Pergi ke kandungan

Janda Baik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Janda Baik adalah sebuah kampung rezab Melayu di daerah Bentong, Pahang, Malaysia. Ia terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, kira-kira 600 meter di atas paras laut. Janda Baik adalah sejauh kira-kira 40 km dari Kuala Lumpur, dan perjalanan kereta memakan selama 45 minit melalui lebuh raya Karak-Kuantan.

Janda Baik terkenal kerana ada ura-ura menempatkan kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di situ dan nahas udara melibatkan Tan Sri Ghazali Shafie @ King Ghaz, mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia.[1]

Pelancong sering datang ke Janda Baik kerana ia adalah sebuah kampung Melayu di dataran tanah tinggi, dan udaranya dingin dan suasananya sentiasa nyaman. Ia penuh dengan bunga dan tumbuhan asli. Ada banyak anak sungai yang mengalir melalui kampung tersebut membuatnya sesuai untuk perkelahan dan perkhemahan. Janda baik terkenal dengan hasil halia dan bunga halekonia serta kacang botol dan sayur-sayuran lain.


Salah satu tempat yang ada di Janda Baik ialah tempat perkelahan yang dinamakan Pulau Santap. Di situ terdapat juga chalet untuk pengunjung datang untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga.