Hari Kesyukuran
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Hari Kesyukuran (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Hari Kesyukuran (bahasa Inggeris: Thanksgiving) adalah satu perayaan penting di Amerika Syarikat (sebagai suatu cuti am pada Khamis keempat November) dan Kanada (Isnin kedua Oktober). Simbol utama perayaan ini ialah hidangan ayam belanda dan pertemuan sesama keluarga. Selain itu, perayaan ini juga disambut setiap tahun di Jepun, Korea Selatan, Filipina, Laos, Liberia, Puerto Rico, Guam, Grenada, dan Kepulauan Virgin.[1]
Sejarah perayaan
[sunting | sunting sumber]Di Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Perayaan hari Kesyukuran moden di Amerika Syarikat dipersetujui kebanyakan orang bersumberkan pendokumentasian jarang sebuah keraian yang bertarikh 1621 dan berlangsung di Plymouth (kini berada di negeri Massachusetts) atas meraikan sebuah penuaian yang berjaya. Golongan Puritan serta Pilgrim – yakni peneroka awal Koloni Plymouth – membawa tradisi puasa dan perayaan mereka dalam penghijrahan mereka dari England sekitar tahun 1620an dan 1630an ke kawasan New England. Menurut Jeremy Bangs, seorang ahli sejarah dan pengarah Muzium Pilgrim Leiden Amerika, golongan Pilgrim barangkali terpengaruh daripada keraian tahunan sempena memperingati Pengepungan Leiden oleh tentera Sepanyol ketika Perang Lapan Puluh Tahun semasa golongan ini mendiami sementara di Leiden, Belanda.[2] Majlis kesyukuran yang berlangsung di kota tersebut pada musim luruh 1617 menjadi sasaran serangan sektarian yang tampak mempercepatkan rancangan-rancangan golongan ini berhijrah ke benua Amerika.[3] Pengadaan pesta menuai tahunan tidak menjadi kebiasaan sehingga lewat tahun 1660an.[4]
Di Kanada
[sunting | sunting sumber]Perayaan hari Kesyukuran di negara Kanada sering bersusul kembali kepada tahun 1578 dengan Martin Frobisher, seorang peneroka Inggeris yang berazam ingin mencari laluan baru ke Lautan Pasifik dari arah utara. Frobisher mengadakan perayaannya atas memanjatkan syukurnya kerana berjaya menghadapi perjalanan yang jauh dari England melintasi ribut-ribut dan aisberg. Keraian yang dilakukan beliau berlangsung semasa pengembaraan beliau ke kawasan jauh utara yang ketiga dan terakhirnya serta diketuai oleh seorang paderi Anglikan yang bernama Robert Wolfall di sebuah teluk (kini dinamai Teluk Frobisher sempena peneroka tersebut) di Pulau Baffin (kini berada dalam wilayah Nunavut).[5]
Asal-usul keraian Kesyukuran di negara ini juga boleh diselidik kembali kepada ketibaan pendatang Perancis ke kawasan Perancis Baru yang diketuai Samuel de Champlain padal awal abad ke-17 bagi meraikan hasil penuaian mereka yang berjaya. Para pendatang Perancis di kawasan itu seringkali mengadakan pesta-pesta di penghujung musim menuai dan berterusan pada musim sejuk, bahkan mereka juga berkongsi makanan dengan masyarakat orang asli di kawasan tersebut.
Hari Kesyukuran kini merupakan cuti am di kebanyakan pemerintahan di Kanada melainkan negeri-negeri di sebelah lautan Atlantik iaitu Pulau Putera Edward, Newfoundland dan Labrador, New Brunswick serta Nova Scotia.[6]
Negara-negara lain
[sunting | sunting sumber]Grenada meraikan suatu hari kesyukuran demi memperingati ketibaan tentera Amerika Syarikat di negara tersebut yang menggulingkan pemerintahan Maurice Bishop, Perdana Menteri Grenada pada ketika itu, serta membebaskan tahanan politik beliau.[7]
Saint Lucia meraikan hari ini pada Isnin pertama bulan Oktober.[8]
Filipina masih meneruskan perayaan hari ini selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1965. Ferdinand Marcos menghidupkan semula sambutan tersebut sebagai menandakan pelantikannya sebagai Presiden Filipina setiap 21 September; walau bagaimanapun hari tersebut tidak lagi disambut setelah Revolusi Kuasa Rakyat yang kemudiannya menggulingkan pemerintahan Marcos pada tahun 1986.[9]
Tradisi perayaan
[sunting | sunting sumber]Perayaan Kesyukuran di Amerika Syarikat biasanya diraikan dengan majlis makan besar-besaran yang dihadiri kesemua ahli keluarga. Makanan yang menjadi hidangan utama perayaan ini terdiri daripada ayam Belanda panggang, kentang lenyek, ubi keledek, sos kranberi dan sayur-sayuran musim luruh seperti labu. Hidangan besar ini diilhamkan suasana kenduri di antara golongan Wampanoag asli dan masyarakat peneroka Pilgrim pada tahun 1621 di Plymouth.
Hujung minggu berdekatan perayaan ini dijadikan tempoh cuti selama empat atau lima hari untuk sekolah dan universiti se-Amerika Syarikat, bahkan para pekerja am dan swasta turut mendapat cuti bergaji mereka pada keraian ini dan sehari selepasnya.[10] Sejak dekad-dekad kebelakangan ini, banyak syarikat turut menggunakan peluang yang ada pada waktu tempoh cuti ini untuk mengadakan jualan hebat - Black Friday misalnya menandakan bermulanya musim membeli-belah Krismas yang berpanjangan di negara tersebut.[11] Cyber Monday diadakan pada Isnin minggu berikutan perayaan ini di mana ia lebih ditumpukan kepada jualan beli-belah dalam talian.[12]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Compton's Interactive Encyclopedia, 2001
- ^ Jeremy Bangs. "Influences". The Pilgrims' Leiden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-13. Dicapai pada September 11, 2010.
- ^ Bunker, Nick (2010). Making Haste From Babylon: the Mayflower Pilgrims and Their World. New York: Vintage Books. m/s. 220–21. ISBN 9780307386267.
- ^ Kaufman, Jason Andrew (2009). The origins of Canadian and American political differences. Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 28. ISBN 0-674-03136-9.
- ^ The three voyages of Martin Frobisher: in search of a passage to Cathai and India by the northwest AD 1576–1578.
- ^ "Statutory Holidays in Canada". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-10. Dicapai pada October 6, 2012.
- ^ "Public Holidays & Events 2017". GOV.gd. 2016-10-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2017-04-17.
- ^ "Saint Lucia's List of Holidays for the Year 2015" (PDF). Stluciachamber.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Mac 14, 2016. Dicapai pada April 17, 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Thanksgiving in the Philippines". Philippine Presidential Museum and Library. Dicapai pada 27 November 2015.
- ^ Cody, Karen James (13 November 2007). "Thanksgiving Holiday Leave Reaches New High; Turkey Stages a Comeback as Employer Holiday Gift". The Bureau of National Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2010. Dicapai pada 26 November 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Lin, Jennifer (30 November 1985). "Why the Name Black Friday? Uh ... Well ..." The Philadelphia Inquirer.
- ^ "'Cyber Monday' Quickly Becoming One of the Biggest Online Shopping Days of the Year". Shop.org.