Pergi ke kandungan

Bahasa Bajau Sama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bajau Sama
Bajau Pantai Barat
Ling Sama
Asli kepadaMalaysia
Kawasanpantai barat Sabah
EtnikBajau Sama
Penutur bahasa
55,000[1] (2000)
Dialek/loghat
  • Kota Belud
  • Tuaran
  • Putatan
  • Papar
  • Banggi
  • Sandakan
  • Pitas
  • Kawang
Tulisan Rumi
Status rasmi
Dikawal selia olehPersatuan Bahasa dan Budaya Bajau Sama (BSBB)
Kod bahasa
ISO 639-3bdr
IETFbdr

Bahasa Bajau Sama (ling Sama) atau Bahasa Bajau Pantai Barat ialah bahasa Austronesia yang dituturkan di pantai barat negeri Sabah, Malaysia, antara Kuala Penyu hingga Kudat. Bahasa ini cabang bahasa Melayu-Polinesia daripada bahasa Austronesia. Bahasa Bajau ini berbeza dengan bahasa Bajau yang lain seperti di Semporna.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Bajau Sama adalah daripada rumpun bahasa Sama-Bajaw, dikelaskan oleh Adelaar sebagai salah satu kumpulan bahasa Melayu-Polinesia Barat. [2]

Bahasa ini kaya dengan kata pinjaman daripada bahasa Melayu[3] dan dipengaruhi oleh bahasa-bahasa Malayik jauh ke selatan pantai barat Borneo seperti bahasa Melayu dan bahasa Brunei/Kedayan.[4]

Taburan geografi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Bajau Sama tersebar di lokasi berikut di Sabah, Malaysia (Ethnologue).

  • bertaburan di sepanjang pantai barat dari daerah Papar ke daerah Kudat, terutamanya di bandar Tuaran dan Kota Belud
  • Kampung Telutu’, Pulau Banggi, daerah Kudat
  • Daerah Pitas: di sepanjang pantai barat dan kampung-kampung Mengkubau Laut, Mengkapon, Dalima’, Mapan-Mapan, Pantai Laut, Layag-Layag, Mausar, Jambangan, Sibayan Laut, dan Kanibungan

Ethnologue menyenaraikan perangkaan populasi berikut.

Ethnologue menyenaraikan dialek berikut. Lokasi dan demografi daripada Palleson (1985).

Bersama, bahasa Bajau Sama, Bajau Indonesia, dan Mapun membentuk cabang Bajaw Pantai Borneo dalam Ethnologue.

Seperti mana-mana bahasa Austronesia yang lain, bahasa Bajau bukanlah bahasa berasaskan nada.

Fonem konsonan bahasa Bajau
Bibir Gusi Belakang gusi Lelangit Velar Glotis
Sengauan m n ɲ ŋ
Letupan/Letusan tidak bersuara p t k ʔ
bersuara b d d͡ʒ ɡ
Geseran tidak bersuara s
bersuara
Malaran tidak geser tengah j w
sisian l
Tamparan ɾ
Getaran r
Jadual fonem vokal bahasa Bajau
Depan Tengah Belakang
Sempit i u
Separuh e ə o
Luas a
  • /ai̯/: rai ('sedia')
  • /au̯/: kau ('mata')
  • /ou̯/: beliou ('beliau')
  • /ei̯/: nei ('dia/ia punya')
  • /ui̯/: palui ('tipu')

Tekanan perkataan dalam bahasa ini adalah bukan fonemik kerana tekanan kebiasaannya dapat ditentukan di praakhir suku kata suatu perkataan.[5]

Contoh:

  • pungkaw [ˈpuŋ.kaw] ('bangun')
  • kalingangga' [ka.li.ˈŋaŋ.ɡaʔ] ('semut kerengga')

Kata bilangan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan nombor utama disenaraikan di jadual berikut.

Simbol Bajau Sama AFA Simbol Bajau Sama AFA
0 kusung /ku.suŋ/
1 isa' /i.saʔ/
2 duo /duwo/ 20 duo empu' /duwo əm.puʔ/
3 telu /tə.lu/ 30 telumpu' /tə.lum.puʔ/
4 empat /əm.pat/ 40 empat pu' /əm.pat.puʔ/
5 limo /li.mo/ 50 limo empu' /li.mo əm.puʔ/
6 enam /ə.nam/ 60 enam pu' /ə.nam.puʔ/
7 pitu' /pi.tuʔ/ 70 pitu empu' /pi.tuʔ.əm.puʔ/
8 wau' /wa.uʔ/ 80 wau' empu' /wa.uʔ.əm.puʔ/
9 siam /siam/ 90 siam pu' /siam.əm.puʔ/
10 sepu /sə.pu/ 100 datus /da.tus/

Nombor ordinal pula terbentuk dengan mengimbuhkan nombor kardinal dengan awalan ke- kecuali nombor ordinal 1 (mula-mula) seperti kesiam (ke-9).[6]

Ortografi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Bajau Sama ditulis dalam tulisan Rumi dan terdiri daripada 21 simbol huruf serta 22 bunyi utama. Abjadnya ialah:

A B D E G I J K L M N O P R S T U W Y Ng '

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Selon Ethnologue.com
  2. ^ Adelaar, 2005, p. 15.
  3. ^ Akamine, 2005, p. 377.
  4. ^ Smith, Kenneth D. (1984). "The languages of Sabah: a tentative lexicostatistical classification" [Bahasa-bahasa di Sabah: sebuah pengelasan leksikostatistik sementara] (PDF). Pacific Linguistics (dalam bahasa Inggeris): 12. doi:10.15144/PL-C78.1. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  5. ^ Miller, Mark T. (Ogos 2007). "2.3.1.1 Penultimate stress" [2.3.1.1 Tekanan praakhir]. A Grammar of West Coast Bajau [Tatabahasa Bajau Pantai Barat] (PDF) (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Texas di Arlington. m/s. 38. hdl:10106/577. Dicapai pada 19 Januari 2020.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ Miller, Mark T. (Ogos 2007). "4.4.2.1.2 Ordinal numbers" [4.4.2.1.2 Nombor ordinal]. A Grammar of West Coast Bajau [Tatabahasa Bajau Pantai Barat] (PDF) (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Texas di Arlington. m/s. 108. hdl:10106/577. Dicapai pada 19 Januari 2020.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Miller, Mark Turner (2007). A Grammar of West Coast Bajau [Tatabahasa Bajau Pantai Barat] (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). University of Texas at Arlington. hdl:10106/577.CS1 maint: ref=harv (link)
  • (Inggeris) Adelaar, Alexander, The Austronesian Languages of Asia and Madagascar: A Historical Perspective, The Austronesian Languages of Asia and Madagascar, pp. 1-42, Routledge Language Family Series, Londres, Routledge, 2005, ISBN 0-7007-1286-0
  • (Inggeris) Akamine, Jun, Sama (Bajau), The Austronesian Languages of Asia and Madagascar, pp. 377-396, Routledge Language Family Series, Londres, Routledge, 2005, ISBN 0-7007-1286-0

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]