Batu dakwat
Batu dakwat atau batu tinta (Cina Tradisional: 硯 , Cina Ringkas: 砚 , pinyin: yàn) ialah sejenis batu berupa lesung yang digunakan untuk mengisar dakwat kering sebelum ia dapat digunakan untuk tujuan menulis; ia khusus ada dalam seni khat Cina. Barangan ini tidak sahaja boleh dihasilkan daripada batu, tetapi juga tanah liat, gangsa, besi mahupun tembikar.
Cara menggunakan
[sunting | sunting sumber]Dakwat dipakai dalam penulisan Cina terkumpul dalam bentuk batang kering. Batang-batang ini lazim digiling pada hujung tapak batu agar ada suatu longgokan terkumpul - orang Cina lazim menggiling dakwat mengikut arah berpusing manakala orang Jepun menggiling ikut arah depan belakang.
Air dititiskan pada longgokan terkumpul sehingga ia melarutkan dakwat ini; larutan tersebut kemudiannya menurun dan bertakung jauh dari tempat dakwat digiling. Dakwat digiling dan dicairkan sehingga cukup larutan terhasil yang boleh dicelupkan sambil meninggalkan kesan pada kertas.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Batu dakwat Duan Hijau dari Dinasti Song (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat She dari Dinasti Song (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat Taohe dari Dinasti Song dengan tulisan dari Dinasti Ming (Koleksi Nantoyōsō, Jepun)
-
Batu dakwat berpenutup tembikar berbentuk kura-kura, sekitar abad ke-6 hingga 7, Metropolitan Museum of Art
Rujuksn
[sunting | sunting sumber]- Sumber utama
- T.C.Lai, Treasures of a Chinese Studio, Hong Kong, 1976.
- Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Chūgoku kenzai shūsei (A Compendium on Chinese Inkstones), Tokyo, 1980.
- Kitabatake Sōji and Kitabatake Gotei, Suzuri-ishi gaku (An Inkstone Encyclopedia), Tokyo, 1977.
- Yin-ting hsi-ch'ing yen-p'u (An Imperial Catalogue of the Western Brightness Collection of Inkstones), 24 chapters, preface 1778.