Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | |
---|---|
Official name | Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Also called | Hari PBB |
Type | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Celebrations | Pertemuan, perbincangan, pameran, persembahan kebudayaan |
Date | 24 Oktober |
Frequency | tahunan |
Related to | Hari Pembangunan Maklumat Dunia |
Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diperingati pada 24 Oktober setiap tahun untuk memperingati pemeteraian Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Piagam tersebut dideklarasikan pada tahun 1947 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari PBB diraikan untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai tujuan dan pencapaian PBB.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara kebiasaannya diraikan di seluruh dunia dengan berbagai pertemuan, perbincangan, dan pameran mengenai pencapaian dan tujuan dari PBB. Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung PBB mencadangkan kepada negara-negara anggota untuk menjadikan hari ini sebagai hari cuti.
Beberapa sekolah antarabangsa di seluruh dunia juga meraikan kepelbagaian murid-muridnya dengan Hari PBB. Perayaan ini sering kali melibatkan pertunjukan budaya di malam hari dan pesta makanan yang menyediakan makanan dari seluruh dunia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (dalam bahasa Inggeris) UN Day