Pergi ke kandungan

Kampung Pangsenam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pangsenam
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Pangsenam
Mohor rasmi Kampung Pangsenam
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Temerloh
KampungKampung Pangsenam
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
28000
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Pangsenam di Peta Google

Kampung Pangsenam merupakan sebuah kampung yang terletak di Temerloh, dalam Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung ini mula dibuka pada awal tahun 1900 oleh beberapa keluarga yang mula menerokai kawasan pinggir Sungai Pahang sebagai perkampungan.

Nama Pangsenam ni berasal dari satu pokok durian yang mempunyai buah berpangsa enam. Selalunya buah durian mempunyai 5 pangsa sahaja tetapi ada sebatang pokok durian di Pangsenam pada masa itu mempunyai 6 pangsa. Kampung ini terletak di sepanjang tebing Sungai Pahang. Jarak dari bandar Temerloh adalah lebih kurang 5km melalui jalan Temerloh - Teriang.

Kemudahan asas

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  1. Madrasah Al-Diniah 1962
    Madrasah Al-Diniah Kampung Pangsenam

Tempat beribadat

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Kampung Pangsenam - tapak masjid diwakaf oleh Allahyarhamah Hajah Yang Bedah binti Bilal Idris pada 1969.
  2. Masjid Lama Kuala Kujan (ditukar menjadi surau) yang di bina tahun 1938 dan di wakaf oleh haji Awang bin Kechik.
  3. Surau Pangsenam (1965) di wakaf oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim.
  4. Surau Padang Kerbau (1968) di wakaf oleh Haji Mohd Ali bin Kia.
  5. Surau Kujan (1975) di wakaf oleh En. Yaakub Bakar.
  6. Surau Tenggoh (1978) di wakaf oleh Haji Dayan Mahmud.

Poskod yang digunakan di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang ialah 28000.[1]

Antara Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 60an pasukan bolasepak Kampung Pangsenam pernah bermain dalam Liga Utama Piala Liga Temerloh dari 1966 hingga 1970.

Kejayaan yang dicapai pasukan Pangsenam ialah pada tahun 1968 kerana berjaya melangkah ke final namun kalah 1 - 2 kepada pasukan Kem Batu 5. Pada tahun 1968 juga pasukan bolasepak Kg. Pangsenam menjadi Naib Juara Liga Division 1 Bolasepak Temerloh.

Piala naib juara ada tersimpan di Balairaya lama.

Antara bekas pemain ialah:

  1. Haji Ismail b. Long (GK) - Bekas imam Masjid Buntut Pulau
  2. Razali Suliman
  3. Nawawi b. Muhammad
  4. Said Omar
  5. Abd. Jalil b. Kassim
  6. Haji Jabar Bakar
  7. Haji Abd. Kadir Talib

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]