Daerah Alor Gajah
Daerah Alor Gajah | |
---|---|
Transkripsi lain | |
• Jawi | الور ڬاجه |
• Cina | 亚罗牙也县 |
• Tamil | அலோர் காஜா |
Lokasi Daerah Alor Gajah di Malaysia | |
Koordinat: 2°23′00″N 102°12′38″E / 2.38331748737431°N 102.21065423330029°EKoordinat: 2°23′00″N 102°12′38″E / 2.38331748737431°N 102.21065423330029°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Melaka |
Pusat | Alor Gajah |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Alor Gajah (utara) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (tenggara) |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Saiful Hazwa Kipli[2] |
Keluasan | |
• Jumlah | 674 km2 (260 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 212,000[1] |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 76100 and 78xxx |
Kod panggilan | +6-06-5 |
Nombor plat kenderaan | M |
Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 674 kilometer persegi yang merangkumi 31 buah mukim.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.
Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.
Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942. Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Alor Gajah ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah di utara dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di tenggara. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Alor Gajah dan terbahagi kepada 31 mukim. Terdapat tiga buah bandar dan empat buah pekan di dalam daerah ini.[7]
Bil | Mukim | Luas (km2) |
---|---|---|
1. | Lendu | 27.17 |
2. | Masjid Tanah | 19.56 |
3. | Ramuan China Kechil | 13.29 |
4. | Sungei Baru Tengah | 21.81 |
5. | Kuala Sungei Baru | 11.09 |
6. | Sungai Baru Ilir | 39.14 |
7. | Brisu | 20.67 |
8. | Tanjong Rimau | 5.21 |
9. | Padang Sebang | 8.34 |
10. | Belimbing | 3.66 |
11. | Parit Melana | 6.32 |
12. | Pegoh | 18.29 |
13. | Kelemak | 17.93 |
14. | Taboh Naning | 31.84 |
15. | Melekek | 11.22 |
16. | Rembia | 16.61 |
17. | Pulau Sebang | 7.05 |
18. | Tebong | 34.14 |
19. | Kemuning | 25.52 |
20. | Gadek | 14.85 |
21. | Machap | 76.12 |
22. | Malaka Pindah | 24.32 |
23. | Durian Tunggal | 51.80 |
24. | Sungei Petai | 17.80 |
25. | Sungai Baru Ulu | 35.69 |
26. | Beringin | 3.84 |
27. | Ayer Pa'Abas | 29.61 |
28. | Sungei Siput | 19.53 |
29. | Ramuan China Besar | 19.38 |
30. | Sungei Buloh | 8.16 |
31. | Kuala Linggi | 24.44 |
Jumlah | 674.4 |
Bandar dan pekan
[sunting | sunting sumber]- Bandar Alor Gajah
- Bandar Masjid Tanah
- Bandar Pulau Sebang
- Pekan Durian Tunggal
- Pekan Kuala Sungai Baru
- Pekan Lubok China
- Pekan Rembia
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Alor Gajah terletak di barat laut negeri Melaka bersempadan dengan daerah Tampin dan Port Dickson, Negeri Sembilan di utara, Jasin di timur, Melaka Tengah di selatan dan Selat Melaka di barat. Daerah ini juga mempunyai sebuah eksklaf di persisiran Port Dickson iaitu Tanjung Tuan.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[8] Purata suhu ialah 27.22 °C (81.0 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.9 °C (82.2 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[8] Purata kerpasan di Alor Gajah adalah 2050.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 229.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 89.3 milimeter.[8]
Data iklim untuk Alor Gajah (1990-2019) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata suhu harian, °C (°F) | 26.7 (80.1) |
27.3 (81.1) |
27.6 (81.7) |
27.7 (81.9) |
27.9 (82.2) |
27.6 (81.7) |
27.3 (81.1) |
27.2 (81.0) |
27.1 (80.8) |
27.0 (80.6) |
26.7 (80.1) |
26.5 (79.7) |
27.2 (81.0) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 105.7 (4.16) |
89.3 (3.52) |
161.4 (6.35) |
196.6 (7.74) |
180.3 (7.10) |
165.4 (6.51) |
168.3 (6.63) |
180.6 (7.11) |
186.4 (7.34) |
220.9 (8.70) |
229.9 (9.05) |
165.8 (6.53) |
2,050.6 (80.74) |
Sumber: ClimateCharts[8] |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1980 | 113,083 | — |
1991 | 116,653 | +3.2% |
2000 | 132,317 | +13.4% |
2010 | 173,712 | +31.3% |
2020 | 249,356 | +43.5% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Alor Gajah ialah seramai 249,356 orang dengan kepadatan penduduk 370 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 79 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[9]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 71,937 tempat kediaman dengan sebanyak 67,558 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 185 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 48 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 15 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 184,476 |
Cina | 27,861 | |
India | 18,231 | |
Lain-lain | 663 | |
Bukan warganegara | N/A | 18,125 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk di daerah Alor Gajah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[9]
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 191,253 |
Buddha | 28,284 |
Hindu | 18,679 |
Kristian | 2,712 |
Lain-lain | 1,082 |
Tidak beragama | 699 |
Tidak diketahui | 6,647 |
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Daerah Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ , dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah . Dari Lebuhraya Utara-Selatan AH2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin terletak kira-kira dua kilometer arah ke Tampin. Dua lagi perhentian KTMB daerah Alor Gajah terletak di Kampung Keru dan Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_DOSM_MELAKA_1_2020_Siri-81.pdf [PDF URL kosong]
- ^ "Perutusan Pegawai Daerah". pdtag.gov.my. Dicapai pada 1 Mac 2023.
- ^ "Latar Belakang". www.pdtag.gov.my.
- ^ https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_DOSM_MELAKA_1_2020_Siri-81.pdf [PDF URL kosong]
- ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-31. Dicapai pada 2016-03-29.
- ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Melaka" (PDF). 2011. m/s. 45. Dicapai pada 1 Mac 2023.
- ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Alor Gajah". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
- ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.mpag.gov.my - Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah
- http://www.ptag.gov.my[pautan mati kekal] - Laman web Pejabat Tanah Alor Gajah
- Koleksi peta-peta Alor Gajah
- https://web.archive.org/web/19991011044800/http://www.geocities.com/CapitolHill/Lobby/9835/non.htm
Port Dickson | Rembau | Tampin | ||
Selat Melaka | Jasin | |||
Alor Gajah | ||||
Selat Melaka | Melaka Tengah | Jasin |