Pergi ke kandungan

5 (nombor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
← 4 5 6 →
−1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Kardinallima
Ordinalke-5
(kelima)
Sistem angkaperlimaan/kuinari
Pemfaktoranprime
Perdanake-3
Pembahagi1,5
Angka RumiV, v
Awalan Sanskritpanca-
Awalan Yunanipenta-/pent-
Awalan Latinquinque-/quinqu-/quint-
Perduaan1012
Pertigaan123
Kuarterner114
Perlimaan105
Perenaman56
Perlapanan58
Perduabelasan512
Perenambelasan516
Perduapuluhan520
Asas 36536
Yunaniε (or Ε)
Arabic, Kurdish٥
Persian, Sindhi, Urdu۵
Ge'ez
Benggali
Kannada
Punjabi
Cina五,伍
Devanāgarī
Ibraniה
Khmer
Telugu
Malayalam
Tamil
Thai

5 (lima, Jawi: ليم) ialah suatu nombor, angka dan glif. Ia merupakan nombor asli selepas 4 dan sebelum 6.

Imbuhan awal SI untuk 10005 ialah peta (P), dan salingannya femto (f).

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "lima" turunan akar Proto-Austronesia *lima bererti asal "tangan" yang kemudian teralih makna di luar pulau Taiwan, maksud asal anggota badan ini masih terpelihara dalam bahasa-bahasa Tayal (ima) dan Sau (rima) asli pulau tersebut yang bertindihan dengan maksud bilangan demikian secara kiasan (yakni imagal dalam bahasa Tayal); sedangkan, bahasa-bahasa sepulau lain menggunakan kata turunan *kamay untuk "tangan" (juga terwaris luar Taiwan seperti pada Tagalog: ᜃᜋᜌ᜔, rumi: kamay) manakala maksud bilangan 5 terungkap berasingan dengan kata turunan *xasəb.[1]

Imbuhan awal yang digunakan berkaitan nombor ini adalah panca- (Jawi: ڤنچ pra-1983 ڤنچاpasca-1983)[2] yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu पञ्चन् páñcan.[3]

Dalam matematik

[sunting | sunting sumber]

Lima ialah nombor perdana ketiga, selepas 2 dan 3, dan sebelum 7. Oleh sebab ia dapat ditulis sebagai 2^(2^1)+1, lima diklasifikasikan sebagai perdana Fermat.

  1. ^ Izumi Ochiai (Jul 2020). "Proto-Austronesian *lima revisited: From archaic "hand" in Atayalic languages". Languages and Linguistics in Oceania. Hokkaido University. 12: 1–18.
  2. ^ "panca". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 575. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 260.