Pergi ke kandungan

Muzikal Tun Mahathir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pementasan Muzikal Tun Mahathir berlangsung dari 24 September hingga 4 Oktober 2010.[1] Pementasan ini melibatkan beberapa artis terkemuka Malaysia, termasuk Esma Daniel yang memegang peranan Mahathir Mohamad (dewasa), Erra Fazira sebagai Siti Hasmah Mohamad Ali, Zizan Nin sebagai Mahathir semasa remaja, dan Mohd Shafeiq Shazwan, finalis Idola Kecil 2008, sebagai Mahathir semasa kanak-kanak.[2] Demi menzahirkan watak negarawan Melayu terbilang, Mahathir, Esma Daniel sanggup menolak semua tawaran termasuk berlakon dalam sebuah produksi filem dari Jerman.[3]

Teater itu menampilkan Mukhriz Mahathir, yang juga timbalan menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebagai antara yang menyumbangkan idea bagi jalan cerita manakala Mazhar, yang juga penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), memegang watak pembantu. Ketua Pengarah Istana Budaya Mohamed Juhari Shaarani berkata pementasan muzikal di Istana Budaya itu disarankan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim tiga tahun lepas bagi menghargai negarawan ulung itu.[2]

Pementasan teater muzikal dilanjutkan selama lima hari lagi sehingga 9 Oktober ini berikutan sambutan orang ramai yang menggalakkan terhadap kisah negarawan itu.[4]

  1. ^ "Muzikal Tun Mahathir Bikin Penonton Sebak". www.mstar.com.my. 2010-09-28.
  2. ^ a b "Mukhriz, Mazhar jayakan muzikal Tun Mahathir". Malaysiakini. 2010-07-08.
  3. ^ "Berkorban demi Tun Mahathir". Harian Metro. 2010-09-09.
  4. ^ "Teater muzikal Tun Mahathir dilanjut". Harian Metro. 2010-10-02.