Kereta kebal Al-Khalid
Al-Khalid | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Pakistan Republik Rakyat China |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2001—kini |
Digunakan oleh | Pakistan |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Norinco, Factory 617 Industri Berat Taxila (HIT) |
Direka | 1990—99 |
Pengeluar | Industri Berat Taxila (HIT) |
Dihasilkan | 2001—kini |
Aneka | Al-Khalid Al-Khalid I Al-Khalid II (sedang dibangunkan) |
Spesifikasi (Al-Khalid I) | |
Berat | 47 t (52 short ton)[1] |
Panjang | 10.07 m (33.0 ka) |
Lebar | 3.50 m (11.5 ka) |
Tinggi | 2.40 m (7.9 ka) |
Krew | 3 |
Armor | Perisai komposit, RHA, ERA [2] |
Senjata pertama | Meriam berlaras licin 125 mm, 39 butir peluru |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 7.62 mm, 3000 butir Mesingan anti pesawat 12.7 mm, 500 butir [3] |
Enjin | enjin diesel KMDB 6TD-2, 6-silinder 1,200 hp (895 kW) |
Kuasa/berat | 26.7 hp/tan [3] |
Transmisi | SESM ESM500 5-kelajuan automatik |
Sistem ampaian | Torsion bars, hydraulic dampers |
Jarak operasi | 450 km (jarak tempur) [4] |
Kelajuan | 72 km/h [1][4] |
Al-Khalid (atau menggunakan nama MBT-2000 di pasaran antarabangsa) adalah sebuah kereta kebal utama moden yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Pakistan untuk kegunaan Tentera Darat Pakistan. Al-Khalid dilengkapkan dengan sistem kawalan tembakan moden yang diintegrasikan dengan peralatan penglihatan malam bagi membolehkan ia menembak pelbagai jenis peluru anti kereta kebal dan peluru berpandu anti kereta kebal dengan tepat. Kereta kebal ini mendapat namanya iaitu Al-Khalid bersempena nama seorang lagenda jeneral Islam, Khalid bin al-Walid.
Kereta kebal ini mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Pakistan pada tahun 2001. Keseluruhannya, sejumlah kira-kira 600 buah kereta kebal dirancang akan diperoleh oleh Tentera Darat Pakistan.
Kereta kebal Al Khalid atau juga dikenali sebagai kereta kebal 2000 merupakan satu projek kerjasama antara China North Industries Corporation (NORINCO) dan Pakistan di bawah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1988.
Perjanjian ini melitupi kereta kebal Type 59 sedia ada dan juga pengeluaran tempatan kereta kebal Type 69-II, Type 85 dan akhirnya siri kereta kebal utama Al Khalid.
Pengeluaran kereta kebal Al Khalid bermula pada tahun 1999 dengan kenderaan pengeluaran pertama dijangkakan disiapkan pada tahun 2000.
Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm laras licin menggunakan sistem pemuat automatik yang mula-mula memuatkan projektil kemudian mengisi caj. Pemuat automatik ini telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.
Peralatan piwaian termasuk sistem tembakan berkomputer, peranti pandang siang/malam distabilkan bagi komander dan jurumeriam, sistem NBC dan perisai reaktif letupan bagi keselamatan medan tempur tahap lebih tinggi. Sistem snorkel boleh dipasang bagi randukan dalam.
NORINCO memasarkan kenderaan serupa yang dikenali sebagai kereta kebal utama Type 90-II yang telah dibangunkan bagi pasaran eksport.
VARIANTS Tiada variasi kereta kebal Al Khalid yang diketahui.
Status
[sunting | sunting sumber]Dalam pengeluaran bagi Pakistan.
Pengilang
[sunting | sunting sumber]Industri Berat Taxila, Taxila, Pakistan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Saadia Qamar (2009-09-06). "High demand of 'Al-Khalid' tank in modern warfare". The Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 2009-12-10.
- ^ Farhan Bokhari (2006-03-13). "Saudi Arabia to trial Al Khalid MBT". Jane's Information Group.
- ^ a b Usman Ansari. "The Al-Khalid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-25. Dicapai pada 2009-12-10.
- ^ a b "Type 90-II (MBT-2000) Main Battle Tank". sinodefence.com.
- TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web pengeluar
- Pakistan DEPO (Defence Export Promotion Organisation) website - Al-Khalid factsheet Diarkibkan 2010-02-01 di Wayback Machine
- KMDB 6TD-2 engine factsheet Diarkibkan 2014-11-04 di Wayback Machine
- SESM ESM500 gearbox factsheet Diarkibkan 2011-07-19 di Wayback Machine
- Rencana
- The Al-Khalid, an article written by Pakistani defence journalist Usman Ansari Diarkibkan 2009-07-25 di Wayback Machine
- Heavy Metal - Pakistani AFVs, an article written by Pakistani defence journalist Usman Ansari
- DefenceJournal.com article - Towards Self-reliance in Armaments, by Patron Lt Gen (Retd) Sardar F S LODI, looking at the induction of the Al-Khalid MBT in the Pakistan Army Diarkibkan 2001-11-08 di Wayback Machine
- Lembaran fakta
- Pakistan Military Consortium (pakdef.info) - MBT-2000/Al-Khalid MBT factsheet
- GlobalSecurity.org - Al-Khalid MBT-2000 MBT factsheet
- FAS.org - Al-Khalid/MBT-2000 MBT factsheet
- DefenceJournal.com article - Development of MBT-2000/Al-Khalid MBT
- YouTube.com video - Al-Khalid MBT demonstration (commentary in Urdu)
- A user created video of Al-Khalid at youTube
- ForecastInternational.com article - World Market for Tanks Remains Split