Habib Al-Najjar
As-syahid Habib Al-Najjar Habib Si Tukang Kayu | |
---|---|
Syahid | |
Lahir | c. 5 C.E. Antioch |
Meninggal | c. 30-40 C.E. Antioch |
Dihormati oleh | Islam |
Tempat keramat | Makam Habib, Antioch |
Pengaruh | Nabi Isa a.s. |
sunting |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Habib Al-Najjar atau Habib Si Tukang Kayu, menurut kepercayaan sebilangan Muslim, merupakan seorag pemuda yag beriman kepada Allah (Muslim) yang menetap di Antioch ketika zaman Nabi Isa a.s..[1] Dalam tradisi Muslim, Habib dilihat beriman kepada pesanan yang diutuskan oleh kaum Hawari kepadanya di Antioch. Hawari merupakan sahabat-sahabat yang tulus berdamping dengan Nabi Isa a.s.. Mereka semua sanggup syahid demi mempertahankan aqidah suci yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.[2] Terdapat sebuah makam di Antioch, dibawah Gunung Silpius, dimana dilihat sebagai tempat bersemadinya jasad 'Habib.[3] Walaupun terdapat sumber yang mengenalpasti Habib berkaitan dengan individu bernama Agabus seperti yang diceritakan dalam Alkitab, Kisah Rasul-rasul,[4] mengatakan, Agabus adalah pemuda beriman yang telah syahid ketika zaman Yesus Kristus[5] di Antioch, namun begitu terdapat para ilmuan yang menolak dakwaan ini, mereka menolak Agabus telah syahid di Antioch[6] tetapi sesuatu tempat lain yang tidak dikhususkan, mungkin di Jerusalem atau ditempat lain. Semua sumber Muslim telah menyenaraikan pekerjaan Habib sebagai seorang tukang kayu.[7]
Naratif sejarah
[sunting | sunting sumber]Walaupun Habib, gerangan nama Rasul dan Antioch tidak disebut dalam Al-Quran secara terang-terangan, tetapi mengikut beberapa pandangan tradisi lama Muslim, tiga orang hawari, salah seorang dari mereka iaitu Santo Peter telah dihantar ke bandar Antioch untuk mengajar ilmu ketauhidan mengenai Allah yang Maha Esa.[8] Masyarakat Antioch ketika itu telah berada dalam kesesatan dan kekufuran yang nyata, mereka dilihat menyembah berhala. Apabila para hawari itu datang, kebanyakan orang disana telah menanyakan pada mereka, menyoal apakah jenis agama yang Isa minta mereka sampaikan untuk diajarkan pada masyarakat di Antioch.[9] Baidawi menyediakan maklumat berkenaan naratif Habib. Beliau menghubungkan bahawa ketiga-tiga hawari tersebut telah menemui Habib di Antioch dan memberitahu kepada Habib tentang misi yang dibawanya. Baidawi kemudian menghubungkaitkan hawari-hawari tersebut dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah pada mereka, diantaranya termasuklah menyembuhkan penyakit, merawat buta mata, dan menghidupkan orang yang mati. Anak lelaki Habib yang telah disembuhkan dari penyakit degan izin Allah, akhirnya membuatkan Habib berasa terhutang budi, dan berasa yakin akan kebesaran Allah dan berusaha untuk mengajar Injil kepada masyarakatnya di Antioch. Namun begitu ramai dari masyarakat di Antioch menolak dakwah yang disampaikan. Berikutan itu, penduduk yang ingkar telah mengambil keputusan untuk merejam Habib dengan batu sehingga beliau mati. Kematian Habib itu, dianggap sebagai syahid oleh sebilangan umat Islam, kerana mempertahankan dan menyampaikan agama Allah.[10]
Kisah dalam Al-Quran
[sunting | sunting sumber]Kisah pengutusan hawari ke Antioch dan keimanan Habib ini telah dirakamkan dalam Al-Quran dalam Surah Yaasin, ayat 13-28:
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),(AYAT 13)
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.(AYAT 14)
Penduduk bandar itu menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.(AYAT 15)
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,(AYAT 16)
Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata.(AYAT 17)
Penduduk bandar itu berkata pula: Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(AYAT 18)
Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.(AYAT 19)
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.(AYAT 20)
Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayat petunjuk.(AYAT 21)
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?(AYAT 22)
Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.(AYAT 23)
Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.(AYAT 24)
Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku).(AYAT 25)
(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.(AYAT 26)
Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan.(AYAT 27)
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka) dan tidak perlu Kami menurunkannya.(AYAT 28)
Dalam ayat Al-Quran diatas, para hawari yang datang ke Antioch untuk mengajar ajaran tauhid yang disampaikan kepada mereka dari Nabi Isa a.s., yakni hawari tersebut digelar sebagai Rasul yang bermaksud "utusan". Disebabkan itu, pengidentifikasian hawari sering kali menjadi perselisihan dalam pengutaraan pendapat oleh sesetengah komentator moden kini, baik dari para penafsir agama Kristian mahupun dari kalangan mereka yang beragama Islam. Ini disebabkan kebanyakan terma 'rasul' atau pesuruh atau utusan Allah itu banyak dirujuk sebagai Rasul dalam Al-Quran. Manakala Alkitab Perjanjian Baru pula merujuk Hawari (Kristian) Yesus Kristus sebagai Rasul (Kristian)[11]
Imam At-Tabrani meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ﷺ ),”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda ﷺ menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda ﷺ menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda ﷺ menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda ﷺ menjawab,”315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai.
Berdasarkan potongan hadis diatas jelaslah, menurut Islam, jumlah rasul bukan hanya terbatas sehingga 25 orang sahaja walhal jumlahnya sehingga 315 orang. Kisah Habib bersama tiga para hawari ini juga, sebenarnya tidak boleh dinilai secara sempit, ini kerana boleh jadi para hawari-hawari tersebut merupakan rasul kerana seperti ayat Al-Quran diatas turut menggunakan gelaran tersebut untuk merujuk kepada mereka bertiga, sila lihat; Hawari untuk definisi istilah yang lebih terperinci. Definisi Rasul dalam Islam (ajaran Tauhid) adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Manakala Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam (ajaran Tauhid) yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup untuk dirinya sendiri.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Chronique de Tabari (Bal'ami), trans. H. Zotenberg, ii, 51f.
- Tabari, Volume 1, 789-783; Tafsir Tabari, xxii, 91ff.
- Masudi, Murudj, i, 127f. (trans. Ch. Pellat, Paris, 1962, i, 127)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hughes Dictionary of Islam, Habib the Carpenter
- ^ Muhammad, Martin Lings, Page. 113
- ^ Hughes Dictionary of Islam, Habib the Carpenter: "Habib ‘s tomb is still seen in Antioch, and is visited by Muhammadans as a shrine."
- ^ Acts, xi, 28 and xxi, 10-11
- ^ Synaxaire de Constantinople, in H. Delehaye, Propylaeum ad Acta sanctorum Nouembris, col. 591, c.f 783 f.
- ^ Encyclopedia of Islam, Habib Al-Nadjdjar: "...it is not stated that this (Agabus's martyrdom) was at Antioch, but either at Jerusalem or in some place not specified..."
- ^ Hampir kebanyakan sumber, termasuk al-Masudi, Mutahhar, Balami dan al-'Thalabi memaklumkan pekerjaan Habib sebagai seorang tukang kayu
- ^ Muhammad, Martin Lings, Chapter XXVIII
- ^ Hughes Dictionary of Islam, Habib the Carpenter
- ^ Hughes Dictionary of Islam, Habib the Carpenter
- ^ The Holy Qur'an: Text, Translation and Commentary, Abdullah Yusuf Ali, XXXVI: XX-XXVII