Pergi ke kandungan

Kota Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Puteri ialah sebuah bandar baru yang berada di dalam negeri Selangor. Terdapat 12 seksyen di dalam kota ini. Pemaju bagi bandar baru ini ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.Kota Puteri berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]

Kota Puteri terletak di timur Kuala Selangor dan barat Rawang. Ia terletak di penghujung daerah Gombak dan bersempadan dengan daerah Kuala Selangor.

Jaringan jalan raya

[sunting | sunting sumber]

Lokasinya strategik dan mempunyai jaringan jalan-jalan utama. Jika anda dari Bandar Raya Kuala Lumpur, Lebuhraya KL-Kuala Selangor boleh digunakan dan keluar di persimpangan Puncak Alam. Laluan Persekutuan Malaysia 54 Jalan Kuala Selangor (B54) juga boleh digunakan untuk menuju ke Ijok atau Kuala Selangor.

Kawasan berhampiran

[sunting | sunting sumber]

Kota Puteri terletak berhampiran dengan Batu Arang, Bandar Tasik Puteri, Ijok, Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya dan Hutan Simpan Rantau Panjang.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • pknsproperty.com/KotaPuteri
  • pkns.gov.my

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.