Pergi ke kandungan

Sistem Pengangkutan Bandar Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada LRT Kuching)
Sistem Pengangkutan
Bandar Kuching
سيستم ڤڠڠکوتن باندر كوچيڠ
Prototaip kenderaan ART yang menjalani ujian kejuruteraan
Umum
Pemilik
Kawasan perkhidmatan
LokasiKuching Raya
Jenis transit
Alihan laju rel autonomi, bas dwiartikulasi
Jumlah laluan/aliran
3
Jumlah stesen
35
Laman sesawang
www.mysarawakmetro.com/kuts
Operasi
Operasi akan bermula pada
  • 2025 (2025) (Laluan Biru)[1]
  • 2026 (2026) (Laluan Merah)
  • 2027 (2027) (Laluan Hijau)[2]
PengendaliSarawak Metro
Tanda pelaporan
KUTS
Jumlah kenderaan
38
Teknikal
Panjang sistem
Fasa satu: 69.9 kilometer (43.4 bt)
Kelajuan tertinggi
70 km/j (43 mph)[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) ialah suatu rangkaian sistem alihan laju rel autonomi yang sedang dibina bagi melayani kawasan bandar raya Kuching, Samarahan, Serian, dan Sri Aman. Sistem ini merupakan yang pertama seumpamanya untuk dibangunkan di luar China dan sistem metro pertama di Sarawak, di mana sistem ini dibangunkan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan. Projek ini sedang dibina oleh Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Sarawak Metro, dengan menggunakan dana yang disediakan oleh Bank Pembangunan Sarawak (DBoS).

Sebelum itu, projek sistem transit aliran ringan telah dicadangkan sejak 2017. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditangguhkan pada 2018 dan akhirnya digantikan dengan projek sekarang pada September 2019 bagi mengurangkan kos projek.

Projek transit aliran ringan

[sunting | sunting sumber]

Pengumuman

[sunting | sunting sumber]

Cadangan pembinaan projek sistem transit aliran ringan (LRT) Kuching dijangka untuk dimulakan pada tahun 2019 dan dijadualkan untuk beroperasi pada 2024. Projek tersebut juga mencadangkan bahawa sistem tersebut akan menggunakan gerabak kereta api sel bahan api hidrogen yang mempunyai kelajuan perjalanan sekitar 70–140 km/j (43–87 mph). Selain itu, bas dengan janaan kuasa hidrogen turut diperkenalkan untuk sistem LRT.

Pada 29 Mac 2018, Premier Sarawak mengumumkan laluan-laluan dan stesen-stesen bagi tiga daripada enam laluan dengan panjang landasan 155.2 kilometer (96.4 bt) yang dijangka selesai pada 2024, manakala tiga laluan lagi akan dilaksanakan pada peringkat berikutnya. Syarikat berkaitan kerajaan iaitu Sarawak Metro Sdn Bhd telah didaftarkan untuk menguruskan sistem LRT itu nanti.

Pembatalan

[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, pada 1 September 2018, Ketua Menteri mengumumkan bahawa projek LRT itu ditangguhkan, menukilkan bahawa dana yang diperuntukkan untuk projek tersebut akan digunakan untuk membina kemudahan-kemudahan asas di kawasan luar bandar Sarawak. Pada Julai 2019, beliau berkata bahawa projek LRT akan dibina dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi menghapuskan keperluan untuk rel konvensional dan menurunkan kos projek, yang kemudiannya berkesudahan dengan mengguna pakai sistem alihan laju rel autonomi dari China.

Projek alihan laju rel autonomi

[sunting | sunting sumber]

Pada September 2019, kerajaan Sarawak akhirnya memutuskan untuk beralih kepada sistem alihan laju rel autonomi (ART) dari China kerana kosnya yang lebih berpatutan, di mana Menteri Pengangkutan negeri berkata projek itu akan bersedia pada tahun 2022. Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg pada awalnya menjanjikan untuk membina ART Kuching yang pertama tidak lama lagi bagi mengelakkan peningkatan biasa, dengan syarikat China menawarkan kepakaran mereka untuk bekerjasama dalam pembinaan projek. Pada April 2022, beliau turut mendedahkan kepada akhbar berbahasa Inggeris Singapura, The Straits Times bahawa sistem ART akan terdiri daripada laluan sepanjang 52.6 bt (84.7 km) dan dijangka memulakan pembinaan pada suku ketiga tahun yang sama, dengan unjuran tarikh operasi pada 2025.

  1. ^ "Sarawak: Sistem Transit Aliran Autonomi mula beroperasi 2025". Astro Awani. 2 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2022. Dicapai pada 17 September 2024.
  2. ^ a b Engku Shariful Azni Engku Ab Latif (16 Mei 2024). "Fasa Pertama Sistem Pengangkutan Bandar Kuching Akan Beroperasi Pada Akhir 2027". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2024. Dicapai pada 17 September 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]