Pena
Pena[1] (disebut [pé.na], Jawi: ڤينا ) atau pen[2] ([pén], Jawi: ڤين ) ialah alat tulis runcing yang menakung,[1] mengalirkan serta menandakan dakwat pada permukaan tertentu seperti kertas. Ia boleh digunakan bersama pelbagai warna dakwat tetapi biasanya menggunakan dakwat dalam pelbagai warna - antaranya hitam, biru, merah dan kadang-kala hijau. Ia kadang kala digunakan bagi judul, bulet (bullets) dan menombor dll.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Kedua-dua perkataan pena dan pen akarnya dari kata bahasa Latin penna "bulu pelepah" iaitu bahan yang pernah digunakan sebagai alat menulis: pena meminjam terus dari Portugis: pena[3] turunan kata Latin ini manakala pen meminjam dari Bahasa Inggeris.
Jenis
[sunting | sunting sumber]Pen boleh dikelaskan menurut jenis hujungnya. Jenis moden utama adalah :
Dalam sejarah, pen turut digunakan dalam bentuk:
- Pelepah
- Pen celup
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pen rumput
[sunting | sunting sumber]Tamadun Mesir silam telah memajukan penulisan pada gelungan papirus apabila jurutulis menggunakan berus rumput nipis dari Juncus maritimus.[4] Steven Roger Fischer dalam bukunya A History of Writing mencadangkan bahawa penemuan artifak sebentuk alat ini di Saqqara ada menunjukkan bahawa ia mungkin telah digunakan bagi menulis di atas helaian semenjak Dinasti Pertama atau sekitar 3000 BC. Alat rumput sebegini terus digunakan sehingga Zaman Pertengahan sungguhpun ia perlahan-lahan digantikan dengan pen pelepah semenjak abad ke-7 bahkan turut menerapkan bahan pelepah tumbuhan setempat seperti kabung.
Pena bulu
[sunting | sunting sumber]Bulu pelepah yang diruncingkan hujungnya menjadi pilihan banyak penulis sehingga abad ke-19.
Jenis lain
[sunting | sunting sumber]- mata felt bebola (kini hanya terdapat di Afrika Selatan)
- Pen boleh padam. Tidak sesuai untuk menulis cek.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Fischer, Steven R., A History of Writing, London: Reaktion, 2001, 352 p., ISBN 1861891016
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Bandingkan:
- "pena". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 25 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- "pena". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. Dicapai pada 25 April 2020.
- ^ "pen". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). pena. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 280–281.
- ^ Egyptian reed pen Diarkibkan 2007-02-21 di Wayback Machine Retrieved 16 March 2007.