Anjing Bangkaew Thai
Nama lain | Anjing Bangkaew | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Thailand | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Bangkaew Thai[a] atau hanya anjing Bangkaew[b] ialah satu baka anjing Asia. Ia merupakan anjing jenis spits bersaiz sederhana.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing Bangkaew Thai bertubuh padat berprofil segi empat sama. Ia berperkadaran baik dengan gaya jalan lancar. Lapis bulu gandanya terdiri daripada lapis bulu bawah pendek, dengan rerambut pengawal lebih panjang yang tumbuh melaluinya untuk membentuk lapis bulu luar. Lapis bulunya lebih tebal dan lebih panjang di sekitar leher, dada, dan belakang yang membentuk suria mirip singa, yang lebih ketara pada anjing jantan berbanding dengan yang pada anjing betina. Ekor berbulunya terangkat dengan lengkungan sederhana ke atas ke belakang. Baka ini terdapat dengan warna putih dengan cahaya warna merah, kelabu, perang, dan hitam dalam pelbagai corak. Sesetengah anjing mempunyai lapis bulu putih. Matanya berwarna perang dan hitam dan bersaiz sederhana dengan bentuk badam. Giginya mengandungi gigitan gunting.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bang Kaeo (Bangkaew) ialah sebuah kampung yang terletak di Daerah Bang Rakam, Wilayah Phitsanulok di rantau tengah di Thailand. Di daerah ini, berhampiran dengan Sungai Yom, anjing betina hitam putih tempatan milik seorang sami Buddha telah disilangkan dengan seekor anjing liar yang kini pupus, lalu menghasilkan anjing pertama baka in. Sejak tahun 1957, pembiakan terpilih daripada satu perinduk tunggal ini menghasilkan baka kini.[1]
Kesihatan dan perangai
[sunting | sunting sumber]Ini ialah baka cerdas, atletik, tangkas, dan tegap. Ia sesuai sebagai pendamping setia dan bersikap pelindung untuk keluarga serta sebagai anjing penjaga cemerlang. Anjing Bangkaew Thai ialah anjing penyayang, cerdik, dan berwaspada yang menjadikan teman keluarga cemerlang dan setia serta anjing pekerja dan anjing pemburu baik. Baka ini bersikap penyayang terhadap keluarganya, bergaul dengan baik dengan kanak-kanak, dan anjing yang tersosialiasi dengan betul berlembut dengan kanak-kanak lebih kecil.[perlu rujukan]
Anjing Thai Bangkaew bukan baka yang agresif tetapi dapat gemar menjauhi orang asing dan sangat kuat menjaga wilayah dan bersikap pelindung. Walau bagaimanapun, baka ini lebih cenderung untuk mengancam berbanding dengan menggigit dan menyerang. Ia sesuai sebagai anjing penjaga dan anjing pengawal yang lantang-lantang mengumumkan ketibaan mana-mana pelawat (rakan atau orang asing).
Anjing Thai Bangkaew ialah baka yang diketahui sangat agresif terhadap anjing lain. Dengan haiwan lain, anjing ini bergaul dengan baik jika sosialisasi dimulakan dari usia sangat muda. Baka ini tentunya untuk pemilik berpengalaman.
Anjing Thai Bangkaew ialah baka cerdas, namun berdikari dan dapat menjadi degil. Oleh itu, pelatihan tidak selalu mudah. Baka ini memerlukan pelatihan tekal dalam sesi-sesi pendek dengan banyak ganjaran seperti ganjaran makanan atau pujian. Tugasan berulang perlu dielakkan kerana anjing ini cepat bosan.
Ringkasnya, anjing Bangkaew Thai memerlukan pemilik yakin dan berpengalaman yang dapat memperoleh kepercayaan dan penghormatan anjing ini. Sosialisasi mesti bermula dari usia sangat muda.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ بڠکيءو تاي ; Bahasa Thai: สุนัขไทยบางแก้ว; ไทยบางแก้ว ; bahasa Inggeris: Thai Bangkaew dog; Thai bangkaew
- ^ Jawi: انجيڠ بڠکيءو ; Bahasa Thai: บางแก้ว ; bahasa Inggeris: Bangkaew dog; bangkaew
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FCI-Standard N°358 THAI BANGKAEW DOG" [Piawaian FCI No. 358 Anjing Bangkaew Thai] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes dan Paul Stanton. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Julai 2022. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)