Bandar Bukit Mahkota
Bandar Bukit Mahkota | |
---|---|
Nama panggilan: Bukit Mahkota, Bangi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor Darul Ehsan |
Daerah | Hulu Langat |
Mukim | Kajang |
Pentadbiran | |
• Pentadbir | Majlis Perbandaran Kajang |
• Ahli Majlis | Puan Rawiyiah binti Zakaria - Zon 24 |
• ADUN | Nushi Mahfodz (PAS) - N24 Semenyih |
• Ahli Parlimen | Mohd Sany Hamzan (AMANAH) - P101 Hulu Langat |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 43000 Kajang |
Kod kawasan | +03 |
Bandar Bukit Mahkota merupakan sebuah bandar baharu yang terletak di Kajang, dalam negeri Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Bandar ini bersempadan dengan Bandar Seri Putra, Bandar Puteri Bangi, Bangi Avenue, dan menghubungkan sempadan Kawasan Perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan
Bandar ini sangat menitikberatkan perinciannya dalam kawasan perumahan yang ideal dan selesa, reka bentuk landskap, pembangunan dan kesejahteraan alam sekitar. Kawasan ini dibangunkan oleh Araprop Development Sdn. Bhd. dan dimajukan oleh Lion Industries Corporation Berhad atau nama singkatannya Lion Group.
Bandar Bukit Mahkota dihubungkan terus melalui persimpangan Tol Plaza Putra Mahkota EXIT 213 ke Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban , perjalanan ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur dari persimpangan ini hanya memakan masa 30 minit.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembinaan perumahan baharu di Bukit Mahkota, Bangi bermula sekitar tahun 1996 yang dibangunkan oleh Araprop Development Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat kepada Lion Group yang memajukan bandar ini. Pada asalnya, kawasan di sekitar bandar ini adalah kawasan tempat pembuangan sampah dan ladang kelapa sawit. Namun, kawasan ini giat dimajukan menerusi projek pembangunan perumahan dan komersial dan menjadi sebuah bandar yang berkembang hari demi hari.
Pada masa ini, terdapat banyak tanah tersedia yang masih belum dibangunkan, terletak di tengah-tengah perbandaran, bersebelahan dengan rumah kelab yang ditetapkan dan masjid inklusif yang baru dibina. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pembangunan itu dikelilingi oleh persekitaran infrastruktur yang mencabar dengan kabel tegangan tinggi yang mengalir dari utara ke timur, dan loji rawatan kumbahan yang terletak ke arah utara. Namun begitu, pelabur dan pemastautin yang berfikiran ke hadapan yang memanfaatkan pasaran hartanah ini berpeluang mendapat banyak keuntungan daripada pelaburan mereka.
Dianggarkan 4500 unit rumah telah didiami dengan jumlah penduduk 20,000 orang dan akan terus meningkat setiap tahun. Pembinaan Serimba Terrace, PR1MA dan kondominium turut menyumbang kepadatan penduduk di kawasan ini.
Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Bukit Mahkota sebagai kediaman mereka yang paling ideal serta selesa. Perbandaran lain yang berhampiran ialah Bandar Seri Putra, Bandar Puteri Bangi, Bandar Baru Bangi, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan KLIA Sepang serta Bandar Baru Nilai.
Hartanah
[sunting | sunting sumber]No. | Nama Pembangunan | Jenis hartanah | Tahun siap |
---|---|---|---|
1 | Banyan Close, Seksyen 1, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan banglo 2 tingkat | N/A |
2 | Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan teres 2 tingkat | N/A |
3 | Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan teres 1 tingkat | N/A |
4 | Pangsapuri Nuri, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan flat berkos rendah | N/A |
5 | Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan teres 2 tingkat, teres 1 tingkat dan Semi-D | N/A |
6 | Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan Semi-D | N/A |
7 | Seksyen 7, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan bertanah (plot tanah banglo) | N/A |
8 | Seksyen 9, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan bertanah (plot tanah banglo) | N/A |
9 | Serimba Terrace, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan taman perumahan yang merangkumi 97 unit rumah teres | 2023 |
10 | Residensi PR1MA Bandar Bukit Mahkota | Pangsapuri yang merangkumi 650 unit pangsapuri | 2023 |
Kemudahan & Jaringan komuniti
[sunting | sunting sumber]Perniagaan
No. | Lokasi | Jenis bangunan |
---|---|---|
1 | Laman Perniagaan Jalan BM 2/1 dan Jalan BM 2/3, Bandar Bukit Mahkota (Fasa 1) | Kawasan kedai 2 tingkat |
2 | Laman Perniagaan Jalan BM 2/1 dan Jalan BM 2/3, Bandar Bukit Mahkota (Fasa 2) | Kawasan kedai 2 tingkat |
3 | Laman Perniagaan Jalan BM 4/1 dan Jalan BM 4/3, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan kedai 1 tingkat |
4 | Laman Perniagaan Jalan BM 7/19, Bandar Bukit Mahkota | Kawasan kedai 1 tingkat |
5 | Laman Perniagaan Residensi PR1MA, Bandar Bukit Mahkota (AKAN DATANG) | N/A |
- Eco Shop Bandar Bukit Mahkota
- 7-Eleven Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota
- 7-Eleven Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
- Speedmart Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
- Speedmart Seksyen 7, Bandar Bukit Mahkota
- Restoran Asik Maju Seksyen 2 dan 7, Bandar Bukit Mahkota
Pendidikan
No. | Projek Pembangunan | Jenis Pusat Pendidikan | Tarikh pembukaan |
---|---|---|---|
1 | SK Bandar Bukit Mahkota | Sekolah kerajaan | 2014 |
2 | SMK Bukit Mahkota (dalam pembinaan) | Sekolah kerajaan | 2025 (jangkaan) |
3 | SRI Al-Amin Putra Mahkota | Sekolah swasta | 2016 |
4 | Bright Mukmin Preschool Bandar Bukit Mahkota | Sekolah tadika swasta | |
5 | Taska An-Nur Cerdik | Sekolah taska swasta | |
6 | Prasekolah SK Bandar Bukit Mahkota | Sekolah tadika kerajaan | 2014 |
Dewan
- Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota, Seksyen 2
- Bukit Mahkota Clubhouse, Seksyen 6
Masjid/Surau
- Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota
- Surau Al-Muhajirin Seksyen 1,2,3 dan 9, Bandar Bukit Mahkota
- Surau Nuri Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
- Surau Ar-Raudhah Bandar Bukit Mahkota
- Surau Al-Buhairah Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota
Poskod
[sunting | sunting sumber]Poskod yang digunakan di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor adalah 43000.[1]