Bahasa Ucat
Bahasa Ucat | |
---|---|
Bahasa Cam Hainan | |
Asli kepada | China |
Kawasan | Hainan |
Etnik | Orang Ucul |
Penutur bahasa | 4,000 (2007) |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | huq |
Glottolog | tsat1238 |
ELP | Tsat |
Bahasa Ucat, juga dikenali sebagai bahasa Cam Hainan atau bahasa Huihui (Cina ringkas: 回辉语 ; Cina tradisional: 回輝語 ; pinyin: Huíhuīyǔ), ialah bahasa bernada yang dituturkan oleh 4,500 orang Ucul di perkampungan Yanglan (Ralat skrip: Modul "Lang-zh" tidak wujud.) dan Huixin (Ralat skrip: Modul "Lang-zh" tidak wujud.) berhampiran Sanya, Hainan, China. Bahasa Ucat ialah ahli keluarga Polinesia-Melayu dalam keluarga bahasa Austronesia, dan merupakan salah satu bahasa-bahasa Cam yang berasal dari pesisir Vietnam kini.
Nadajanaan
[sunting | sunting sumber]Nada bahasa Cam Hainan sepadan dengan pelbagai bunyi dalam bahasa Cam Proto.[1]
Nilai nada (Cam Hainan) |
Jenis nada (Cam Hainan) | Bunyi hujung Cam Proto |
---|---|---|
55 | Tinggi | *-h, *-s; PAN *-q |
42 | Turun | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay Hujung bersuara: terasal |
24 | Naik | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
11 | Rendah | Vokal dan sengauan Hujung bersuara: terasal |
33 | Sedang | Vokal dan sengauan Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sifat luar biasa untuk suatu bahasa dari keluarga Austronesia, bahasa Ucat telah berkembang menjadi bahasa bernada, mungkin hasil daripada kesan linguistik kawasan dan hubungan dengan pelbagai bahasa bernada yang dituturkan di Hainan termasuk ragam bahasa Cina seperti bahasa Hainan dan bahasa Mandarin, bahasa-bahasa Dai-Kra seperti bahasa-bahasa Li, dan bahasa-bahasa Mien-Hmong seperti bahasa Kimmun.[2]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Thurgood, Graham (1993). "Phan Rang Cham and Utsat: Tonogenetic Themes and Variants". Dalam Edmondson, Jerold A.; Gregerson, Kenneth J. (penyunting). Tonality in Austronesian Languages. Oceanic Linguistics Special Publication, 24 (dalam bahasa Inggeris). Honolulu: University of Hawaii Press. m/s. 91–106.
- ^ Thurgood, Graham (1999). From Ancient Cham to Modern Dialects: Two Thousand Years of Language Contact and Change: With an Appendix of Chamic Reconstructions and Loanwords. University of Hawaii Press. m/s. 239. ISBN 0-8248-2131-9. Dicapai pada 2011-05-15.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
- Edmondson, Jerold A. (1993). Tonality in Austronesian Languages (dalam bahasa Inggeris) (ed. illustrated). Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1530-0.
- Thurgood, Graham; Li, Fengxiang (2002). "Contact Induced Variation and Syntactic Change in the Tsat of Hainan". Annual Meeting of the Berkeley Linguistics Society (dalam bahasa Inggeris). 28 (2): 149. doi:10.3765/bls.v28i2.1033.
- Thurgood, Graham (2010). "Hainan Cham, Anong, and Eastern Cham: Three Languages, Three Social Contexts, Three Patterns of Change". Journal of Language Contact (dalam bahasa Inggeris). 3 (2): 39–65. doi:10.1163/19552629-90000019.
- Thurgood, Graham; Thurgood, Ela; Li, Fengxiang (2014). A Grammatical Sketch of Hainan Cham: History, Contact, and Phonology. Pacific Linguistics (dalam bahasa Inggeris). De Gruyter Mouton. ISBN 978-1-61451-877-8 – melalui Google Books.
- Zheng, Yiqing 郑贻青 (1997). Huíhuīhuà yánjiū 回辉话研究 [A Study of the Huihui Language] (dalam bahasa Cina). Shanghai: Shanghai yuandong chubanshe.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pérez Pereiro, Alberto. "Tonality in Phan Rang Cham and Tsat" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-20. Dicapai pada 2006-12-22.
- Recent papers on Tsat