Pergi ke kandungan

Anjing besar Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing besar Denmark
Nama lain
  • Great dane
  • Dogge Jerman
  • Mastif Jerman
  • Anjing pemburu babi hutan Jerman
  • Anjing pemburu babi hutan
Negara asalJerman
Trait
Berat 50–82 kg (110–180 lb)
Tinggi Jantan 76–90 sentimeter (30–35 in)
Betina 71–84 sentimeter (28–33 in)
Jangka hayat 10.6 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing besar Denmark, great dane,[a] dogge Jerman, atau mastif Jerman[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan-mastif besar Jerman, yang diturunkan daripada anjing pemburu Zaman Pertengahan yang digunakan untuk memburu beruang, babi hutan, dan rusa. Ia juga digunakan sebagai anjing penjaga bagi kebangsawanan Jerman. Ia merupakan salah satu daripada dua baka anjing terbesar di dunia, sekali dengan anjing pemburu serigala Ireland.[1][2][3]

Pada pertengahan abad keenam belas, kebangsawanan di banyak negara di Eropah mengimport anjing kuat dan bertungkai panjang daripada saiz dan fenotip berlainan, sesetengahnya daripada jenis mastif atau grehaun, dari England dan Ireland.[4] Anjing-anjing ini dipanggil Englische Docke atau Englische Tocke – kemudiannya ditulis dan dieja: Dogge – atau Englischer Hund di Jerman. Nama itu hanya memaksudkan "anjing Inggeris". Sejak itu, perkataan bahasa Inggeris "dog" telah dikaitkan dengan anjing molossoid di Jerman[5] dan di Perancis.[6] Anjing-anjing ini dibiakbakakan di pekarangan kebangsawanan Jerman, bebas daripada kaedah Inggeris, sejak permulaan abad ke-17.[7][8]

Anjing-anjing ini digunakan untuk memburu beruang, babi hutan, dan rusa di istana putera, dengan anjing kegemaran yang tinggal di kamar tidur tuan masing-masing pada waktu malam. Kammerhunde (anjing kamar) ini dilengkapi dengan kolar berhias dan membantu untuk melindungi para putera raja yang sedang tidur daripada pembunuh upahan.[9][10]

Semasa memburu babi hutan atau beruang, Englische Dogge ialah anjing tangkap yang digunakan selepas anjing pemburu lain untuk menahan beruang atau babi hutan berkenaan di tempatnya sehingga pemburu dapat membunuhnya. Apabila adat perburuan berubah, khususnya oleh sebab penggunaan senjata api, banyak jenis anjing terlibat lenyap. Englische Dogge menjadi jarang dan hanya dibela sebagai anjing hobi atau kemewahan.

Perubahan nama

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1878, sebuah jawatankuasa dibentuk di Berlin yang mengubah nama "Englische Dogge" (terbitan mastif Inggeris) kepada "Deutsche Dogge" ("dogge Jerman", "mastif Jerman"), iaitu great dane. Ini meletakkan asas untuk permulaan perkembangan baka ini.[11][12] Semasa abad ke-19, anjing ini dikenali sebagai "German boarhound" ("anjing pemburu babi hutan Jerman") di negara-negara berbahasa Inggeris.[13] Sesetengah pembiak baka Jerman mencuba untuk memperkenalkan nama "German Dogge" ("dogge Jerman") dan "German Mastiff" ("mastif Jerman") di pasaran Inggeris, kerana mereka percaya bahawa baka ini patut dipasarkan sebagai anjing kemewahan dan bukan sebagai anjing pekerja.[7] Walau bagaimanapun, oleh sebab ketegangan geopolitik yang semakin meningkat antara Jerman dengan Perancis dan Britain, anjing ini kemudian dirujuk sebagai "Great Dane" ("[anjing] besar Denmark"), terjemahan harfiah daripada nama baharu yang diberikan kepadanya oleh pihak Perancis, Grand Danois ("[anjing] besar Denmark"),[14] walaupun baka ini tidak mempunyai hubungan yang diketahui dengan Denmark. Di Jerman, ia kekal dikenali sebagai "Deutsche Dogge" ("dogge Jerman").[15] Dalam bahasa-bahasa Skandinavia, nama dan sebutan Perancis, iaitu granddanois, digunakan.

Anjing besar Denmark perang kekuning-kuningan (betina)
Anjing besar Denmark brindle (jantan)

Anjing besar Denmark ialah anjing bela jinak amat besar daripada jenis mastif-pemburu penglihatan yang terkenal kerana saiz besarnya. Ia kerap digelar "Apollo segala anjing".[16][17]

Seperti yang diperihalkan oleh American Kennel Club:

Great dane menggabungkan, dalam penampilan agungnya, kekuatan dan keanggunan dengan saiz besar dan tubuh berkuasa, cukup terbentuk, dan sehalusnya berotot. Ia merupakan salah satu baka pekerja gergasi, tetapi unik kerana pengakuran umumnya mestilah seimbang dengan sangat baik sehingga tidak langsung kelihatan cemerkap, dan akan bergerak dengan jangkauan jauh dan dorongan berkuasa.[16] Great dane ialah baka berbulu pendek dengan sosok kuat dan menderap.[18]

Dari segi nisbah antara panjang dengan tinggi, anjing besar Denmark patut berbentuk segi empat sama. Anjing jantan patut setinggi tidak kurang daripada 30 in (76 cm) pada paras bahu, betina pula setinggi 28 in (71 cm). Anjing besar Denmark di bawah ketinggian minimum hilang kelayakan.[16] Selama bertahun-tahun, anjing hidup tertinggi biasanya ialah great dane. Pemegang rekod terdahulu termasuk Gibson, Titan, dan George; walau bagaimanapun, pemegang rekod semasa ialah seekor anjing besar Denmark hitam bernama Zeus yang berdiri setinggi 111.8 cm (44.0 in) pada paras bahu sebelum kematiannya pada September 2014.[19] Ia juga merupakan anjing tertinggi dalam rekod (menurut Guinness World Records),[19] yang mengalahkan pemegang sebelumnya, George yang tersebut di atas yang berdiri setinggi 109.2 cm (43.0 in) pada paras bahu.[20]

The Kennel Club and New Zealand Kennel Club menetapkan bahawa berat minimum untuk anjing besar Denmark berumur lebih daripada 18 bulan ialah 120 lb (54 kg) untuk jantan dan 100 lb (45 kg) untuk betina.[18][21] American Kennel Club menggugurkan syarat berat minimum daripada piawaiannya.[bila?][22] Jantan patut kelihatan lebih besar secara keseluruhan daripada betina dengan bingkai lebih besar dan tulang lebih berat.[16]

Anjing besar Denmark mempunyai telinga berbentuk segi tiga yang terkelepai secara semula jadi. Pada masa lalu, semasa anjing besar Denmark umumnya digunakan untuk memburu babi hutan, pemotongan telinga dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan pada telinga anjing semasa perburuan. Memandangkan anjing besar Denmark kebanyakannya haiwan pendamping, pemotongan telinga kadang-kadang masih dilakukan atas sebab tradisional dan kosmetik. Pada tahun 1930-an, semasa anjing besar Denmark mempunyai telinga terpotong, selepas pembedahan, dua peranti yang dipanggil bonet Paskah dipasang pada telinganya untuk menaikkan telinga.[23] Kini, amalan ini masih umum di Amerika Syarikat, tetapi jauh lebih jarang di Eropah. Di sesetengah negara Eropah seperti United Kingdom, Ireland, Denmark, dan Jerman, dan di sebahagian Australia dan di New Zealand, amalan ini diharamkan atau dikawal untuk hanya dilakukan oleh pakar bedah veterinar.

Anjing ini pada umumnya tidak terlalu agresif terhadap orang dan haiwan lain.[24]

Lapis bulu

[sunting | sunting sumber]
Anjing besar Denmark biru
Anak anjing besar Denmark hitam dengan telinga terpotong
Anjing besar Denmark harlekuin dengan telinga terpotong
Anjing besar Denmark merle kelabu

Mengikut piawaian baka, Great Danes mempunyai enam hingga tujuh (bergantung pada piawaian) warna bulu yang boleh diterima untuk pertunjukan:[16][11][12]

  • Perang kekuning-kuningan dan brindle
    • Perang kekuning-kuningan: Warnanya ialah kuning-emas dengan topeng hitam. Hitam patut muncul di pinggir mata dan di kening dan mungkin muncul pada telinga.
    • Brindle: Warnanya ialah perang kekuning-kuningan dan hitam dalam corak berjalur sevron. Ia kerap juga dirujuk sebagai anjing bercorak berjalur.
  • Hitam, harlekuin, merle biru, dan mantel
    • Hitam: Warnanya ialah hitam berkilat. Tanda-tanda putih pada dada dan jari kaki tidak diingini dan dianggap sebagai kecacatan.
    • Harlekuin: Warna asasnya ialah putih metah dengan tompok-tompok hitam koyak yang tertabur secara tidak teratur di serata tubuh; leher putih metah lebih diutamakan. Tompok-tompok hitam tidak patut langsung cukup besar untuk memberikan penampilan liputan, mahupun sangat kecil sehingga memberikan kesan percikan atau bertelau. Yang layak, namun kurang diingini, ialah beberapa tompok kelabu kecil yang tekal dengan penandaan merle, atau dasar putih dengan helaian bulu hitam tunggal yang terserlah, yang cenderung untuk memberikan kesan garam-dan-lada atau kotor. Merlequin, lapis bulu putih dengan tompok-tompok kelabu dan bukan pula hitam, merupakan syarat penyingkiran.[25]
      • Anjing besar Denmark merle kelabu (Grautiger) boleh diterima dalam pertunjukan pengakuran di bawah FCI. Warna ini sebelum ini merupakan kecacatan yang membatalkan kelayakan, tetapi kecacatan ini dihapuskan dalam piawaian baka baharu pada tahun 2012 untuk menyediakan takungan gen lebih luas dan kerana gen merle kelabu dapat menghasilkan lapis bulu harlekuin betul.[26] Statusnya ialah bahawa ia "tidak diingini dan tidak disingkirkan".[11][12] Akibatnya, warna ini tidak boleh mendapat penggredan tertinggi pada pertunjukan anjing.[11][12]
    • Mantel (di sesetengah negara dirujuk sebagai Boston kerana pewarnaan dan corak serupa dengan terier Boston): Warnanya hitam dan putih dengan liputan hitam legam yang memanjang ke seluruh tubuh; tengkorak hitam dengan muncung putih; takik putih ialah pilihan; kolar putih menyeluruh lebih diutamakan; dada putih; putih pada sebahagian atau keseluruhan tungkai depan dan tungkai belakang; ekor hitam berhujung putih. Penandaan putih kecil pada liputan hitam boleh diterima, begitu juga pecahan pada kolar putih.
  • Biru dan brindle biru
    • Biru: Warnanya ialah biru keluli tulen. Tanda-tanda putih pada dada dan kaki diizinkan - tidak sekali-kali dengan sentuhan perang kekuning-kuningan atau warna biru kehitam-hitaman.[11][12]
    • Brindle biru: Ini ialah lapis bulu brindle dengan latar belakang kelabu biru dan jalur-jalur brindle lebih gelap.[27]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Anjing besar Denmark, seperti kebanyakan anjing gergasi, mempunyai metabolisme cepat. Ini menghasilkan lebih banyak tenaga dan pengambilan makanan bagi setiap paun anjing berbanding dengan yang pada baka kecil. Ia mempunyai sesetengah masalah kesihatan yang umum kepada baka besar, termasuk kembung (volvulus pendilatan gastrik).[2]

Pemakanan memainkan peranan dalam kesihatan baka ini. Kembung, atau volvulus pendilatan gastrik (GDV), ialah pembunuh terbesar bagi anjing besar Denmark.[2] Untuk mengelakkan kembung, tempoh rehat selama 40 minit hingga satu jam selepas makan disyorkan sebelum senaman.[28]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati bahawa purata jangka hayat baka ini ialah 10.6 tahun berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[29] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 83% daripada jumlah anjing besar Denmark mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[30]

Kardiomiopati terdilat dan banyak penyakit jantung kongenital juga umum ditemukan pada anjing besar Denmark bersempena dengan jangka hayat lebih pendeknya. Anjing besar Denmark juga mungkin membawa gen merle yang merupakan sebahagian daripada kandungan genetik yang menghasilkan pewarnaan harlekuin.[31] Gen merle adalah dominan tidak lengkap, bermakna bahawa hanya satu salinan gen diperlukan untuk menunjukkan pewarnaan merle; dua gen merle menghasilkan tanda-tanda putih berlebihan dan banyak isu kesihatan seperti kepekakan, kebutaan, atau isu mata lain yang melemahkan. Anjing besar Denmark juga dapat menghidap penyakit Wobbler, iaitu keadaan yang menjejaskan turus vertebra. Memandangkan anjing ini membesar dengan kadar cepat, tulang di dalam vertebra-vertebranya dapat menolak ke atas saraf tunjang dan menyebabkan kelemahan pada tungkai. Ini dapat dirawat dengan pembedahan atau mungkin sembuh dengan sendiri seiring dengan masa berlalu.[32]

Seperti kebanyakan baka yang lebih besar, anjing besar Denmark mempunyai risiko khusus terhadap displasia pinggul.[perlu rujukan]

Kepentingan kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Anjing besar Denmark harlekuin (jantan)
Animasi
  • Pereka bentuk animasi Iwao Takamoto mendasarkan watak Scooby-Doo pada seekor great dane. Beliau memperoleh reka bentuk beliau daripada lakaran yang diberikan kepada beliau oleh seorang pekerja Hanna-Barbera yang membiakbakakan anjing besar Denmark dan kemudian berusaha untuk menjadikan Scooby bertentangan dengan pedigri sempurna dengan ekor lebih panjang, tungkai melengkung, dagu kecil, dan belakang menyerong.[33][34]
Jenayah
  • Pada 24 Oktober 1975, Rinka, seekor great dane milik Norman Scott, ditembak dalam percubaan lemah untuk membunuh Scott, dalam peristiwa yang kemudian dikenali sebagai peristiwa Thorpe. Pada tahun 1996, Scott Freeman dan Barrie Penrose menerbitkan Rinkagate: Rise and Fall of Jeremy Thorpe.[35]
Maskot
Ketenteraan
  • Just Nuisance ialah satu-satunya anjing yang didaftarkan secara rasmi dalam Tentera Laut Diraja. Dalam hal yang dilakukan terutamanya sebagai penguat semangat untuk tentera yang dikerah untuk Perang Dunia Kedua, Nuisance terbukti menjadi legasi berkekalan bagi pinggir bandar kecil Simon's Town di Cape Town.
Falsafah

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ بسر دينمرک; ݢريت دين; bahasa Inggeris: great dane; Perancis: grand danois
  2. ^ Jawi: دوݢى جرمن; مستيف جرمن; Jerman: deutsche Dogge; bahasa Inggeris: German mastiff
  1. ^ Becker, Frederick (Julai 2005). The Great Dane - Embodying a Full Exposition of the History, Breeding Principles , Education, and Present State of the Breed [Anjing Besar Denmark: Menjiwai Eksposisi Penuh tentang Sejarah, Prinsip Pembiakbakaan, Pendidikan, dan Keadaan Semasa Baka Ini] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781905124855.
  2. ^ a b c "Great Dane Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Anjing Besar Denmark]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ Top 11 heaviest dog breeds (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ Beckmann, Ludwig (1894). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 1. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. m/s. 6. OCLC 20621908.
  5. ^ Istilah baku bahasa Jerman untuk "anjing" ialah Hund; istilah Dogge hanya digunakan untuk anjing jenis mastif.
  6. ^ Istilah baku bahasa Perancis untuk "anjing" ialah chien; istilah dogue hanya digunakan untuk anjing jenis mastif.
  7. ^ a b Beckmann, Ludwig (1894). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 1. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. m/s. 7. OCLC 20621908.
  8. ^ Johann Täntzer. "Von den Englischen Hunden" ["Tentang anjing Inggeris"]. Dalam Jagdbuch oder der Dianen hohe und niedrige Jagdgeheimnisse [Buku perburuan atau rahsia perburuan tinggi dan rendah Diana], Kopenhagen, 1682 (dalam bahasa Jerman): "Jetziger Zeit werden solche Hunde jung an Herrenhöfen erzogen, und gar nicht aus England geholet." Dikutip dalam Beckmann, Ludwig (1894). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 1. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. m/s. 7. OCLC 20621908.
  9. ^ Johann Täntzer (1682). "Von den Englischen Hunden" ["Tentang anjing Inggeris"]. Dalam Jagdbuch oder der Dianen hohe und niedrige Jagdgeheimnisse [Buku perburuan atau rahsia perburuan tinggi dan rendah Diana], Kopenhagen. Dikutip dalam Beckmann, Ludwig (1894). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 1. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. m/s. 9. OCLC 20621908.
  10. ^ Johann Friedrich von Flemming (1719). "Von denen Englischen Docken" ["Tentang dogge Inggeris"]. Der vollkommene teutsche Jäger [Pemburu lengkap Jerman]. Leipzig. Jilid 1, halaman 169. (dalam bahasa Jerman) Diarkibkan 6 Oktober 2014 di Wayback Machine. Terjemahan bahasa Inggeris: "... such a chamber-hound is mostly put about with a strong leather collar covered with green velvet, on which there are silver letters or the master's name or arms. ... Such body-dogs are also assigned beautiful collars of red or green plush with brass letters."
  11. ^ a b c d e "FCI – Standard Nr. 235 DEUTSCHE DOGGE" [Piawaian FCI No. 235 Dogge Jerman] (PDF) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 20 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 17 Januari 2024. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  12. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 235 GREAT DANE (Deutsche Dogge)" [Piawaian FCI No. 235 Dogge Jerman (Anjing Besar Denmark)] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Disemak oleh Renée Sporre-Willes, Elke Peper, dan Christina Bailey. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 20 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 18 Januari 2024. Dicapai pada 17 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  13. ^ Haas, S. William (1 September 2003). Great Dane: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Anjing Besar Denmark: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 13. ISBN 9781593782733. OCLC 62173077.
  14. ^ Sève, Jacques de; Buvée; Lottré; Tardieu, Pierre François; Baquoy, Jean-Charles; Moitte, Pierre-Étienne; Leclerc, Georges-Louis (1755). "Le Grande Danois". Illustrations de Histoire naturelle générale et particulière avec la description du cabinet du roy [Ilustrasi sejarah semula jadi umum dan terperinci dengan keterangan kabinet raja] (dalam bahasa Perancis). 5. Paris, Perancis: L'Imprimerie Royale. Pl. XXVI; hlm. 300. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2015 – melalui Gallica.
  15. ^ "Great Dane". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 28 April 2023. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  16. ^ a b c d e "Great Dane Breed Standard" [Piawaian Baka Anjing Besar Denmark] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2005.
  17. ^ Becker, Frederick (28 Julai 2005). The Great Dane - Embodying a Full Exposition of the History, Breeding Principles , Education, and Present State of the Breed [Anjing Besar Denmark: Menjiwai Eksposisi Penuh tentang Sejarah, Prinsip Pembiakbakaan, Pendidikan, dan Keadaan Semasa Baka Ini] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781905124435. OCLC 62335895.
  18. ^ a b "The Home for Dog Owners and Those Working with Dogs: The Kennel Club" [Rumah untuk Pemilih Anjing dan yang Bekerja dengan Anjing: The Kennel Club]. The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2007.
  19. ^ a b "Zeus, the world's tallest dog passes away at the age of 5" [Zeus, anjing tertinggi di dunia mati pada usia 5 tahun]. Guinness World Records (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2016.
  20. ^ "Giant George, Guinness World Record, Tallest Dog – giantgeorge" [Giant George, Rekod Dunia Guinness, Anjing Tertinggi – giantgeorge] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2016.
  21. ^ "Dogs New Zealand -". New Zealand Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2011. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  22. ^ Cunliffe, Juliette (2005). The Complete Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Lengkap Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN 9781405443890. OCLC 63123136.
  23. ^ "Popular Mechanics" (dalam bahasa Inggeris). Hearst Magazines. 5 Disember 1934. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2022. Dicapai pada 17 Januari 2024 – melalui Google Books.
  24. ^ Haas, S. William (1 September 2003). Great Dane: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Anjing Besar Denmark: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593782733. OCLC 62173077.
  25. ^ "Official Standard of the Great Dane" [Piawaian Rasmi Anjing Besar Denmark] (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2018. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  26. ^ "Circular 67/2013 of the FCI, 23/12/2013" [Surat Pekeliling 67/2013 FCI, 23 Disember 2013] (PDF) (dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dan Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 23 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 7 Januari 2014. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  27. ^ MOIZ (12 September 2023). "The Majestic Blue Brindle Great Dane" [Anjing Besar Denmark Brindle Biru yang Mengagumkan]. Pet Reck (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2024.
  28. ^ "Great Dane - Dogs 101 - Animal Planet". Animal Planet (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2018. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  29. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan). Jadual Tambahan 3
  30. ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
  31. ^ "The Merle Gene and Multiple Ocular Abnormalities" [Gen Merle dan Berbilang Keabnormalan Mata] (dalam bahasa Inggeris). Eye Care for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2013.
  32. ^ "World Small Animal Veterinary Association World Congress Proceedings, 2004". Vin.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Mac 2015.
  33. ^ "Iwao Takamoto, 81, the Animation Artist Who Created Scooby-Doo, Dies" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 20 Disember 2016 di Wayback Machine, oleh Susan Stewart, 10 Januari 2007, The New York Times
  34. ^ "Iwao Takamoto, cartoonist who created Scooby-Doo, dies at 81" (dalam bahasa Inggeris), The Associated Press, 9 Januari 2007, Canadian Broadcasting Corporation
  35. ^ Ingham, Robert (1999). "The Jeremy Thorpe Story" (PDF). Journal of Liberal Democrat History (dalam bahasa Inggeris). 23 (Summer): 22–23. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 Julai 2018. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  36. ^ State Symbols USA (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 9 April 2008 di Wayback Machine, www.statesymbolsusa.org
  37. ^ "Pop quiz: How well do you know the UI campus? - fyi — University Relations Publication — The University of Iowa". uiowa.edu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2013. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  38. ^ "Symbols of UAlbany" [Lambang UAlbany]. www.albany.edu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2015. Dicapai pada 17 Januari 2024.
  39. ^ Rousseau, Jean-Jacques (15 September 1992). The Reveries of a Solitary Walker [Lamunan Seorang Pejalan Berseorangan] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Butterworth, Charles E. Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat: Hackett Publishing Company. m/s. 15–18. ISBN 9780872201620. OCLC 26352221.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]