Pergi ke kandungan

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Nama dagangPKNS
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan1 Ogos 1964; 60 tahun yang lalu (1964-08-01)
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingDato' Seri Amirudin Shari
PemilikKerajaan Negeri Selangor
Tapak webhttps://www.pkns.gov.my/ms/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau singkatannya (PKNS) adalah suatu agensi kerajaan yang ditubuh oleh kerajaan bagi membantu kerajaan negeri Selangor dalam usaha membangunkan negeri dengan kesaksamaan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio ekonomi yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial, khususnya bagi negeri Selangor.

PKNS telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan untuk mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi ke seluruh negeri Selangor berpandukan dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai wawasan negara. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan[1].

Bandar/ Taman yang dimajukan oleh PKNS

[sunting | sunting sumber]
  • Shah Alam, ibu negeri Selangor selepas pembelian Kuala Lumpur oleh kerajaan Malaysia. Dibangunkan pada tahun 1960an.

Anak Syarikat

[sunting | sunting sumber]

PKNS mempunyai beberapa anak syarikat menjadikan PKNS sebagai syarikat konglomerat. Berikut merupakan senarai anak syarikat PKNS[2]:

No. Subsidiary CEO
1 Worldwide Holdings Berhad Y.Bhg. Datin Paduka Hajah Norazlina Zakaria
2 PECB Properties Berhad Tuan Hj. Azhar bin Ahmad
3 Selaman Sdn. Bhd. Puan Hajah Kamarul Azian Hashim
4 PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab. Ghani
5 Pi Brilliant Berhad Tuan Haji Mohd Zain bin Sarman
6 Selgate Corporation Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Noor Hisham bin Mohd Ghouth
7 Datumcorp International Sdn. Bhd. (DCI) YM. Tengku Khairil Azwan bin Tengku Abdul Samad
8 SACC Convec Sdn. Bhd. Puan Hajah Nor Azlina binti Amran
9 Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. Tuan Haji Saharom bin Mohni
10 Akademi PKNS Sdn. Bhd. Encik Mohd Raihan bin Tahir
11 De Palma Management Services Sdn. Bhd. (DPMS) -
12 PKNS FM Integrated Sdn. Bhd. Tuan Haji Shamshul Bahari bin Ahmad
13 PKNS Golf Management Services Sdn. Bhd. Tuan Haji Zubir bin Idrus

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ "SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN PKNS". Malaysiakini. 2013-08-05. Dicapai pada 2025-01-18.
  2. ^ Ean Yong, Hian Wah (31 July 2019). "SENARAI DAN JUMLAH GLC, BADAN BERKANUN KERAJAAN NEGERI". Dewan Selangor.