Pergi ke kandungan

Diego Garcia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Diego Garcia
Moto: In tutela nostra Limuria
Bahasa rasmi Inggeris
Ibu negara Diego Garcia
Bandar terbesar Diego Garcia
Komisaris Tony Crombie
Administrator Tony Humphries
Wilayah
 - Total
 - % water
Urutan ke-77 (British)
60 km²
0
- Jumlah Penduduk
Penduduk hanya anggota tentera serta pekerja kakitangan sahaja
Mata wang Pound sterling; Dolar Amerika Syarikat (diterima)
Zon waktu UTC: +6 (DST: ?)
Kemerdekaan Wilayah Luar British
Lagu kebangsaan
Domain internet .io
Kod Panggilan +246 (Diego Garcia)
Keadaan tanah dan anak sungai

Diego Garcia terletak di Lautan Hindi (atau Wilayah Lautan Hindi British; bahasa Inggeris: British Indian Ocean Territory/BIOT) dan terdiri daripada 6 pulau karang atol di kepulauan Chagos dengan sekitar 56 buah pulau kecil di Lautan Hindi. Pulau ini terletak pada koordinat 6° LS, 71°30' BT. Ia merupakan daerah wilayah luar pantai dari British. Diego Garcia adalah pulau terbesar yang terletak di hujung selatan dan merupakan lokasi yang strategik di Lautan Hindia dan juga pengkalan ketenteraan laut Amerika Syarikat atas keizinan British. Luas wilayah tersebut sekitar 60 km².

Pada 18 Mac 2015, Pulau Diego Garcia serta pulau lain di wilayah lautan Hindia British telah dilidungi dibawah akta baru iaitu Chagos Marine Protected Area yang melarang aktiviti pemancingan dilakukan di wilayah yang bersaiz 640,000 kilometer persegi ini.

Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Diego Garcia

Kepulauan ini dibahagikan kepada pulau-pulau Chagos, Aldabra, Farquhar dan Desroches.

Pada 23 Jun 1976, Aldabra, Farquhar dan Desroches dikembalikan kepada Seychelles apabila negara tersebut merdeka. Akibatnya BIOT menjadi enam buah pulau di gugus kepulauan Chagos. Pulau Diego Garcia yang merupakan pulau terbesar dan paling selatan merupakan kemudahan bagi angkatan laut gabungan antara British dan Amerika Syarikat. Pulau-pulau yang lain tidak berpenghuni. Bekas petani-petani yang dulunya tinggal di pulau-pulau tersebut dipindahkan semula ke Mauritius dan Seychelles antara tahun 1967 hingga 1973. Pada 2000, mahkamah tinggi British membatalkan perintah yang kedatangan imigarasi dari kepulauan-kepulauan tersebut, tetapi tetap memberikan status tentera khas di Diego Garcia. Status pinjaman dari Amerika Syarikat akan berakhir pada 2016. Mauritius telah meminta semula kepulauanya di Chago.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]
Tentera Laut Amerika Syarikat

Sebagai daerah British, wilayah ini dipimpin oleh ratu Elizabeth II dan Tony Crombie sebagai ketua kerajaan wilayah. Tiada pilihan raya untuk wiliyah ini memandangkan ia berdasarkan sistem monarki.

Pokok kelapa

Semua aktiviti ekonomi di Diego Garcia banyak tertumpa pada ketenteraan disebabkan terletaknya pengkalan gabungan antara British dan Amerika Syarikat. Sekitar 3.000 penduduk asli dikenal dengan nama the Chagosians atau Ilois dipaksa untuk dipindah ke Mauritius sebelum pembangunan pangkalan tersebut pada 1995. Terdapat sekitar 1,700 askar tentera British dan Amerika Syarikat bersama 1,500 perkerja pembinaan pengkalan tinggal di sini.

Pulau ini sangat terkenal dengan industri perikanan yang kaya dengan alam flora. Oleh sebab itu terdapat banyak spesies ikan yang jarak ditetumui di jumpa di sini. Menurut sumber, pulau ini boleh dilawati dan aktiviti memancing boleh dibuat namun terhad pada bahagian utara sahaja yang berhampiran Pulau Maldives.

Geografi dan Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan malam

Kebanyakan pulau-pulau di wilayah ini tidak mempunyai jalan namun terdapat jalan yang boleh dilalui oleh basikal untuk memudahkan perkerja serta askar- askar yang berkhidmat di kawasan lapangan terbang. Diego Garcia memiliki pelabuhan sendiri dan lapangan udara (tentera) sepanjang 3.659 meter serta lebar 12,000 kaki.

Keadaan hutan di Diego Garcia