Pergi ke kandungan

Keluang Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Keluangman)
Keluang Man
GenreAdiwira
Animasi
Komedi
PenciptaKamn Ismail
Dibangunkan oleh
  • Kamn Ismail
  • Raja Zaharuddin Shah Raja Chik
  • Azizi Mohd Amsam
  • Ameir Hamzah Hashim
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Mohd Zawawi Zaid
  • Anes Wirdawati Timbul
  • Hafidz Abu Hasan
  • Asmawi Ahmad
  • Nor Hairil Azwa Abdul Aziz
  • Karim Wahab
  • Ahmad Asro Zainudin
  • Norhazana Shahruddin
  • Arifin Sharif
  • Azman Wahab
  • Siti Zaharah Jidin
Pengarah
  • Kamn Ismail (1997-2001)
  • Mohd Ariffin Jamal (2001-2003)
  • Arjuna Ibnu Tapa (2004–2005)
Pelakon suara
  • Akib Junid
  • Azhar Saad
  • Wan Ayumi Wan Yusof
  • Asmawi Ahmad
  • Hafidz Abu Hasan
  • Karim Wahab
  • Nazirah Kamarudin
  • Azman Wahab
Negara asalMalaysia
Bilangan musim7
Bilangan episod144
Penerbitan
Penerbit
  • Kamn Ismail
  • Hazlinda Mohd Salleh
  • Natasha Mohd Nor
Tempoh siaran23–24 minit
Syarikat penerbitan
UAS Animation Studios
Syarikat pengedaran
UAS Animation Studios
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal1998 – 2005

Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen Malaysia terbitan UAS Animation Studios yang bersiaran di TV1 dari 1998 hingga 2005. Ia diilhamkan oleh Kamn Ismail semasa perbincangan di meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran "Adiwira Kebangsaan" pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas animator Usop Sontorian. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn dan pasukannya.[1] Pada tahun 2008, Keluang Man ditayangkan semula melalui saluran TV9.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Keluang Man merupakan sebuah cerita yang tidak mengamalkan konsep stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak adiwiranya yang bersahaja dan tidak menggunakan kuasa ajaib selain daripada panduan naluri dan kejujuran telah memukau penonton. Pengarah animasinya, Kamn Ismail yang sebelum itu pernah mengarah siri animasi Usop Sontorian, bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan yang kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang animasi.

Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, salah seorang bekas animator Usop Sontorian telah menghasilkan rekaan watak animasi dan lakaran ceritanya yang pertama. Olahan ceritanya dan 13 sinopsis awal siri ini dihasilkan dalam masa seminggu oleh Kamn hasil bantuan bekas penyelaras animator Usop Sontorian, Wan Ayumi Wan Yusof. Sebelum memulakan penerbitan, satu kajian telah dilakukan berkaitan dengan suasana kehidupan dan perwatakan "Tetamu" di Taman Bahagia Tumpoi.

Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tetapi jalan cerita dan konsep penceritaannya unik serta mengangkat martabat pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu memberi kepuasan kepada penonton serta mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Kesukaran menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam animasi yang lebih menarik telah menyebabkan Encik Kamn mencuba kaedah gabungan tersebut. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, tenaga pekerjanya wajar mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Episod pertamanya yang bertajuk "Pengenalan Keluang Man" berjaya dihasilkan dalam tempoh dua bulan.

Krisis ekonomi pada 1997 dan 1998 memberi kesan yang agak ketara kepada seluruh warga penerbitan Keluang Man. Siri ini terpaksa dihentikan seketika dan para karyawannya berhijrah ke syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam kerjaya masing-masing. Namun, penerbitan Keluang Man diteruskan pada 2000 dan Kamn meninggalkan siri itu pada 2001 dan tugas sebagai pengarah digantikan oleh Mohd Ariffin Jamal sehingga 2003 dan Arjuna Ibnu Tapa sehingga 2005.

Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi (Bandar Fiksyen) sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tumpoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua. Kadangkala, gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan kelincahan mereka.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]
Keluang Man
Keluang Man
  • Borhan/Keluang Man – Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Borhan akhirnya menghilang diri selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan. Nasib borhan setelah menghilangkan diri tidak diketahui keadaannya. Kehilangan borhan dalam siri keluang man amatlah misteri.
  • Samad/Tiong Man – Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan. Dialog popularnya ialah "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!" iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah. Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya. Selepas Borhan menghilang cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad tetapi Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.Samad dan Aishah menjadi watak utama selepas ketiadaan Borhan.
  • Samsir Jauhari – Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tumpoi.
  • Ated - Pekerja Pusat Mental Tumpoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo. Ated juga merupakan orang yang berjaya memberkas BORHAN semasa episod kehilangan dan menyebabkan borhan ditukar ke Tanjong Durian.
  • Sarip & Dol – Mereka berdua merupakan pesakit mental di pusat tersebut. Seringkali membuli pesakit yang baru masuk ke pusat tersebut. Mereka berdua menyuruh pesakit baru masuk memakan sampah dan mereka juga mengatakan kucing adalah kambing. Sarip dan Dol selalu bergaduh dengan Borhan namun ditenangkan oleh Ated. Mereka begitu menghormati Ated dan juga takut kepadanya.
  • Dr. Ramoo – Seorang doktor pesakit mental di pusat itu. Borhan dan Samad memanggilnya abang janggut. Merupakan boss kepada Ated. Selalu bersabar dengan kerenah pesakitnya.
  • Inspektor Sahab - Seorang anggota polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang man dan tiongman. Apabila tiba di lokasi jenayah, keluang man terlebih dahulu menumpaskan penjenayah tersebut. Ini mengakibatkan beliau bengang dengan keluang man sehingga mengarahkan anggotanya supaya menangkap keluangman namun gagal.suaranya amat lucu. Beliau berkawan rapat dengan Khaty iaitu seorang wartawan di Tumpoi.
  • Dramendra (VALVAL) - Merupakan keluangman yang pertama dan asal. Musuh ahmad nisfu. Merupakan polis india. Mempunyai seorang isteri bernama Rashika. seorang yang kacak, namun lumpuh akibat kecedaraan.

Watak lain

[sunting | sunting sumber]
  • Wan Ayumi sebagai Kathy Ismail (wartawan)
  • Karim Wahab sebagai Zairi (jurugambar)
  • Adik Nazirah Kamarudin sebagai Mei Mei
  • Azman Wahab sebagai watak-watak lain
  • Singh usop sontorian anak saudara inspektos Sahab (watak jemputan dalam episod peminat setia).
Muka hadapan komik Keluang Man

Homework Studio kembali membawa watak Keluang Man dalam bentuk komik. Medium yang berbeza ini ditonjolkan bagi memberi kelainan kepada penggemarnya.

Filem aksi langsung

[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw telah diberikan tanggungjawab untuk menerbitkan filem aksi langsung Keluang Man hasil kerjasama dengan pemegang harta intelek animasi ini, Iconic Animation Studio dalam satu perjanjian bersama pada Mei 2022.[2][3]

Setahun kemudian, Astro Shaw mengumumkan pencarian bakat untuk mencari siapakah Borhan / Keluang Man. Filem tersebut bakal diarahkan oleh Anwari Ashraf Hashim yang terkenal sebagai pencipta Projek: Anchor SPM, Projek: High Council dan penulis siri filem Polis EVO.[4][5] Pencarian tersebut menerima ramai penyertaan termasuk Naim Daniel ketika beliau berkata demikian kepada New Straits Times.[6]

Setelah menjadi teka-teki orang ramai dan media, empat watak berdasarkan siri animasi ini didedahkan terlebih dahulu dengan Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab, Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad, Remy Ishak sebagai Shamsir dan Nas Muammar Zan (Nas-T) sebagai Borhan.[7][8] Rata-rata netizen meluahkan rasa positif terhadap pemilihan Nas-T sebagai Borhan.[9]

  1. ^ Syor kembalikan animasi Keluang Man di kaca TV.
  2. ^ Mohamad, Zaidi (25 Mei 2022). "Siri animasi Keluang Man diangkat ke layar perak". Berita Harian. Dicapai pada 29 November 2023.
  3. ^ Daud, Ridauddin (23 Mei 2022). "Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali". Astro Awani. Dicapai pada 29 November 2023 – melalui astroawani.com.
  4. ^ Gempak (28 Julai 2023). "Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!". Astro Awani. Dicapai pada 29 November 2023.
  5. ^ Zikri, Arif (30 Julai 2023). "Astro Shaw confirms live action Keluang Man in pre-production, open audition call for titular character". MalayMail. Dicapai pada 29 November 2023 – melalui malaymail.com.
  6. ^ Chua, Dennis (6 September 2023). "#Showbiz: Naim Daniel to audition for role in 'Keluang Man' movie". New Straits Times. Dicapai pada 29 November 2023.
  7. ^ Sofea (28 November 2023). "Teka-Teki Terjawab, Nas-T Galas Watak Keluang Man". Siakap Keli. Dicapai pada 29 November 2023.
  8. ^ Zikri, Arif (29 November 2023). "Live-action film of Malaysia's own iconic 'Keluang Man' begins pre-production, main cast revealed". MalayMail. Dicapai pada 29 November 2023.
  9. ^ Lia (29 November 2023). ""Sesuai Sangat" – Netizen 'Approve' Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Remy Ishak Sebagai Shamsir". BeautifulNara. Dicapai pada 29 November 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]