Angkatan Tentera Pakistan
Angkatan Tentera Pakistan (Urdu: پاکستان مُسَلّح افواج, Pākistān Musāllah Afwāj) adalah angkatan bersenjata negara Pakistan. Ia merupakan tentera ke-6 terbesar di dunia dari segi keanggotaan aktif dan yang terbesar dikalangan negara Islam. Angkatan tentera ini terdiri daripada empat cabang utama perkhidmatan – Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan pasukan separa tentera serta dibantu Pasukan Bahagian Pelan Strategik.[1] Rantaian arahan tentera disusun dibawah Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama (JCSC) berserta dengan ketua turus tentera darat, tentera laut, dan tentera udara.[1] Semua cabang bekerja sama semasa operasi dan misi bersama dibawah Markas Staf Bersama (JS HQ).[1]
Semenjak Perjanjian China-Pakistan tahun 1963, pihak tentera telah mempunyai hubungan ketenteraan dengan China, bekerjasama membangunkan pesawat tempur JF-17, K-8, dan sistem senjata yang lain. Setakat tahun 2013, China merupakan pembekal asing kedua terbesar kelengkapan tentera kepada Pakistan.[2] Kedua-dua negara juga bekerjasama dalam membangunkan program nuklear dan teknologi angkasa.[3][4][5] Angkatan tentera mereka mempunyai jadual untuk menganjurkan eksesais tentera bersama.[6] Pihak tentera juga mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, memberikan Pakistan status sekutu utama bukan NATO pada tahun 2004. Pakistan menerima sebahagian besar kelengkapan tenteranya dari para pembekal domestik tempatan, China, dan Amerika Syarikat.[2]
Angkatan tentera telah dibentuk pada tahun 1947 apabila Pakistan mendapat kemerdekaan daripada Empayar British.[7] Sejak itu, pihak angkatan tentera memainkan peranan penting dalam sejarah Pakistan moden, terlibat dalam perang utama dengan India pada tahun 1947, 1965 dan 1971, dan beberapa kali merampas kuasa kerajaan.[7] Krisis di sempadan membawa kepada penubuhan pasukan separa tentera untuk menangani rusuhan orang awam di Barat Laut dan kawasan sempadan Punjab dan Sindh. Pada tahun 2017, terdapat kira-kira 654,000 anggota aktif di dalam angkatan tentera, tidak termasuk 25,000–35,000+ anggota dalam Pasukan Bahagian Pelan Strategik dan 482,000 anggota aktif dalam pasukan separa tentera.[8] Angkatan tentera mempunyai kumpulan sukarelawan yang besar sehingga askar kerahan tidak pernah diperlukan, walaupun perlembagaan dan undang-undang tambahan Pakistan membenarkan kerahan dibuat jika negara dalam keadaan perang.[9]
Pengiraan bagi 18.5% dari perbelanjaan kerajaan persekutuan pada tahun 2018, selepas pembayaran faedah, tentera Pakistan telah menggunakan sebahagian besar belanjawan negara.[10][11] Pihak angkatan tentera biasanya sangat diterima dalam masyarakat Pakistan.[12] Semenjak penubuhan negara Pakistan, pihak tentera telah memainkan satu peranan penting dalam menyatukan negara, menyemarakkan semangat kebangsaan dan mempersiapkan rakyat agar tidak mementingkan diri.[13] Setakat bulan Mei 2019, Pakistan adalah penyumbang ke-6 terbesar untuk tugas-tugas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan 5,083 anggota digerakkan ke luar negara.[14] Aturgerak lain di luar negeri termasuklah anggota tentera Pakistan bertugas sebagai penasihat ketenteraan di negara Afrika dan Arab. Pihak tentera Pakistan mengekalkan divisyen tempur dan briged di beberapa negara Arab semasa perang Arab–Israel, membantu tentera perikatan dalam Perang Teluk pertama, dan mengambil bahagian dalam konflik Somalia dan Bosnia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Hubungan Amerika Syarikat–Pakistan
- Tentera Darat Pakistan
- Tentera Laut Pakistan
- Tentera Udara Pakistan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Blood, Peter R. (1995). Pakistan. Washington D.C.: Diane Publishing Co. ISBN 978-0788136313. Dicapai pada 4 December 2014.
- ^ a b Doyle, Rodger (1998). "Values". Arms trade. Scientific American. 279. m/s. 29. Bibcode:1998SciAm.279a..29D. doi:10.1038/scientificamerican0798-29. PMID 9796545.
- ^ "News". BBC News. UK. 17 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2018. Dicapai pada 20 Jun 2018.
- ^ "World". News. CBS. 16 October 2008.
- ^ "South Asia". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2011. Dicapai pada 4 Mei 2011.
- ^ "Al-Khalid MBT-2000/Type 2000 Main Battle Tank". GlobalSecurity.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2013. Dicapai pada 16 Julai 2010.
- ^ a b Singh, R.S.N. (2008). The military factor in Pakistan. New Delhi: Frankfort, IL. ISBN 978-0981537894.
- ^ (Iiss), The International Institute of Strategic Studies (14 February 2017). The Military Balance 2017 (dalam bahasa Inggeris). Routledge, Chapman & Hall, Incorporated. m/s. 319–320. ISBN 9781857439007.
- ^ "Pakistan". UNHCR. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2012.
- ^ "Military expenditure (% of general government expenditure)". SIPRI/World Bank. Dicapai pada 2 July 2019.
- ^ "Budget in Brief 2018-19" (PDF). Ministry of Finance, Pakistan. m/s. 52. Dicapai pada 2 July 2019.
- ^ "National Survey of Public Opinion in Pakistan" (PDF). International Republican Institute. 1–22 November 2018. m/s. 17. Dicapai pada 2 July 2019.CS1 maint: date format (link)
- ^ Pakistan Army. Globalsecurity.org. Retrieved 12 July 2013, Switched to backup 27 January 2017.
- ^ "Troop and Police COntributions". Dicapai pada 2 July 2019.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- International Institute for Strategic Studies (14 February 2018). The Military Balance 2018. London: Routledge. ISBN 9781857439557.
- Shah, Aqil (2014). The Army and Democracy: Military Politics in Pakistan. Cambridge, MA: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-72893-6.
- Ayub, Muhammad (2005). An army, Its Role and Rule: A History of the Pakistan Army from Independence to Kargil, 1947–1999. RoseDog Books. ISBN 9780805995947.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Angkatan Tentera Pakistan |