Pergi ke kandungan

Giuseppe Garibaldi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Giuseppe Garibaldi
Giuseppe Garibaldi pada tahun 1861.
Kelahiran(1807-07-04)4 Julai 1807
Meninggal duniaJun 2, 1882(1882-06-02) (umur 74)
Warganegara
Sardinia (1814–1861)
Itali (1861–1866)
PekerjaanTentera
Terkenal keranaPenyatuan Itali

Giuseppe Garibaldi (4 Julai, 1807 – 2 Jun, 1882) merupakan seorang tokoh tentera dan politik Itali. Semasa berumur 20-an, beliau telah menyertai revolusi Itali Carbonari, dan terpaksa melarikan diri daripada Itali setelah pemberontakkan yang gagal. Garibaldi mengambil bahagian di dalam Perang Saudara Uruguay dengan mengetuai pasukan Legion Itali, dan selepas itu pulang semula ke Itali sebagai seorang komander di dalam konflik Risorgimento.

Beliau telah diberi gelaran sebagai "Wira Dua Dunia" sebagai penghargaan pada ekspedisi ketenteraan beliau di Amerika Selatan dan Eropah.[1] Beliau juga dianggap sebagai wira negara Itali.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Garibaldi, Giuseppe (1807-1882) - Encyclopedia of 1848 Revolutions". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-29. Dicapai pada 2009-05-27.
  • Hughes-Hallett, Lucy (2004). Heroes: A History of Hero Worship. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 1-4000-4399-9.
  • Young People's History of the World for the Past One Hundred Years. 1902. |first= missing |last= (bantuan)
  • Ridley, Jasper (1976). Garibaldi. New York: Viking Press.
  • Werner, A. (1971). Autobiography of Giuseppe Garibaldi Vol. I, II, III. New York: Howard Fertig.
  • G.M. Trevelyan, Garibaldi's Defence of the Roman Republic and Garibaldi and the Thousand

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikisource
Wikisource