Pergi ke kandungan

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bahasa-bahasa Polinesia-Melayu)
Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia
Taburan
geografi:
Asia Tenggara, Asia Timur, Pasifik, Madagaskar
Klasifikasi bahasa:Austronesia
  • Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia
Bahasa-proto:Bahasa Melayu-Polinesia Purba
Pembahagian:
ISO 639-5:poz
Glottolog:mala1545[1]
{{{mapalt}}}
Kawasan barat bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. (Tiga terbawah ialah bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah)
  Keluarga Filipina (tidak ditunjuk: Bahasa Yami di Taiwan)
  Keluarga Oseania paling barat

Cabang-cabang keluarga Oseania: Bujur hitam di had barat laut Mikronesia ialah bahasa-bahasa bukan keluarga Oseania iaitu Palau dan Camoro. Bulat hitam dalam hijau ialah bahasa-bahasa Papua luar pesisir.

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah cabang kelompok bahasa dalam keluarga bahasa-bahasa Austronesia dengan kira-kira 385.5 juta orang penutur keseluruhan. Bahasa-bahasa dalam cabang ini dituturkan oleh orang Austronesia di negara-negara pulau Asia Tenggara dan Lautan Pasifik dengan bilangan penutur yang lebih kecil di benua Asia di kawasan berhampiran Semenanjung Melayu serta di Kemboja, Vietnam, dan pulau Hainan di China. Bahasa Malagasi dituturkan di pulau Madagaskar terletak jauh dari pantai timur Afrika di Lautan Hindi adalah bahasa paling jauh barat tersebar. Bahasa yang dituturkan di barat daya dari Mikronesia tengah hingga ke Pulau Easter kadangkala dirujuk sebagai bahasa-bahasa Polinesia.

Pelbagai bahasa dalam keluarga bahasa-bahasa Melayu-Polinesia menunjukkan pengaruh kuat oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab, kerana bahagian barat wilayah itu telah menjadi kawasan penganutan leluasa yang kuat untuk agama Hindu, Buddha, dan kemudian, Islam.

Dua ciri morfologi bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah sistem imbuhan dan gandaan untuk membentuk perkataan baharu. Seperti bahasa-bahasa Austronesia lain, mereka mempunyai inventori fonemik yang kecil; oleh itu penulisan mempunyai bunyi yang sedikit tetapi kerap. Kebanyakan juga kekurangan gugusan konsonan. Kebanyakan juga hanya mempunyai set vokal yang kecil, lima ialah nombor yang lazim.

Bahasa-bahasa utama

[sunting | sunting sumber]

Semua bahasa utama dan bahasa rasmi keluarga Austronesia tergolong dalam subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dengan lebih daripada lima juta penutur ialah: bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei), bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Tagalog, bahasa Malagasi, bahasa Sebu, bahasa Madura, bahasa Ilokano, bahasa Hiligaynon, dan bahasa Minangkabau. Dalam kalangan baki lebih daripada 1,000 bahasa, beberapa mempunyai status bahasa kebangsaan/rasmi, seperti bahasa Tonga, bahasa Samoa, bahasa Maori, bahasa Kiribati, bahasa Fiji, bahasa Hawaii, bahasa Palau, dan bahasa Camoro.

Ciri tipologi

[sunting | sunting sumber]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Istilah "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" (Malayo-Polynesian) pada asalnya dicipta pada tahun 1841 oleh Franz Bopp sebagai nama untuk keluarga bahasa Austronesia secara keseluruhan, dan sehingga pertengahan abad ke-20 (selepas pengenalan istilah "Austronesia" oleh Wilhelm Schmidt pada tahun 1906), "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" dan "bahasa-bahasa Austronesia" digunakan sebagai sinonim. Penggunaan kini istilah "bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" yang menandakan subkumpulan yang terdiri daripada semua bahasa Austronesia di luar Taiwan telah diperkenalkan pada 1970-an, dan akhirnya telah menjadi istilah piawai dalam kajian Austronesia.[2]

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Kaitan dengan bahasa-bahasa Austronesia di Taiwan

[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat beberapa ciri yang dikongsi dengan bahasa-bahasa Formosa Timur (seperti penggabungan *t, *C menjadi /t/ dari bahasa Austronesia Proto), tidak ada bukti kesimpulan yang menghubungkan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dengan mana-mana satu cabang utama keluarga bahasa-bahasa Austronesia di Taiwan.[2]

Pengelasan dalaman

[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia terdiri daripada sejumlah besar gugusan bahasa tempatan yang kecil, dengan satu pengecualian iaitu bahasa-bahasa Oseania, satu-satunya kumpulan besar yang diterima sejagatnya; bahasa induknya bahasa Oseania Proto telah dilangbina dalam semua aspek strukturnya (fonologi, kosa kata, morfologi, dan sintaksis). Semua kumpulan besar lain dalam bahasa-bahasa Melayu-Polinesia adalah berkontroversi.

Usulan yang paling berpengaruh untuk subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayu-Polinesia telah dibuat oleh Robert Blust yang membentangkan beberapa kajian terbitan yang menganjurkan pembahagian kepada dua cabang utama, iaitu bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat dan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah.[3]

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah diterima secara meluas sebagai subkumpulan, walaupun beberapa bantahan telah dikemukakan terhadap kesahihannya sebagai subkumpulan genetik.[4][5] Sebaliknya, Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat kini secara amnya dianggap (termasuk oleh Blust sendiri) sebagai istilah umum tanpa kaitan genetik. Dengan mengambil kira hipotesis bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah, bahasa-bahasa Melayu-Polinesia boleh dibahagikan kepada subkumpulan berikut (usulan untuk subkumpulan yang lebih besar diberikan di bawah):[6]

Bahasa Nasal

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan bahasa Nasal (dituturkan di Sumatera) yang baru dilangtemui tidak jelas; ia berkongsi ciri kosa kata dan fonologi dengan kedua-dua bahasa Lampung dan bahasa Rejang.[7]

Bahasa Enggano

[sunting | sunting sumber]

Edwards (2015)[8] berpendapat bahawa bahasa Enggano ialah cabang utama dalam keluarga bahasa Melayu-Polinesia. Walau bagaimanapun, hal ini dipertikaikan oleh Smith (2017), yang menganggap bahasa Enggano telah mengalami perubahan dalaman yang ketara, tetapi pernah menjadi lebih mirip bahasa-bahasa Sumatera yang lain di Sumatera.

Bahasa-bahasa Filipina

[sunting | sunting sumber]

Status bahasa-bahasa Filipina sebagai subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dipertikaikan. Walaupun ramai sarjana (seperti Robert Blust) menyokong subkumpulan genealogi yang merangkumi bahasa dari Filipina dan Sulawesi utara,[9] Reid (2018) menolak hipotesis subkumpulan bahasa-bahasa Filipina tunggal, tetapi sebaliknya berpendapat bahawa cabang bahasa-bahasa Filipina mewakili subkumpulan tertib-pertama yang diturunkan langsungnya daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba.

Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Teras (Zobel 2002)

[sunting | sunting sumber]

Zobel (2002) mengusulkan subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Teras (Nuclear Malayo-Polynesian), berdasarkan inovasi dikongsi bersama dalam penjajaran dan sintaks bahasa-bahasa Austronesia yang terdapat di seluruh Indonesia selain dari kebanyakan Borneo dan Sulawesi utara. Subkumpulan ini terdiri daripada bahasa-bahasa di Kepulauan Sunda Raya (bahasa-bahasa Cam-Melayu, bahasa-bahasa Kepulauan Sawar-Sumatera Barat Laut, bahasa Lampung, bahasa Sunda, bahasa Jawa, bahasa Madura, bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali), dan sebahagian besar Sulawesi (bahasa-bahasa Sulawesi, bahasa-bahasa Sulawesi Selatan), bahasa Palau, bahasa Camoro, dan Bahasa Melayu-Polinesia Tengah–Timur.[10] Hipotesis ini ialah salah satu daripada beberapa cubaan untuk mengaitkan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat tertentu dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Timur Tengah dalam subkumpulan pertengahan yang lebih tinggi, tetapi hanya mendapat sedikit perhatian ilmiah.

Bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu (Adelaar 2005)

[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu ialah usulan oleh K. Alexander Adelaar (2005) yang melonggokkan bahasa-bahasa Cam-Melayu, bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali, bahasa Madura, dan bahasa Sunda menjadi satu subkumpulan tunggal berdasarkan bukti fonologi dan kosa kata.[11]

Bahasa-bahasa Borneo Utara Raya (Blust 2010; Smith 2017, 2017a)

[sunting | sunting sumber]

Hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya, yang melonggokkan semua bahasa yang dituturkan di Borneo (kecuali bahasa-bahasa Barito) bersama dengan bahasa-bahasa Cam-Melayu, bahasa Rejang, dan bahasa Sunda ke dalam subkumpulan tunggal, pertama kali diusulkan oleh Blust (2010) dan dihuraikan lebih lanjut oleh Smith (2017, 2017a).[12][13][14]

Kerana pemasukan bahasa-bahasa Cam-Melayu dan bahasa Sunda, hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya tidak serasi dengan usulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu oleh Adelaar. Akibatnya, Blust secara jelas menolak bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu sebagai subkumpulan. Subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan bukti kosa kata semata-mata.

Smith (2017)

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan usulan yang pertama kali dikemukakan oleh Blust (2010) sebagai lanjutan daripada hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya,[12] Smith (2017) menyatukan beberapa subkumpulan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia dalam kumpulan "bahasa-bahasa Indonesia Barat", sekali gus mengurangkan bilangan cabang utama bahasa-bahasa Melayu-Polinesia:[13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Malayo-Polynesian". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b Blust, Robert (2013). The Austronesian Languages (ed. revised). Australian National University. hdl:1885/10191. ISBN 978-1-922185-07-5.
  3. ^ Blust, R. (1993). Central and Central-Eastern Malayo-Polynesian. Oceanic Linguistics, 32(2), 241–293.
  4. ^ Ross, Malcolm (2005), "Some current issues in Austronesian linguistics", in D.T. Tryon, ed., Comparative Austronesian Dictionary, 1, 45–120. Berlin: Mouton de Gruyter.
  5. ^ Donohue, M., & Grimes, C. (2008). Yet More on the Position of the Languages of Eastern Indonesia and East Timor. Oceanic Linguistics, 47(1), 114–158.
  6. ^ Adelaar, K. Alexander, and Himmelmann, Nikolaus. 2005. The Austronesian languages of Asia and Madagascar. London: Routledge.
  7. ^ Anderbeck, Karl; Aprilani, Herdian (2013). The Improbable Language: Survey Report on the Nasal Language of Bengkulu, Sumatra. SIL Electronic Survey Report. SIL International.
  8. ^ Edwards, Owen (2015). "The Position of Enggano within Austronesian." Oceanic Linguistics 54 (1): 54-109.
  9. ^ Blust, Robert (2019). "The Resurrection of Proto-Philippines". Oceanic Linguistics. 58 (2): 153–256. doi:10.1353/ol.2019.0008.
  10. ^ Zobel, Erik, "The position of Chamorro and Palauan in the Austronesian family tree: evidence from verb morphosyntax". In: Fay Wouk and Malcolm Ross (ed.), 2002. The history and typology of western Austronesian voice systems. Australian National University.
  11. ^ Adelaar, A. (2005). Malayo-Sumbawan. Oceanic Linguistics, 44(2), 357–388.
  12. ^ a b Blust, Robert (2010). "The Greater North Borneo Hypothesis". Oceanic Linguistics. 49 (1): 44–118. doi:10.1353/ol.0.0060. JSTOR 40783586.
  13. ^ a b Smith, Alexander D. (2017). "The Western Malayo-Polynesian Problem". Oceanic Linguistics. 56 (2): 435–490. doi:10.1353/ol.2017.0021.
  14. ^ Smith, Alexander (2017a). The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification. PhD Dissertation: University of Hawai‘i at Mānoa.
  15. ^ Smith, Alexander D. 2018. The Barito Linkage Hypothesis, with a Note on the Position of Basap. JSEALS Volume 11.1 (2018).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Austronesian languagesTemplat:Micronesian languagesTemplat:Polynesian languages