Pergi ke kandungan

Laluan Rel Pantai Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada East Coast Rail Link)

Projek East Coast Rail Link[1] (singkatan ECRL, Bahasa Melayu: Rel Hubungan Pantai Timur) ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan landasan kereta api antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pada 15 Mac 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), telah melakukan market sensing untuk mengukur faedah pasaran, mendapatkan pandangan dan idea untuk ECRL melalui Maklumat Permintaan (RFI).[2][3] ECRL ialah laluan baru sama sekali berdasarkan landasan tolok piawaian dan mungkin bermula dari Serendah yang menghubungkan landasan kereta api semasa KTM Laluan Pantai Barat ke Bentong dan Mentakab dan pasti akan melibatkan pembinaan terowong bawah tanah di Banjaran Titiwangsa. 70 km landasan kereta api tunggal untuk Laluan Kereta Api Kerteh-Pelabuhan Kuantan bagi infrastruktur logistik penapisan minyak Petronas akan dihubungkan dan dinaik taraf ke dalam projek ini.[4][5]

ECRL akan dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia Rail Link (MRL), sebuah entiti baru yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan (MoF).[6]

  1. ^ "Copyrights © 2017 Malaysia Rail Link Sdn Bhd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-08. Dicapai pada 2017-07-01.
  2. ^ "EAST COAST RAIL LINK (ECRL) PROJECT". SPAD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-10. Dicapai pada 2016-06-21.
  3. ^ "SPAD initiates RFI to gauge market interest for East Coast Rail Line". THE EDGE. Dicapai pada 2016-03-15.
  4. ^ "East Coast railway spurs Overweight call on construction sector". THE STAR ONLINE. Dicapai pada 2016-01-14.
  5. ^ "Firms eye RM30b East Coast rail project". FREE MALAYSIA TODAY. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-03. Dicapai pada 2014-04-29.
  6. ^ "MoF's MRL To Own And Operate RM55b ECRL". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-01. Dicapai pada 2017-03-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]