannya, cuma lebih rapat dengan spesies perumahnya. Sementara spesies peragut seperti gajah boleh mengembara berbatu-batu panjangnya dalam sehari, meragut pelbagai tumbuhan sepanjang perjalanannya, parasit pula amat rapat dengan perumahnya, hinggakan cuma ada satu atau sebilangan kecil perumah sepanjang hayat. Ini boleh disifatkan sebagai simbiosis ("hidup bersama"), tetapi berbeza daripada kesalingan yang mana kesihatan perumah terjejas. Organisma parasit boleh berbentuk makroskopik seperti kulat, atau mikroskopik dalaman seperti kuman taun. Ada spesies parasit yang longgar hubungannya dengan perumah, contohnya: beluncas boleh meragut sebatang tumbuhan secara parasit, atau meragut tumbuhan-tumbuhan lain yang berdekatan.

Parasitoid

[sunting | sunting sumber]

Parasitoid ialah organisma yang hidup di atas atau dalam perumahnya dan memakan terus dari perumah itu, lambat-laun menyebabkan kematian perumahnya, lebih kurang seperti parasit yang menjalin hubungan simbiosis yang rapat dengan perumahnya. Seperti kedua-dua pengelasan di atas, pemakan parasitoid tidak terus membunuh perumahnya, cuma bezanya dari parasit ialah parasitoid memastikan kematian perumahnya seperti pemangsa sebenar. Contoh parasitoid ialah penyengat ikneumon, serangga bersendiri yang hidup bebas sebagai dewasa, kemudian bertelur atas spesis lain seperti beluncas. Larva-larvanya memakan perumahnya yang membesar tanpa mengancamnya pada mulanya, tetapi lambat-laun meragut organ-organ dalamannya, sehingga akhirnya memusnahkan sistem saraf lalu menyebabkan kematian perumah. Ketika inilah anak-anak penyengat cukup berkembang untuk beralih ke peringkat seterusnya dalam kitaran hidupnya. Though limited mainly to the insect order Hymenoptera, Diptera and Coleoptera parasitoids make up as much as 10% of all insect species.[4][5]

Takat pengkhususan

[sunting | sunting sumber]
Seekor buaya katak membaham rusa.

Kebanyakan pemangsa khusus memburu satu atau beberapa spesies mangsa sahaja, sementara yang lain bersifat oportunis dan akan membaham apa-apa sahaja (contoh: manusia dan anjing). Pemangsa khusus ini biasanya amat sesuai dirinya untuk menangkap mangsa kegemarannya, sementara mangsanya juga sebegitu sesuai untuk melepaskan diri daripada pemangsa. Inilah "perlumbaan senjata evolusi" yang sentiasa memastikan keseimbangan bilangan kedua-dua spesies.

Tahap trofik

[sunting | sunting sumber]
Mentadak memakan lebah.

Pemangsa juga boleh menjadi mangsa organisma lain, begitu juga mangsa boleh menjadi pemangsa. Burung gagak yang memakan serangga, boleh menjadi mangsa ular yang boleh menjadi mangsa burung helang. Salah satu cara menggolongkan pemangsa adalah mengikut tahap trofik. Organisma yang memakan autotrof, iaitu pengeluar dalam piramid trofik, dikenali sebagai herbivor atau pengguna primer; organisma yang memakan heterotrof seperti haiwan dikenali sebagai pengguna sekunder. Pengguna sekunder ini juga menjadi mangsa pengguna tertier yang menjadi mangsa kepada pengguna kuartar, dan sebagainya. Disebabkan cuma sebahagian kecil tenaga yang dipindahkan ke tahap yang seterusnya, maka hierarki pemangsaan ini mesti ada batasnya, iaitu jarang sekali mencecah enam tahap, sebaliknya terhad kepada sekitar tiga tahap trofik (contohnya, singa yang memakan gnu yang memakan rumput). Pemangsa di kemuncak mana-mana rantaian makanan (iaitu tidak dimangsakan oleh organisma lain) dipanggil pemangsa kemuncak; contohnya: paus buding, paus sperma, anakonda, biawak komodo, harimau, helang botak, dan buaya Nil, juga makhluk omnivor seperti manusia dan beruang grizli. Pemangsa kemuncak dalam sesebuah persekitaran asalnya sukar mengekalkan kedudukannya apabila dimasukkan ke dalam habitat yang lain, seperti seekor anjing di kalangan buaya; spesies pemangsa yang dimasukkan ke dalam kawasan yang tiada pemangsa, seperti kucing dalam persekitaran dalaman, boleh menjadi pemangsa kemuncaknya.

Kebanyakan organisma (terutamanya manusia) memperoleh makanan dari pelbagai peringkat rantaian makanan, maka menimbulkan masalah dalam pengelasan ini. Seekor karnivor boleh memakan pengguna sekunder dan tertier, dan oleh demikianlah mangsanya sukar dikelaskan. Organisme yang bermakanan herbivor dan karnivor dipanggil omnivor. Itupun herbivor seperti panda gergasi sekali-sekala memakan daging. Pebangkai yang memakan bangkai seekor pemangsa juga berpeluang memakan hasil pencernaan mangsa-mangsa pemangsa tersebut. Tumbuhan maging sukar dimasukkan ke dalam pengelasan ini kerana menghasilkan makanan sendiri sambil menghadam apa-apa sahaja yang terperangkap dalamnya. Organisma yang memakan detritivor atau parasit pasti sukar dikelaskan mengikut cara sebegini.

Persaingan

[sunting | sunting sumber]

Pandangan alternatif yang diberikan oleh Richard Dawkins berbunyi pemangsaan sebagai sebentuk persaingan, iaitu gen-gen pemangsan dan mangsa merebut badan (atau 'jentera kemandirian') organisme pemangsa,[6] paling baik difahami dalam konteks pandangan evolusi tertumpu gen.

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 805. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 111–112. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b Begon, M., Townsend, C., Harper, J. (1996). Ecology: Individuals, populations and communities (Third edition). Blackwell Science, London. ISBN 086542845X, ISBN 0632038012, ISBN 0632043938.
  3. ^ Encyclopedia Britannica: "predation"
  4. ^ Godfray, H.C.J. (1994). Parasitoids: Behavioral and Evolutionary Ecology. Princeton University Press, Princeton. ISBN 0691033250, ISBN 0691000476. P. 20.
  5. ^ Feener, Jr., Donald H. (1997). "Diptera as Parasitoids". Annual Review of Entomology. 42: 73–97. doi:10.1146/annurev.ento.42.1.73. Dicapai pada 2009-03-04. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ Dawkins, R. (1976). The Selfish Gene. Oxford University Press. ISBN 0-19-286092-5.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]