Pergi ke kandungan

Jelma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jelma
GenreSeram, ghaib
Dibangunkan oleh
Zeel Production Sdn Bhd
gua.com.my
PengarahMuhammad Murali Abdullah
Dibintangi oleh
Norman Hakim
Naim Daniel
Fauziah Nawi
Aida Aris
Azri Iskandar
Nadia Mustafa
Jeff Omar
Sofea Aliza
Diddy Hirdy
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod(Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhammad Norazhar Baharuddin (Zeel)
Michael D'Oliveiro (gua)
PenerbitMd Fadzil Teh (Zeel)
Mohd Ismail Norbat (Zeel)
Muhammad Kahar Ahmad (gua)
Tempoh siarankira-kira 5 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalgua.com.my
Siaran asal21 Mac 2008 (2008-03-21) – 19 Ogos 2009 (2009-08-19)
Pautan luar
Laman sesawang

Jelma ialah projek siri drama Internet ketiga yang dimajukan oleh gua.com.my selepas menjayakan Kerana Karina dan malaysiantalents.com, dan juga drama Internet Malaysia pertama yang bergenre seram. Jelma dibintangi pelakon-pelakon Malaysia terkenal Norman Hakim, Fauziah Nawi dan Aida Aris, serta menampilkan bakat cilik Naim Daniel.

Menurut laman web rasmi Jelma yang ditulis oleh penulis skrip Sofia J Rhyland siri drama ini mencatatkan rentetan tragedi yang menimpa sebuah keluarga apabila anak yang dilahirkan sebenarnya hanyalah jelmaan iblis bertopengkan manusia; semuanya berpunca daripada amalan khurafat secara berterusan, begitu juga bahawa siri ini bertujuan menyuratkan peringatan bahawa "Dalam kitab-kitab agama yang diperakui, telah dinyatakan dengan jelas bahawa iblis tidak akan berhenti memperdayakan manusia sehinggalah manusia itu menjadi pengikutnya".[1] Siri drama yang julung kali muncul pada tahun 2008 ini sampai ke musim kedua pada tahun 2009.

Templat:Spoiler

Rosli (Norman Hakim) adalah seorang pengusaha restoran yang percaya kepada tangkal dan azimat sebagai pelaris dan pendinding restorannya. Dia telah berkahwin dengan Azizah (Aida Aris) dan bakal menimang anak sulung. Tragedi melanda keluarga ini apabila kuasa hitam yang dipuja oleh Rosli meresap ke dalam kandungan Azizah. Azizah terpaksa melalui pengalaman bersalin yang paling mengerikan dan dia menemui ajal dalam keadaan paling luar biasa.

Rosli membesarkan anak tunggalnya Reza (Naim Daniel) bersendirian dengan bantuan pembantu rumah dan ibunya yang sudah agak uzur. Rosli tidak menyedari bahawa Reza mempunyai personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain. Dia suka menyendiri, bermain dengan plastisin yang dibentuk seperti patung azimat milik ayahnya dan boleh berbicara dengan makhluk halus. Reza juga hanya menggunakan kuasa jahatnya kepada individu-individu tertentu yang dirasakan mengancam dirinya termasuk nenek dan rakan sekelas di tadikanya. Neneknya dibunuh kerana cuba menjodohkan Rosli dengan seorang gadis sementara rakannya pula diserang sawan sejurus selepas merampas patung plastisin dari tangan Reza.

Kematian ibunya membuatkan Rosli tersentak dan dia diberi petunjuk. Dia pergi kerumah guru ilmu hitamnya yang bernama Wak Jang tetapi dimaklumkan bahawa orang tua itu sebenarnya sudah lama meninggal dunia. Rosli cuba menghapuskan azimat tersebut tetapi gagal. Azimat itu muncul kembali dan kali ini dia terpaksa berhadapan dengan kuasa yang yang merasuki Reza yang menghalangnya dari memusnahkan azimat. Rosli menyangka dia melalui pengalaman pra sedar dan anaknya masih kanak-kanak normal. Pembantu rumah Rosli juga melalui pengalaman ngeri dan nekad hendak berhenti kerja tetapi Rosli memujuknya supaya bertahan untuk seketika.

Sebagai jalan terakhir, Rosli meminta bantuan Yahya dan Ustaz Hashim untuk menghapuskan azimat tersebut. Ustaz Hashim telah pun memulakan usahanya tetapi jelmaan Reza memberontak dan tidak mahu mengalah. Rosli pula dalam keadaan terdesak cuba membuka kitab suci al-quran tetapi hanya helaian kosong sahaja yang wujud dan sebaliknya, amalan-amalan hitam datang menagih simpati darinya. Reza kesal kerana kejahilannnya itu telah mengorbankan nyawa isteri dan ibunya.

Musim 2 (Jelma II: Dendam dan Pembalasan)

[sunting | sunting sumber]

Selepas berjaya menghapuskan Wak Jang tempoh hari, Rosli menghantar pulang Mak Tom ke kampung. Bagaimanapun dia tidak menyedari bahawa anaknya sendiri, iaitu Reza berdendam dengannya. Reza telah memuja semula Wak Jang dan juga jelmaan yang merupakan ibu bapanya untuk membalas dendam terhadap Rosli yang didakwa engkar dengan perjanjiannya sendiri dengan iblis.

Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kereta yang dibawa oleh Rosli telah mengalami kemalangan dan mereka dikejarkan ke hospital. Rosli berada dalam keadaan koma selepas kemalangan tersebut.

Mak Tom yang juga terselamat dalam kemalangan tersebut, cuba memaklumkan anaknya Izam akan sifat sebenar Reza tetapi tiada siapa dalam keluarga yang mempercayai Mak Tom. Mereka menyangkakan Mak Tom sebenarnya menghadapi masalah mental hinggalah mereka sendiri ternampak akan kewujudan jelmaan tersebut.

Manakala Reza pula diletakkan di bawah penjagaan Ustaz Hayat, iaitu abang Ustaz Hashim. Oleh kerana Ustaz Hayat telah dimaklumkan lebih awal tentang siapa sebenarnya Reza ini, Ustaz Hayat juga cuba menghapuskan kuasa yang wujud dalam diri Reza tetapi malangnya Ustaz Hashim dan juga isterinya turut menjadi mangsa keganasan iblis yang melindungi Reza.

Episod baru Reza bermula selepas kematian Ustaz Hayat dimana dia kemudiannya dijaga oleh Datuk Ishak (Azri Iskandar) dan Datin Sandra (Nadia Mustafa). Atas nasihat Wak Hartono yang juga merupakan Wak Jang, Datuk Ishak membuat perjanjian akan melindungi Reza sepenuh hatinya. Datuk Ishak yang merupakan ahli politik yang sedang menghadapi zaman kejatuhan berjaya membersihkan reputasinya yang semakin tercemar dengan kes rasuah dan juga skandal seks. Tambahan pula, dia memang tidak mempunyai anak.

Kedatangan Reza dalam kehidupan keluarga Datuk Ishak dan Datin Sandra memang mendatangkan tuah sehinggalah Datin Sandra disahkan hamil. Datin kemudiannya mengalami banyak peristiwa yang pelik dan menggerunkan ketika berada di rumah bersama Reza. Pada masa yang sama, Datin juga sering terganggu dengan kemunculan seorang yang tidak dikenali yang sering megekorinya.

Semasa Ustaz Hashim membakar azimat, Reza bergelut dengan maut di bilik dan apabila Rosli dapat merempuh masuk, yang kelihatan hanyalah abu dan bau asap yang busuk memenuhi bilik anaknya itu. Reza ghaib dari pandangan dan yang kedengaran hanyalah suaranya merintih memanggil ayahnya. Rosli berpindah dari rumah itu tetapi semasa berada di atas dia dapat melihat anaknya Reza melambai kepadanya dari luar rumah. Templat:Endspoiler

# Tajuk Tarikh
keluaran
Ringkasan
1 Petanda 21 Mac 2008 Wak Wak Jang memberikan azimat pelaris perniagaan kepada Rosli yang diperolehinya dari Indonesia serta memberi penerangan terperinci tentang cara menggunakan azimat ini. Wak Jang memberikan jampi serapah untuk dihafal oleh Rosli.
Azizah, isteri Rosli menjalani imbasan bayi di klinik Dr. Mulyani. Dr. Mulyani tersentak melihat imej anjing di monitor diikuti suara kanak-kanak berbisik di telinganya. Dr. Mulyani hendak menyatakan sesuatu kepada Azizah tetapi imej kemudiannya berubah normal.
2 Kedatangan 24 Mac 2008 Semasa Azizah tidur di biliknya, Rosli berada di sebuah bilik lain yang dikeliling lilin-lilin merah dan membaca jampi serapah di dalam lingkaran bulatan yang dilukisnya. Dia melukakan tapak tangan dan menitiskan darah ke atas patung azimat. Angin bertiup kencang sehingga membuka semua tingkap dan bilik di rumah. Lelaki itu menghampiri Azizah dan meletakkan tangannya yang berkedut dan berkuku hitam ke atas perut Azizah.
3 Busung 26 Mac 2008 Azizah kesakitan untuk bersalin. Air ketuban Azizah pecah dan dia terkejut dari tidurnya. Rosli memegang erat tangan isterinya yang menahan kesakitan menolak bayi keluar. Suasana bilik bersalin menjadi begitu busuk dan memualkan. Rosli tiba-tiba keluar dari bilik bersalin itu…
4 Kelahiran 28 Mac 2008 Dr. Mulyani dan seorang jururawat terpaksa berhadapan dengan Azizah yang tiba-tiba mengalami tumpah darah. Azizah yang masih lemah, tiba-tiba duduk tegak dan bersuara. Jururawat dan Dr. Mulyani yang panik cuba melepaskan diri dari bilik tetapi pintu dan intercom gagal berfungsi.
5 Pertarungan 31 Mac 2008 Doktor Mengesahkan kematian Azizah kepada Rosli. Dalam keadaan sedih, Rosli mengimbas kembali saat arwah Azizah menyatakan kebimbangan yang dialaminya kepada Rosli dahulu. Satu malam Rosli sedang tidur, tiba-tiba dia tersedar Azizah muncul di sebelahnya.
6 Kematian 2 April 2008 Rosli tersedar dari mimpi. Dia bersyukur kerana keadaan ngeri itu hanya mimpi. Namun sejurus menghembuskan nafas lega, dia terlihat satu bungkusan di hadapannya. Sebaik saja dia memegang bungkusan itu, dua jelma muncul lalu menerkam Rosli.
7 Pengkebumian 4 April 2008 Restoran milik Rosli sibuk dengan pelanggan. Rosli membuka laci di kaunter, kelihatan azimat yang berbungkus kuning. Bertahun-tahun kemudian, Reza sedang bersekolah manakala Mak Tom berada dirumah mengemas bilik Reza, tetapi ada sesuatu yang misteri di bilik tersebut.
8 Permainan Reza 7 April 2008 Mak Tom yang ketakutan akibat kehilangan patung Reza secara tiba-tiba berlari keluar dari bilik Reza. Di sekolah pula, Reza yang baru menikmati waktu rehatnya sambil bermain anak patung kesayangannya diganggu oleh kawan sekelasnya Zizi.
9 Serangan Reza 9 April 2008 Nenek sudah tiba di rumah Rosli bersama Halimah. Dia berniat hendak menjodohkan Rosli dengan seorang gadis yang warak. Sementara itu di sekolah, Zizi dan Airin dapat merampas mainan Reza. Tanpa diduga, jelmaan lelaki muncul membantunya.
10 Calon Isteri Papa 11 April 2008 Reza kurang senang bila Rosli memberitahunya nenek sudah ada di rumah. Nenek menunjukkan gambar calon isteri kepada Rosli. Reza makin berang bila nenek menyuarakan niat hendak mengajarnya mengaji Muqadam dan dalam diam dia berdendam dengan nenek.
11 Kejutan 14 April 2008 Malam itu, Reza tidak menjangkakan yang nenek akan membaca Surah Yassin sehingga dia menjerit kepanasan. Reza tidur di bilik ayahnya pada malam itu, tetapi apabila malam makin berlalu, nenek pula diganggu.
12 Nenek Diserang 16 April 2008 Semasa bersarapan, Reza yang sudah sihat sangat gembira bila Rosli berjanji akan membawanya ke restoran dan membelikannya barang mainan. Tiba-tiba, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan ngeri dari Mak Tom.
13 Pengkebumian Nenek 18 April 2008 Ahli keluarga meninggalkan pusara nenek seorang demi seorang. Rosli duduk murung di pusara sambil ditemani kakaknya Halimah dan abang iparnya, Rashid. Manakala Mak Tom pula bersama Reza menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba, Mak tom terdengar Reza bercakap dengan sesorang.
14 Kebenaran 21 April 2008 Rosli tiba di rumah Wak Jang untuk memulangkan azimat yang diberi awal-awal lagi. Setelah berulang kali memanggil Wak Jang, dia tersentak bila melihat pasangan berbangsa Jawa yang membuka pintu. Rosli bertanyakan di mana Wak Jang tetapi mereka memberitahu Rosli bahawa Wak Jang sudah lama meninggal dunia.
15 Nekad 23 April 2008 Rosli cuba membuang azimat yang diberi Wak Jang kepadanya tetapi dengan anehnya azimat muncul balik ke dalam keretanya. Beliau kemudiannya berpatah balik ke rumah Wak jang untuk berjumpa dengan pasangan berbangsa Jawa tersebut, tetapi setibanya Rosli di sana, seorang makcik tua pula yang membuka pintu. Lebih menggerunkan, azimat itu selalu "mengekorinya".
16 Pertolongan 25 April 2008 Rosli yang semakin kebingungan bersemuka dengan abang iparnya, Rashid untuk meminta pertolongan. Sementara itu Mak Tom yang baru keluar dari bilik Reza setelah mengajaknya keluar dari bilik tersebut terkejut, apabila tiba-tiba Reza sudah berada di depan TV.
17 Mak Tom Berhenti Kerja 28 April 2008 Rosli pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan buntu dengan kejadian misteri dan mengelirukan yang telah berlaku kepada keluarga dan dirinya. Beliau kemudiannya tertidur di sofa. Sedang Rosli tidur, beliau didatangi oleh seseorang yang tiba-tiba mengejutkan Rosli.
18 Siapa Reza 30 April 2008 Rosli masuk ke bilik anaknya panik apabila mendapati Reza tiada di situ …! Manakala Ustaz Hashim yang diminta oleh keluarga Rosli menangani kejadian misteri ini pula bersemuka dengan jelmaan lelaki yang biasa mendampingi Reza.
19 2 Mei 2008 Ustaz Hashim yang berusaha melawan gangguan dua jelmaan yang di hantar oleh Wak Jang akhirnya dapat menghapuskan jelmaan tersebut. Ini menyebabkan Wak Jang semakin marah dan beliau ke rumah Rosli menuntut perjanjian yang telah dibuat oleh Rosli kepadanya.
20 5 Mei 2008 Wak Jang merasuki Reza untuk menghuru-harakan rumah Rosli sekeluarga tetapi Ustaz Hashim berjaya menghapuskan puaka itu. Reza selamat dan akhirnya dipisahkan dari roh-roh jahat. Akhirnya Rosli sekeluarga pindah keluar dari rumah untuk menjauhi diri daripada segala yang menghantui mereka selama ini.
# Tarikh
keluaran
Ringkasan
1 6 Julai 2009 Rosli dan Reza dalam perjalanan untuk menghantar Mak Tom balik ke kampung. Semasa perjalanan, mereka berdua dikejar sumpahan lama lalu menemui kemalangan yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Rosli terselamat tetapi Reza maut dalam kemalangan tersebut, namun jampi lama membangkitkan Reza untuk tujuan dendam.
2 8 Julai 2009 Reza yang kembali bangkit setelah diisytihar mati oleh doktor, akan di jaga oleh bapa saudaranya, Ustaz Hayat dan isterinya. Rosli masih belum sedar dari koma akibat kemalangan pula telah dilawati oleh jelmaan melalui Reza.
3 10 Julai 2009 Mak Tom yang terselamat dari kemalangan, kembali sedar di hospital, tetapi mengalami trauma yang teruk dan seringkali meracau. Mak Tom kemudiaannya telah dirasuk oleh jelmaan untuk membunuh Rosli yang masih dalam koma.
4 13 Julai 2009 Mak Tom pulang ke rumahnya dan dijaga oleh anaknya Nizam dan isterinya Wanda, masih meracau dan hidup dalam ketakutan. Manakala Ustaz Hayat pula mengalami peristiwa aneh dan pelik semenjak kehadiran Reza di rumahnya.
5 15 Julai 2009 Rosli yang masih berada dalam keadaan koma mengalami satu transformasi yang aneh. Ustaz Hayat yang sudah mengetahui perihal latarbelakang Reza, cuba untuk membantu Reza.
6 17 Julai 2009 Doktor dan misi bergegas mendapati Rosli yang masih koma kerana tiada tindakbalas pernafasan. Mak Tom pula berkelakuan semakin aneh sehinggakan anaknya Nizam dan isterinya Wanda buntu untuk membantunya.
7 20 Julai 2009 Dato' Ishak berjumpa bomoh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya, bomoh tersebut menyuruh mengambil Reza sebagai anak angkat kerana Reza boleh membawa tuah. Sementara itu keadaan Mak Tom semakin menjadi-jadi…
8 22 Julai 2009 Mak Tom meracau memberitahu menantunya, Wanda berkenaan kedatangan seseorang atau sesuatu nanti, menyebabkan Wanda semakin resah.
9 24 Julai 2009 Dato’ Ishak menemui Wak Hartono dan memuji keberkesanan tangkalnya. Manakala Reza pula tiba-tiba resah apabila merasai seseorang sedang memerhatinya. Rosli yang masih koma pula, diseksa batinnya oleh jelmaan yang pernah dipujanya dulu.
10 27 Julai 2009 Dato’ Ishak semakin galak melakukan hubungan sulit dengan wanita-wanita lain, sementara Datin Sandra yang berada di rumah ditemani oleh jelmaan yang menyerupai Dato’ Ishak! Mak Tom pula bertekad membongkar rahsia sebenar Reza.
11 29 Julai 2009 Nizam dan isterinya Wanda terkejut dengan apa yang telah berlaku kepada Mak Tom. Manakala Dato’ Ishak dan Datin Sandra pula membawa Reza berjumpa bapanya, Rosli setelah mendapat panggilan dari hospital.
12 31 Julai 2009 Dato’ Ishak dan Datin Sandra mendapat satu berita gembira apabila berjumpa doktor, tetapi berita tersebut tidak disenangi oleh Laila, perempuan simpanan Dato’ Ishak. Reza pula semakin resah dan tertekan dengan seseorang yang sering memerhatikannya.
13 3 Ogos 2009 Wak Hartono memberi amaran kepada Dato’ Ishak supaya berhati-hati dengan satu ancaman yang bakal berlaku kepada Reza. Manakala Datin Sandra pula akhirnya bersemuka dengan orang yang sebelum ini sering memerhatikan perilaku Reza dari jauh.
14 5 Ogos 2009 Datin Sandra telah bersemuka dengan Ustaz Hafiz, orang yang sering mengikurinya. Setelah itu Datin Sandra merasakan perkara aneh di rumahnya. Ustaz Hafiz pula bermimpi berjumpa dengan arwah bapanya.
15 7 Ogos 2009 Semenjak berjumpa dengan Ustaz Hafiz, Datin Sandra kerap mengalami mimpi buruk dan peristiwa aneh serta menyeramkan, terutamanya apabila bersama Reza di rumah.
16 10 Ogos 2009 Dato’ Ishak menemui Wak Hartono untuk meminta bantuannya lagi, namun kali ini, balasan yang diminta oleh Wak Hartono sebagai pengeras amat berat untuk Dato’ Ishak laksanakan.
17 12 Ogos 2009 Setelah kematian misteri Datin Sandra, Ustaz Hafiz bersemuka pula dengan Dato’ Ishak untuk memberi amaran kepada beliau mengenai Reza dan Wak Hartono.
18 14 Ogos 2009 Wak Hartono semakin menguasai kepercayaan Dato’ Ishak dengan jampi serta tangkalnya setiap kali Dato’ Ishak datang meminta bantuan. Manakala Ustaz Hafiz pula mendapat kunjungan dari musuhnya ketika beliau sedang berzikir.
19 17 Ogos 2009 Pertarungan batin antara Ustaz Hafiz dan Wak Hartono sudah tidak dapat dielakkan… Manakala Dato’ Ishak yang turut merasai bahang pertarungan tersebut pula dikejutkan oleh kunjungan dari tetamu yang tidak disangka olehnya.
20 19 Ogos 2009 Maka berentaplah Ustaz Hafiz dan Wak Hartono beradu batin, tetapi selepas selesainya pertarungan, masih belum berakhir lagi bagi si "Reza."

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]