Barat Daya, Pulau Pinang
Daerah Barat Daya
داٴيرە بارت داي 西南县 Barat Daya Pulau Pinang | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Pusat | Balik Pulau |
Bandar terbesar | Bayan Lepas |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua MPPP | Dato' Patahiyah binti Ismail |
• Pegawai Daerah | Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 176 km2 (68 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 237,738 |
• Kepadatan | 1,400/km2 (3,500/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 11xxx |
Kod panggilan | +604-2xxxxxx, 604-6xxxxxx, 604-8xxxxxx (talian tetap) |
Awalan plat kenderaan | P |
Laman sesawang | http://www.mpsp.gov.my |
Daerah Barat Daya ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Balik Pulau.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Pejabat Daerah dan Tanah bagi daerah Barat Daya bermula dengan pembinaan pejabatnya oleh seorang Penghulu dari pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris, Datuk Bahauddin pada tahun 1880. Pembentukan Pejabat Daerah ini adalah sejajar dengan pembangunan Pejabat Kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Di antara Pejabat Kerajaan yang kini menjadi bahan sejarah penting ialah Masjid Kongsi dan Hospital Daerah Balik Pulau.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim yang diketuai oleh penghulu. 22 Mukim-mukim tersebut adalah:[2]
Mukim
[sunting | sunting sumber]- Mukim 1
- Mukim 2
- Mukim 3
- Mukim 4
- Mukim 5
- Mukim 6
- Mukim 7
- Mukim 8
- Mukim 9
- Mukim 10
- Mukim 11
- Mukim 12
- Mukim A
- Mukim B
- Mukim C
- Mukim D
- Mukim E
- Mukim F
- Mukim G
- Mukim H
- Mukim I
- Mukim J
Bandar
[sunting | sunting sumber]Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 122,764 | — |
2000 | 159,129 | +29.6% |
2010 | 197,131 | +23.9% |
2020 | 237,735 | +20.6% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Barat Daya ialah seramai 237,738 orang dengan kepadatan penduduk 1,360 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Barat Daya merupakan Bumiputera, dengan peratusan 56.9 peratus daripada jumlah penduduk.[3]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 127,180 |
Cina | 81,850 | |
India | 13,295 | |
Lain-lain | 1,068 | |
Bukan warganegara | - | 14,345 |
Jumlah | 237,738 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Barat Daya, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 58 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 28.3 peratus, agama Kristian sebanyak 5.8 peratus, agama Hindu sebanyak 5.1 peratus dan lain-lain agama sebanyak 2.2 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.6 peratus dari keseluruhan penduduk.[3]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 52 buah sekolah di daerah ini;[4]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 23 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 16 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 9 |
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan | 1 |
Sekolah Menengah Agama | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |
Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Perutusan Pegawai Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 3 Mac 2014.
- ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
- ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sekolah di PPD Barat Daya-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Barat Daya, Pulau Pinang |