Pergi ke kandungan

KTM Komuter Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada KTM Komuter Sektor Utara)
KTM Komuter Utara
 1   2 
KTM Komuter
KTM Kelas 83 untuk KTM Komuter Utara.
Umum
JenisKereta api komuter
SistemKTM Komuter
StatusBeroperasi
LokasiPulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis
TerminalPadang Besar
Ipoh
Butterworth
Stesen23
Perkhidmatan 2  Padang BesarButterworth
 1  IpohButterworth
Laman sesawangwww.ktmb.com.my
Operasi
Dibuka11 September 2015 (2015-09-11)
PemilikKeretapi Tanah Melayu
PengendaliKeretapi Tanah Melayu (Bahagian Komuter)
DepotBukit Tengah
Stok kereta apiKTM Kelas 81 formasi 3 gerabak
KTM Kelas 83 formasi 3 gerabak
KTM Kelas 92 formasi 6 gerabak
Teknikal
Panjang aliranButterworthPadang Rengas: 104 km (65 bt)
ButterworthPadang Besar: 169.8 km (105.5 bt)
Tolok landasan1,000 mm (3 kaki 3 38 in) tolok meter
Pengelektrikan25 kV 50 Hz AC katenari atas
Kelajuan operasiMaksimum 120 km/j (75 mph)
No. khidmat laluan1, 2
Peta laluan

Rangkaian Utara
Thailand
Malaysia
sempadan
antarabangsa
Padang Besar
Bukit Ketri
Arau
Perlis
Kedah
sempadan
negeri
Kodiang
Anak Bukit Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Alor Setar
Kobah
Gurun
Sungai Petani
Kedah
Pulau Pinang
sempadan
negeri
Tasek Gelugor
Butterworth
Feri Pulau Pinang
Jambatan Sungai Perai
Bukit Tengah
Bukit Mertajam
Persimpangan Bukit Mertajam
Simpang Ampat
Nibong Tebal
Pulau Pinang
Perak
sempadan
negeri
Parit Buntar
Bagan Serai
Kamunting
Taiping
Padang Rengas
dilanjutkan mulai 16 September 2023:
Kuala Kangsar
Sungai Siput
Ipoh

KTM Komuter Utara adalah salah satu daripada lima perkhidmatan KTM Komuter yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu. Perkhidmatan ini diperkenalkan pada 11 September 2015 setelah siapnya projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar pada Disember 2014 yang turut menyaksikan pelanjutan khidmat tren elektrik (ETS) dari Ipoh ke Padang Besar.

Perkhidmatan Komuter Utara kini terdiri daripada dua jajaran, iaitu jajaran ButterworthPadang Besar dan jajaran ButterworthIpoh. Kedua-dua jajaran berkongsi landasan dengan ETS tetapi bukan semua stesen yang dilayani Komuter juga dilayani oleh ETS.

Perkhidmatan KTM Komuter Utara diperkenalkan pada 11 September 2015, mula-mula melayani dari Gurun, Kedah melalui Butterworth hingga Kamunting, Perak.[1]

Pada 1 Januari 2016, diperkenalkannya perkhidmatan antara Butterworth dan Padang Besar. Ekoran pembukaan khidmat KTM Komuter di bahagian ini, maka perkhidmatan ETS antara stesen-stesen tersebut ditamatkan.[2]

Pada 17 Januari 2016, jajaran asal Gurun–Butterworth–Kamunting dipecahkan kepada dua, iaitu Butterworth–Gurun dan Butterworth–Kamunting. Kedua-dua jajaran beroperasi seiring dengan jajaran Butterworth–Padang Besar sehingga jajaran Butterworth–Gurun ditamatkan pada 1 Julai 2016.[3]

Pada 1 September 2016, jajaran Butterworth–Kamunting menerima pindaan di mana terminus utaranya beralih dari Butterworth ke Bukit Mertajam dan terminus selatannya pula ditambah dua stesen dari Kamunting untuk mencakupi Taiping dan tamat di Padang Rengas.

Mulai 4 November 2021, kereta api dari Padang Rengas dan Padang Besar berakhir di Butterworth, menjadikan Butterworth dan Bukit Mertajam stesen pertukaran yang dikongsi oleh kedua-dua jajaran.

Pada 16 September 2023, jajaran ButterworthPadang Rengas dilanjutkan ke Ipoh, mencakupi Kuala Kangsar dan Sungai Siput.

Jajaran, stesen dan armada

[sunting | sunting sumber]

KTM Komuter Utara terdiri daripada dua jajaran, iaitu:

Yang berikut adalah susun atur jajaran KTM Komuter Utara terkini (setakat Oktober 2023):

Nama stesen Jenis platform Hentian

 2 

Hentian

 1 

Stesen pertukaran/Nota
Padang Besar 2 tengah Terminus utara.
Bukit Ketri 2 tengah
Arau 2 tengah
Kodiang 2 sisi
Anak Bukit 2 sisi Mencapai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dalam 5–8 minit dengan menaiki teksi.
Alor Setar 2 sisi
Kobah 2 sisi
Gurun 2 tengah
Sungai Petani 2 sisi
Tasek Gelugor 1 tengah 1 sisi
Bukit Mertajam 2 tengah Stesen pertukaran
Bukit Tengah 2 tengah
Butterworth 2 tengah Mencapai George Town melalui feri. Stesen pertukaran dan terminus pusat.
Bukit Tengah 2 tengah
Bukit Mertajam 2 tengah Stesen pertukaran
Simpang Ampat 2 sisi
Nibong Tebal 2 sisi
Parit Buntar 2 sisi
Bagan Serai 2 sisi
Kamunting 2 tengah
Taiping 2 sisi
Padang Rengas 2 tengah
Kuala Kangsar 2 sisi
Sungai Siput 2 tengah
Ipoh 2 sisi Terminus selatan.
  1. ^ "Komuter di utara Jumaat ini". HM Online. 2015-09-08. Dicapai pada 2023-10-16.
  2. ^ "Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini". mStar. 1 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2023.
  3. ^ "Penambahbaikan Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter di Sektor Utara" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 Februari 2016. Dicapai pada 28 Januari 2016.