Carbonari
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Itali. (April 2020)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Carbonari [kar-bo-na-ri] merupakan suatu puak berangkaian serata tanah Itali (terutamanya dari Napoli dan Negeri-Negeri Paus) yang memperjuangkan penyatuan kerajaan dan negeri dalam tanah tersebut menjadi suatu negara moden baharu.
Ia ditubuhkan pada awalnya sebagai suatu gerakan yang menentang pemerintahan Joachim Murat serta memperjuangkan pembaharuan politik seperti mana yang berlaku di Perancis. Ia paling menumpukan kepada penumpasan sebarang pemerintahan mutlak[1] sehinggakan ada yang merancang pemberontakan bersenjata.
Orang-orang yang menganggotai fahaman Freemason seringkali terlibat utama dalam pergerakan ini[2] dan sering beroperasi secara sembunyi; nama persatuan ini merupakan gelaran samaran halus yang bermaksud "pelombong arang", markas persembunyian diberi nama “pondok” (baracca) manakala rakan seperjuangan sering menggelar diri sebagai "sepupu" (cugini) sambil orang luar dijolokkan sebagai “pagani”. Terdapat juga upacara khas yang merasmikan para anggota baharu.[2]
Senarai anggota ternama
[sunting | sunting sumber]- Gabriele Rossetti
- Amand Bazard
- Silvio Pellico (1788–1854) dan Pietro Maroncelli (1795–1846)
- Giuseppe Mazzini
- Marquis de Lafayette,
- Louis-Napoléon Bonaparte
- Louis Auguste Blanqui.
- Lord Byron
- Giuseppe Garibaldi
- Nicola Longo, Emilio Maffei, Piero Maroncelli, Melchiorre Gioia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kirsch 1908.
- ^ a b Galt 1994.
- Sumber utama
- Galt, Anthony (December 1994), "The Good Cousins' Domain of Belonging: Tropes in Southern Italian Secret Society Symbol and Ritual, 1810-1821", Man, New Series, 29, Wiley, Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, m/s. 785–807, doi:10.2307/3033969, JSTOR 3033969
- Templat:CE1913
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- La Carboneria e altri movimenti politici a Bologna 1815 - 1831 (dalam bahasa Itali)