Pergi ke kandungan

Bantuan:AFA/Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Carta di bawah menunjukkan cara Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA) mewakili sebutan Melayu (Melayu baku; utamanya Melayu Brunei, Melayu Riau, dan Melayu Singapura) dalam rencana Wikipedia. Lihat Fonologi bahasa Melayu untuk pandang lebih teliti mengenai bunyi dalam bahasa Melayu.

Konsonan
AFA Contoh
b bola[1]
d dari [1]
jari
f fikir, visa[2]
ɡ galah [3]
h habis, tokoh
j yakin, kaya
k kalah[1][3]
l lama
m makan
n nakal
ŋ ngarai
ɲ nyaman
p pola[1]
r raja, dari, pasar[4]
s saya
ʃ syak[2]
t tari[1]
cari
v visa[2]
w waktu, Jawa
x khas[2]
z zaman[2]
ʔ bapak[1][3]
Vokal[5] Notasi baku
AFA Contoh K.D. K.B.M.R.
a ajar, buka[6][7]
e serong, kare, pilih, yakin, kirim[8] é è, é
ɛ pek, teh, bebek [9]
i bila, ini
ɪ kirim[9]
o roda, toko, tujuh, rumput[8] o
ɔ pohon[9]
u upah, baru
ʊ rumput[9]
ə gelak, buka[6] ĕ ê, ĕ
Diftong
au kalau[8]
ai capai[8]
oi, ui sepoi
Simbol lain
AFA Penjelasan
ˈ Tegasan primer
Ditempatkan sebelum suku kata tegasan[10]
  1. ^ a b c d e f /p/, /t/, /k/ ialah tidak berhembusan. Dalam kedudukan akhir, konsonan-konsonan ini tidak lepas [p̚, t̪̚, ʔ̚], dengan k akhir sebagai hentian glotis. /b, d/ juga tidak lepas, dan oleh itu dinyahsuarakan, [p̚, t̚]. Tiada liaison: konsonan-konsonan ini kekal tidak lepas sungguhpun apabila diikuti oleh vokal, seperti dalam "kulit ubi", tetapi disebut sebagai konsonan tengah normal apabila diikuti oleh akhiran.
  2. ^ a b c d e Geseran [f, z, ʃ, x] dijumpai hanya dalam kata pinjaman. Sesetengah penutur menyebut ‹v› ortografi dalam kata pinjaman sebagai v; jika tidak sebutannya ialah f. Geseran [z] juga boleh menjadi alofon untuk /s/ sebelum konsonan bersuara.
  3. ^ a b c Hentian glotis ʔ ialah alofon untuk /k/ dan /ɡ/ dalam koda: baik, bapak. Ini juga digunakan di antara vokal seiras dalam hiatus. Hanya beberapa patah perkataan mempunyai bunyi ini di tengah-tengah, contohnya "bakso". Ini mungkin diwakili oleh koma atas dalam perkataan terbitan bahasa Arab seperti "Dato’.
  4. ^ Di kawasan Melayu tradisional, konsonan rotik /r/ dinyatakan sebagai geseran velum atau anak tekak, ɣ atau ʁ, dan digugurkan di hujung kata. Di tempat lain, termasuk dalam bahasa Melayu Riau dan Singapura, /r/ ialah tamparan gusi ɾ atau getaran gusi r. Kedudukannya relatif dengan pepet adalah taksa: "kertas" mungkin disebut [krəˈtas] atau [kərəˈtas].
  5. ^ Konsonan sengauan /m, n, ŋ, ɲ/ menyengaukan vokal berikut, dan mungkin menyengaukan vokal berikutnya sekiranya konsonan perantaraan ialah /h, j, w, ʔ/.
  6. ^ a b Dalam bahasa Malaysia, /a/ hujung kata kerap disingkatkan kepada ə atau lebih jarang ɐ.
  7. ^ [ɑ] ialah alofon kadang-kadang untuk /a/ selepas atau sebelum konsonan yang disebut dengan lebih berhati-hati daripada kata pinjaman Arab, contohnya: qari [qɑri].
  8. ^ a b c d [e, o] ialah alofon untuk /i, u/ dalam suku kata terakhir tertutup dalam perkataan asli di Semenanjung Malaysia dan Sumatera, tetapi telah terasas sebagai fonem tersendiri untuk perkataan asli lain dalam semua dialek Melayu dan dalam kata pinjaman Arab, Parsi, Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jawa, dan dalam nama asing. Diftong /ai, au/, yang hanya berlaku dalam suku kata terbuka, kerap digabungkan menjadi [e, o], masing-masing, terutamanya di Jawa.
  9. ^ a b c d /e, i, o, u/ dalam bahasa Melayu Riau mempunyai alofon kendur [ɛ, ɪ, ɔ, ʊ] dalam suku kata hujung tertutup, kecuali tegangan [i, u] berlaku dalam suku kata tegasan dengan sengauan koda, dan kendur [ɛ, ɔ] juga berlaku dalam suku kata terbuka sekiranya suku kata ikutan mengandungi vokal kendur sama.
  10. ^ Tegasan secara amnya terletak pada suku kata praakhir. Sekiranya suku kata mengandungi pepet ə, tegasan menganjak ke antepenultima sekiranya ada, dan ke suku kata terakhir sekiranya tiada. Sesetengah akhiran diabaikan untuk peletakan tegasan.