Anjing Tosa
Nama lain | Tosa Anjing Tosa Jepun Tosa Jepun Anjing laga Tosa Anjing laga Jepun Mastif Jepun | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Tosa, tosa,[a] anjing laga Tosa,[b] atau mastif Jepun[c] ialah satu baka anjing asal Jepun yang dianggap jarang. Ia pada asalnya dibiakbakakan di Tosa, Shikoku (kini Kōchi), sebagai anjing laga dan satu-satu baka anjing yang diizinkan secara undang-undang dalam laga anjing Jepun.[1] Pemilikan dibatasi di sesetengah negara sebagai baka berbahaya.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Saiz anjing Tosa agak berbeza-beza dengan anjing yang dibiakbakakan di Jepun yang cenderung berukuran kira-kira separuh saiz anjing yang dibiakbakakan di luar negara. Baka Jepun pada umumnya berukuran seberat 36–61 kilogram (80–135 lb), manakala pembiak baka bukan Jepun telah memberikan tumpuan kepada anjing yang berukuran seberat 60–90 kg (130–200 lb) dan berdiri setinggi 62–82 cm (24–32 in) pada paras kelasa.[2] Lapis bulunya bercirikan penampilannya pendek dan licin dan kerap berwarna merah, brindle, atau perang kekuning-kuningan, tetapi kadang-kadang dapat berwarna hitam pudar. Penjagaan lapis bulu biasanya minimum. Anjing kadang-kadang dapat menaikkan jarum penimbang kepada 91 kilogram (200 lb). Di Jepun, ia dianggap setara dengan ahli gusti sumo dan malah digambarkan dalam alat kelengkapan gusti.[perlu rujukan]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Baka ini berasal dari separuh kedua abad ke-19. Baka ini bermula dengan anjing Shikoku asli (anjing peribumi seberat kira-kira 25 kilogram (55 lb) dan berdiri setinggi kira-kira 55 sentimeter (22 in)). Anjing ini disilangkan dengan baka-baka anjing Eropah, seperti buldog lama Inggeris pada tahun 1872, mastif Inggeris pada tahun 1874, anjing Santo Bernard dan anjing penuding Jerman pada tahun 1876, anjing besar Denmark pada tahun 1924, dan bulterier.[3] Matlamatnya adalah untuk membiakbakakan anjing lebih besar dan lebih berkuasa yang khusus untuk pertandingan laga anjing di Jepun. Zaman kegemilangan pembiabakakan anjing Tosa adalah pada antara tahun 1924 dengan tahun 1933, apabila terdapat lebih daripada 5,000 orang pembiak baka anjing Tosa di Jepun.[4][5]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Di Korea Selatan, ia merupakan salah satu baka daging anjing utama, bersama dengan nureongi.[6]
Hal ehwal undang-undang
[sunting | sunting sumber]Pemilikan anjing Tosa dibatasi menurut undang-undang di bidang kuasa tertentu. Di United Kingdom, pemilikan dikawal di bawah Akta Anjing Berbahaya 1991 dan di Trinidad dan Tobago di bawah Akta Kawalan Anjing 2014.[7] Pengecualian spesifik daripada mahkamah British diperlukan untuk memiliki dan mengimport anjing Tosa secara sah di United Kingdom.[8]
Baka ini diharamkan atau dibatasi secara undang-undang di peringkat kebangsaan di negara-negara berikut:
- Australia[9]
- Austria
- Denmark[10]
- Emiriah Arab Bersatu[11]
- Fiji[12]
- Hong Kong[13]
- Iceland[14][15]
- Ireland[16]
- Israel[17]
- Malaysia[18]
- Malta[19]
- New Zealand[20]
- Norway[21]
- Perancis[22]
- Romania[23]
- Singapura[24]
- Tunisia[25]
- Turki[26]
- United Kingdom[27]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wofford, Taylor (1 September 2016). "Dogfights in Japan Are a Family Outing" [Laga Anjing di Jepun Ialah Acara Keluarga di Luar Rumah] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ Fogle, Bruce (1 September 2000). The New Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Baharu Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780789461308. OCLC 43615283.
- ^ Cunliffe, Juliette (2003). The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. ISBN 9780752582764. OCLC 50248722.
- ^ "Japan's powerful Tosa fighting dogs go for the throat in canine sumo" [Anjing laga Tosa Jepun yang berkuasa sasarkan tekak dalam sumo anjing] (dalam bahasa Inggeris). Deseret News. 8 Oktober 1998. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Ploski, Donald (30 Januari 1967). "Silence Reigns when Japan's Tosas Fight" [Kesepian Bermula apabila Anjing Tosa Jepun Berlawan] (dalam bahasa Inggeris). Sports Illustrated. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2018. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "6 things you should know about Korea's dog meat farms" [6 perkara yang patut anda ketahui tentang ladang daging anjing Korea] (dalam bahasa Inggeris). Special Broadcasting Service. 28 September 2018. Dicapai pada 9 Januari 2024.
- ^ Ramcharitar, Roshan (13 Julai 2014). "The Dog Control Act" [Akta Kawalan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Trinidad and Tobago Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "Dangerous Dogs Act 1991" [Akta Anjing Berbahaya 1991] (dalam bahasa Inggeris). Legislation.gov.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2010. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Importing Animals" [Mengimport Haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2018. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "VEJLEDNING OM HUNDELOVENS FORBUDSORDNING" [PANDUAN UNTUK ARAHAN LARANGAN UNDANG-UNDANG ANJING] (dalam bahasa Denmark). Kementerian Kehakiman. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Banned items : Customs Clearance - The Official Portal of the UAE Government" [Item terlarang: Pelepasan Kastam - Portal Rasmi Pemerintah Emiriah Arab Bersatu] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Emiriah Arab Bersatu. Dicapai pada 18 Januari 2024.[pautan mati kekal]
- ^ "Fiji Pet Passport & Import Regulations" [Pasport Haiwan Peliharaan dan Peraturan Import Fiji] (dalam bahasa Inggeris). Pet Travel. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). e-Perundangan Hong Kong. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "Reglugerð um innflutning gæludýra og hundasæðis" [Peraturan tentang pengimportan haiwan peliharaan dan air mani anjing.] (dalam bahasa Iceland). Reglugerðasafn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ Halldórsson, Jón Már (29 April 2008). "Hvaða hundar eða hundakyn eru bönnuð á Íslandi?" [Anjing atau baka anjing mana dilarang di Iceland?] (dalam bahasa Iceland). Vísindavefurinn. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ Kelly, Olivia (7 Julai 2007). "Dublin City Council bans 'dangerous dog breeds'" [Majlis Bandar Raya Dublin larang 'baka anjing berbahaya'] (dalam bahasa Inggeris). The Irish Times. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "חוק להסדרת הפיקוח על כלבים, תשס"ג-2002" [Undang-undang untuk Pengaturan Kawalan Anjing, 2002] (dalam bahasa Ibrani). Nevo. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2021. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (pdf). Putrajaya, Malaysia: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. 2019. m/s. 29. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Importation of Pets in Malta" [Pengimportan Haiwan Peliharaan di Malta] (dalam bahasa Inggeris). Malta Feline Guardians Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2009. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Key Facts" [Fakta Kekunci] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Forskrift om hunder" [Arahan tentang anjing] (dalam bahasa Norway). Lovdata. 20 Ogos 2004. Dicapai pada 28 Disember 2024.
- ^ "Les chiens de catégorie 1 et 2 dits « chiens dangereux »" [Anjing kategori 1 dan 2 yang disebut "anjing berbahaya"] (dalam bahasa Perancis). Kementerian Pertanian, Agromakanan, dan Perhutanan. 20 Jun 2021. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "ORDONANȚĂ DE URGENȚĂ nr. 55 din 30 aprilie 2002" [ORDINAN DARURAT bil. 55 pada 30 April 2002] (dalam bahasa Romania). Kementerian Kehakiman Romania. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "List of Scheduled Dogs (with effect from 15 Nov 2010)" [Senarai Anjing Berjadual (berkuat kuasa mulai 15 November 2010)] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 25 Disember 2014. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Prohibitions et restrictions" [Larangan dan sekatan] (dalam bahasa Perancis). Pejabat Kastam Tunisia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "HAYVANLARI KORUMA KANUNU" [UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN HAIWAN] (dalam bahasa Turki). Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki. 24 Jun 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Controlling your dog in public" [Mengawal anjing anda di tempat awam] (dalam bahasa Inggeris). Gov.uk. Dicapai pada 18 Januari 2024.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Tosa |
- Ostuni, Steve (1 September 2003). Japanese Tosa: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Tosa Jepun: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593783365. OCLC 53463142.