Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | |
---|---|
Semasa: Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | |
Jenis | Anugerah |
Penerangan | Penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Berita Harian |
Kali pertama | 1987 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini. Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.[1]
Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yang dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search). Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).[1]
Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular). Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada malam 10 Disember 1988, dihoskan oleh N.D. Lala dan Charmaine Agustine. dirakamkan oleh TV3 untuk siaran pada 25 Disember 1988.[1]
Kemudian barulah muncul APPP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan Salem, bersiaran langsung dari Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid. Mulai 1990, diperkenalkannya anugerah terbesar Artis Paling Popular yang diberikan kepada artis yang meraih jumlah undian terbanyak dari kesemua kategori lain. Pemenang pertama Artis Paling Popular ialah Aishah.[2]
Mulai 1992, Anugerah Penyanyi/Pelakon Popular ditukar namanya menjadi Anugerah Bintang-Bintang Popular, di samping bilangan anugerah ditambah kepada 15, termasuk Penghibur TV Lelaki dan Wanita, Pelakon TV Lelaki dan Wanita, Artis Komedi Lelaki dan Wanita, dan Drama TV.[3] Anugerah Drama TV hanya bertahan selama setahun, iaitu dimenangi oleh siri TV Opah. Mulai 1994, nama penganugerahan dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular.
Anugerah Bintang Popular 1996 memperkenalkan dua kategori yang dinilai oleh juri, iaitu Kategori Filem (Filem, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Hadiah Khas Juri Grand Brilliance) dan Kategori Drama (Drama, Pengarah, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita, Skrip, Suntingan, Videografi Terbaik; Anugerah Khas Juri),[4] tetapi kategori-kategori ini bertahan sehingga edisi 1997/98 sahaja.[5] Edisi 1996 turut memperkenalkan anugerah Artis Remaja Popular selama setahun (dimenangi oleh Siti Nurhaliza)[4], kemudian menggantikannya dengan Artis Baru Popular (dimenangi oleh Ahmad Idham) pada edisi seterusnya.[5] Edisi 1996 juga menggabungkan Penghibur TV Lelaki dan Wanita Popular menjadi satu anugerah Penghibur TV Popular untuk direbut oleh kedua-dua jantina.
Anugerah Bintang Popular 1998/99 memperkenalkan anugerah baru untuk Penyanyi Nasyid Popular yang dihadiahkan setiap tahun hingga kini; pemenang pertamanya ialah Raihan. Selain itu, edisi ABP 1998/99 turut menyediakan dua Anugerah Khas untuk Seniman Veteran dan Seniwati Veteran (masing-masing dimenangi oleh Ibrahim Pendek dan Ruminah Sidek); masing-masing ditukar namanya menjadi Anugerah Seniman Veteran dan Anugerah Seniwati Veteran dan bertahan hingga edisi 2001. Edisi 1998/99 turut anugerah Artis Bukan Melayu Popular untuk seniman bukan berketurunan Melayu, dan pemenang pertamanya ialah Sathiya yang berketurunan India[6]; anugerah ini bertahan sehingga 2004 dengan Vince (kacukan Cina/Inggeris) sebagai pemenang terakhirnya.[7]
ABP 2000 menyaksikan "Anugerah Khas Bintang Popular" yang bertahan sehingga edisi 2006; antara pemenangnya ialah Anita Sarawak, Sheila on 7 (sebuah kugiran dari Indonesia) dan Datuk Jamil Sulong.[8] Edisi 2000 turut mencari Artis Kanak-kanak Popular untuk setahun sahaja; pemenangnya ialah kumpulan Kristal.[8]
RTM yang menjadi penyiar siaran langsung ABP sepanjang 1990-an menyerahkan tugasnya ini kepada TV3 mulai edisi 2001, dan begitu juga tempat acara berpindah dari Angkasapuri ke Genting Highlands.[9]
ABP 2003 menyaksikan anugerah Artis Berkumpulan Popular diubah namanya menjadi Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dikekalkan hingga kini; serta anugerah-anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular ditukar namanya kepada "Pelakon TV/VCD Lelaki Popular" dan "Pelakon TV/VCD Wanita Popular" sempena populariti drama VCD tempatan ketika itu,[10] sehingga dipulihkan nama-nama asalnya pada edisi 2005.
ABP 2007 menggantikan tiga anugerah khas juri iaitu Anugerah Biduan Veteran, Anugerah Seniwati Veteran dan Anugerah Khas Bintang Popular, dengan satu anugerah yang serupa peranannya iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; penerima pertamanya ialah M. Nasir.
Anugerah bintang paling popular turut berubah format pada tahun 2002 dan 2003 (pemilihan berdasarkan jumlah undian paling banyak diterima dalam satu kategori) sebelum kembali kepada format asal (kategori bintang paling popular disediakan untuk diundi).
Pada tahun 2014, kategori dalam talian diwujudkan dimana para pembaca akhbar BH dan peminat boleh mengundi selebriti kegemaran mereka secara atas talian bagi kategori dalam talian tersebut.
Pada tahun 2016, satu kategori baru telah diperkenalkan iaitu Artis Versatil Popular demi mengiktiraf anak seni yang mempunyai pelbagai bakat dalam bidang seni dan artis serbaboleh Ifa Raziah telah menjadi selebriti pertama yang berjaya memenangi kategori itu. Manakala kategori Pengacara TV Lelaki Popular & Pengacara TV Wanita Popular disatukan menjadi Pengacara TV Popular begitu juga dengan kategori Artis Komedi Lelaki Popular & Artis Komedi Wanita Popular disatukan menjadi Artis Komedi Popular.
Kategori Dipertandingkan
[sunting | sunting sumber]Kategori Utama
[sunting | sunting sumber]- Penyanyi Lelaki Popular (1987 - kini).
- Penyanyi Wanita Popular (1987 - kini).
- Pelakon Lelaki Popular (1987 - 1991).
- Pelakon Wanita Popular (1987 - 1991).
- Pelakon Pembantu Lelaki Popular (1987 - 1991).
- Pelakon Pembantu Wanita Popular (1987 - 1991).
- Penyanyi Berkumpulan Popular (1987 - 1998/99).
- Artis Paling Popular (1990 - 2000).
- Pelakon Filem Lelaki Popular (1992 - kini).
- Pelakon Filem Wanita Popular (1992 - kini).
- Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular (1992 - 1995).
- Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular (1992 - 1995).
- Pelakon TV Lelaki Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
- Pelakon TV Wanita Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
- Artis Komedi Lelaki Popular (1992 - 2014).
- Artis Komedi Wanita Popular (1992 - 2014).
- Penghibur TV Lelaki Popular (1992 - 1995).
- Penghibur TV Wanita Popular (1992 - 1995).
- Drama TV Popular (1992).
- Penghibur TV Popular (1996 - 2000).
- Artis Remaja Popular (1996).
- Artis Baru Popular (1997/98 - 2001).
- Penyanyi Nasyid Popular (1998/99; 2003 - 2010).
- Artis Bukan Melayu Popular (1998/99 - 2004).
- Artis Nasyid Popular (2000 - 2002).
- Artis Berkumpulan Popular (2000 - 2002).
- Artis Kanak-kanak Popular (2000).
- Bintang Paling Popular (2001 - kini).
- Pengacara TV Lelaki Popular (2001 - 2014).
- Pengacara TV Wanita Popular (2001 - 2014).
- Penyampai Radio Lelaki Popular (2001 - 2014).
- Penyampai Radio Wanita Popular (2001 - 2014).
- Artis Baru Lelaki Popular (2002 - kini).
- Artis Baru Wanita Popular (2002 - kini).
- Artis Berkumpulan/Duo Popular (2003 - 2007).
- Pelakon TV/VCD Lelaki Popular (2003 - 2004).
- Pelakon TV/VCD Wanita Popular (2003 - 2004).
- Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular (2008).
- Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009).
- Artis Duo/Berkumpulan Popular (2010 - 2016).
- Artis Mobile Bintang Popular (2010).
- Artis Versatil Popular (2015 - kini).
- Pengacara TV Popular (2015 - kini).
- Penyampai Radio Popular (2015 - kini).
- Artis Komedi Popular (2015 - kini).
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2017 - kini).
- Artis Indonesia Popular (2018 - kini).
- Artis Korea Popular (2018 - kini).
Kategori Dalam Talian
[sunting | sunting sumber]- Artis Lelaki Paling Popular Online (2011).
- Artis Wanita Paling Popular Online (2012).
- Artis Lelaki Anggun Bergaya (2011).
- Artis Wanita Anggun Bergaya (2011).
- Artis Asia Paling Popular (2011 - 2012).
- Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular (2012 - 2013).
- Gandingan Serasi di Layar (2012 - 2014).
- Watak Animasi Tempatan Paling Popular (2012).
- Artis Paling Berpengaruh di Laman Media Sosial (2012 - 2013).
- Artis Lelaki Stailo (2012 - 2014).
- Artis Wanita Stailo (2012 - 2014).
- Chef Selebriti Paling Popular (2013).
- Aksi Di YouTube Paling Popular (2013).
- Personaliti Popular (2014).
- Pasangan Selebriti Romantis (2014).
- Artis Paling Kontroversi (2014).
- Artis Aksi Selfie Popular (2015).
- Personaliti Media Sosial Popular (2015; 2017).
- Artis Ikon Respek Popular (2015).
- Artis Trending Popular (2015).
- Artis YouTube Popular (2015).
- Gandingan Serasi Drama (2016).
- Gandingan Serasi Filem (2016).
- Artis Berpengaruh Di Laman Sosial (2016).
- Personaliti Media Sosial (2016).
- Artis Sensasi (2016).
- Pasangan Serasi Drama (2017).
- Pasangan Serasi Filem (2017).
- InstaFamous Cilik Popular (2017).
- Artis Sensasi Popular (2017 - 2018).
- Gandingan Serasi Drama Popular (2018).
- Gandingan Serasi Filem Popular (2018).
- Pelakon Watak Antagonis Popular (2018).
- Lagu Paling Boom (2018).
Anugerah Khas Juri
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Khas Juri (1996 - 1997/98).
- Anugerah Khas Seniman Veteran (1998/99 - 2001; 2003 - 2005).
- Anugerah Khas Seniwati Veteran (1998/99 - 2002; 2006).
- Anugerah Khas Bintang Popular (2000 - 2006).
- Anugerah Khas Biduan Veteran (2002; 2006).
- Anugerah Khas Biduanita Veteran (2003 - 2005).
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (2007 - kini).
- Anugerah Sri Perak (2011).
Pemenang Bintang Paling Popular
[sunting | sunting sumber]Tahun | Edisi | Pemenang | Asal | Bidang | Undian |
---|---|---|---|---|---|
1987 | Pertama | Fauziah Ahmad Daud1 | Singapura | Pelakon | 284,813 |
1988 | ke-2 | Ramlah Ram1 | Johor | Penyanyi | 65,426 |
1990 | ke-3 | Kumpulan Search1 | Johor | Penyanyi/ Pemuzik | 99,873 |
1991 | ke-4 | Aishah | Negeri Sembilan | Penyanyi | 124,572 |
1992 | ke-5 | Zainal Abidin | Johor | Penyanyi | 184,355 |
1993 | ke-6 | Eman Manan | Terengganu | Pelakon | 63,675 |
1994 | ke-7 | Sofia Jane | England | Pelakon | 170,698 |
1995 | ke-8 | M. Nasir | Singapura | Penyanyi | 179,830 |
1996 | ke-9 | Ziana Zain | Melaka | Penyanyi | 58,462 |
1997 | ke-10 | Siti Nurhaliza | Pahang | Penyanyi | 226,931 |
1998 | ke-11 | Siti Nurhaliza (2) | Pahang | Penyanyi | 16,867 |
1999 | ke-12 | Siti Nurhaliza (3) | Pahang | Penyanyi | 30,738 |
2000 | ke-13 | Siti Nurhaliza (4) | Pahang | Penyanyi | 44,703 |
2001 | ke-14 | Siti Nurhaliza (5) | Pahang | Penyanyi | 101,175 * (Pengacara Aidiel Abd Ghafar tersilap umumkan angka dalam juta ketika lintas langsung) |
2002 | ke-15 | Rosyam Nor | Kuala Lumpur | Pelakon | 335,272 |
2004 | ke-16 ke-17 | Saiful Apek | Selangor | Pelawak | 97,680 |
2005 | ke-18 | Siti Nurhaliza (6) | Pahang | Penyanyi | 110,585 |
2006 | ke-19 | Mawi | Johor | Penyanyi | 351,570 |
2007 | ke-20 | Mawi (2) | Johor | Penyanyi | 261,555 |
2008 | ke-21 | Mawi (3) | Johor | Penyanyi | 119,268 |
2009 | ke-22 | Nabil Ahmad | Negeri Sembilan | Pelawak | 127,524 |
2010 | ke-23 | Siti Nurhaliza (7) | Pahang | Penyanyi | 225,300 |
2011 | ke-24 | Shaheizy Sam | Selangor | Pelakon | 126,168 |
2012 | ke-25 | Aaron Aziz | Singapura | Pelakon | 87,669 |
2013 | ke-26 | Shaheizy Sam (2) | Selangor | Pelakon | 79,656 |
2014 | ke-27 | Aaron Aziz (2) | Singapura | Pelakon | 76,742 |
2015 | ke-28 | Shaheizy Sam (3) | Selangor | Pelakon | 265,703 |
2016 | ke-29 | Neelofa | Kelantan | Pengacara | 212,829 |
2017 | ke-30 | Fattah Amin | Kuala Lumpur | Pelakon | 82,635 |
2018 | ke-31 | Wany Hasrita | Perak | Penyanyi | 2.05 Juta |
2019 | ke-32 | Mira Filzah | Perak | Pelakon | 6.03 Juta |
2020 | ke-33 | Haqiem Rusli | Selangor | Penyanyi | 22.3 Juta |
2021 | ke-34 | Janna Nick | Kedah | Pelakon | 86.3 Juta |
2023 | ke-35 | Bell Ngasri | Selangor | Pelakon,Pelawak | 12,654,855 Juta |
2024 | ke-36 | Aina Abdul | Johor | Penyanyi, Pelakon | 8,882,662 Juta |
Nota
↑Nota 1 : Sebelum gelaran ini diperkenalkan pada edisi keempat pada tahun 1990, Berita Harian sekadar menamakan artis dengan undian tertinggi dalam kalangan semua kategori yang bertanding. Namun ketiga-tiga artis ini tidak ditabalkan sebagai Artis/Bintang Paling Popular, sebaliknya hanya menang atas tiket kategori.
Senarai penganjuran
[sunting | sunting sumber]Edisi | Tarikh | Tempat | Siaran | Pengacara | Penaja Utama Penaja Bersama |
Tema | Video |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pertama | 1 Disember 1987
(Selasa) |
Riverside Cafe, Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur | Tidak disiarkan di kaca TV | Ahmad Daud | Nescafe | ||
Ke-2 | 10 Disember 1988
(Sabtu) |
Holiday Villa, Subang Jaya | TV3, 9 - 10 malam Rakaman acara disiarkan pada 25 Disember 1988 |
ND Lala Charmaine Agustine |
|||
Ke-3 | 13 Januari 1990
(Sabtu) |
Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur | TV1, 8.30 - 10 malam Kali pertama disiarkan secara langsung |
Ainul Jamal Sharifah Sakinah Al Junid |
RJ Reynolds (Salem) | ||
Ke-4 | 12 Januari 1991
(Sabtu) |
Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam | TV3, 8.30 - 10 malam | Mahadzir Lokman Nurfarahin Jamsari |
|||
Ke-5 | 11 Januari 1992
(Sabtu) |
Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur | TV1, 8.30 - 10 malam | Azmil Mustapha Tiara Jacquelina |
|||
Ke-6 | 13 Februari 1993
(Sabtu) |
ND Lala Syafinaz Selamat |
Singer | Kaulah Bintang | |||
Ke-7 | 8 Mei 1994
(Ahad) |
Eman Manan Erma Fatima Sabri Yunus Ali Mamak Accapan Imuda |
Celcom Technology | ||||
Ke-8 | 29 April 1995
(Sabtu) |
Jalaluddin Hassan Haliza Misbun | |||||
Ke-9 | 19 Oktober 1996
(Sabtu) |
Rosyam Nor Seha |
Measat Broadcast Network | ||||
Ke-10 | 24 Ogos 1997
(Ahad) |
Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam | TV3, 8.30 - 10 malam | Fauziah Ahmad Daud | Malaysian Borneo Finance (MBF) | Era Kegemilangan Filem Melayu Klasik | |
Ke-11 | 15 November 1998
(Ahad) |
Auditorium Sri Panggung, Kota Francais, Shah Alam | TV3, 2.30 - 4.30 petang | Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Vistacomm |
|||
Ke-12 | 4 Disember 1999
(Sabtu) |
Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur | TV1, 3.00 - 5.00 petang | Bob Lokman Janet Khoo |
Pelangi Air Proton |
Mengembalikan Kegemilangan Komedi Tanahair | |
Ke-13 | 12 November 2000
(Sabtu) |
Pusat Konvensyen Bandar Sunway, Petaling Jaya | TV1, 9.00 - 11 malam | Raja Azura Rosyam Nor Sarimah Ibrahim |
Kotex | Malam Pesona Bintang | |
Ke-14 | 14 Oktober 2001
(Ahad) |
Arena of Stars, Genting Highlands | TV3, 4.00 - 7 malam | Campuran regu ND Lala / Normala Samsudin Ally Iskandar/ Maya Karin Salih Yaacob/ Linda Onn Aidil Abdul Ghafar/ Intan Suraya |
Resorts World Berhad Edaran Otomobil Nasional |
Gala Pesona Bintang | |
Ke-15 | 13 Oktober 2002
(Ahad) |
Anita Sarawak Raja Azura |
Time dotCom Berhad Edaran Otomobil Nasional |
Gala Pesona Bintang | |||
Ke-16 Ke-17 | 14 Mac 2004
(Ahad) |
TV3 Era FM, 9.00 - 11.30 malam |
Fauziah Ahmad Daud Salih Yaacob |
Hicomobil (Chevrolet) | Penghormatan Kepada Bintang-bintang | ||
Ke-18 | 3 April 2005
(Ahad) |
Naza Kia & Naza Bikers | Gemilang Bersama Bintang | ||||
Ke-19 | 26 Februari 2006
(Ahad) |
Raja Azura Sharifah Shahirah | |||||
Ke-20 | 4 Februari 2007
(Ahad) |
Fauziah Ahmad Daud Raja Azura |
[1] | ||||
Ke-21 | 30 Mac 2008
(Ahad) |
TV3 Hot FM, 9.00 - 11.30 malam |
Habib Jewels | Batik Glam | [2] | ||
Ke-22 | 12 April 2009
(Ahad) |
Adlin Aman Ramli Sharifah Shahirah |
Pos Malaysia Empire Classic Furniture |
Sentuhan Tenun | [3] | ||
Ke-23 | 4 April 2010
(Ahad) |
Raja Azura Sharifah Shahirah |
Celcom Axiata Berhad | Cetusan Warna | |||
Ke-24 | 3 April 2011
(Ahad) |
Raja Azura Sharifah Shahirah Zizan Razak |
Puncak Kegemilangan | ||||
Ke-25 | 8 April 2012
(Ahad) |
Didie Alias Raja Azura Sharifah Shahirah Zizan Razak |
Lux | Larger Than Life | [4] | ||
Ke-26 | 7 April 2013
(Ahad) |
Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | Fara Fauzana Johan Yazid Lim Zizan Razak |
Habib Jewels | Ledakan Geometri | [5] | |
Ke-27 | 24 Mei 2014
(Sabtu) |
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya | Ajak Shiro Amy Mastura Fara Fauzana Shahrol Shiro |
Eynasha | Magis Alam | ||
Ke-28 | 5 April 2015
(Ahad) |
Arena of Stars, Genting Highlands | Amy Mastura Sherry Alhadad AG Selamat |
Zarra Cosmetic | Semarak Cinta | [6] | |
Ke-29 | 8 Mei 2016
(Ahad) |
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya | TV3 Hot FM Kool FM 9.00 malam - 12.00 tengah malam |
AG Selamat Mira Filzah Zizan Razak Haiza |
U Mobile | #Respek | [7] |
Ke-30 | 14 Mei 2017
(Ahad) |
Faizal Ismail Zulin Aziz Fauziah Ahmad Daud |
Pamoga QuPuteh Coca-Cola Domino's Pizza |
Futuristik | [8] | ||
Ke-31 | 7 Oktober 2018
(Ahad) |
Zara Zya Ajak Shiro Janna Nick |
Alha Alfa Maggi Pedas Giler McCafe Samsung Habib Citroen |
Infiniti | [9] | ||
Ke-32 | 22 September 2019
(Ahad) |
AC Mizal Elly Mazlein |
Alha Alfa DuitNow |
Melangkaui Sempadan | [10] | ||
Ke-33 | 13 November 2020
(Jumaat) |
Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | TV3
9:00 - 11:30 malam |
AC Mizal | Xiaomi | #ABPBHKITA2020 | [11] |
Ke-34 | 13 November 2021
(Sabtu) |
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur | TV3
9:00 - 11:30 malam |
Sherry Alhadad | Xiaomi | #KITABERSAMA | [12] |
Ke-35 | 21 Julai 2023
(Jumaat) |
Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur | TV3
9:00 - 11:30 malam |
Johan Raja Lawak Ain Edruce |
Fellera | #EKSPRESILEGASISENI | [13] |
Ke-36 | 11 Oktober 2024
(Jumaat) |
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor | TV3
9:00 malam - 12:00 tengah malam |
Didie Alias Haniff Hamzah Riena Diana |
Conboo | #TEGUH |
Proses pencalonan
[sunting | sunting sumber]Label rakaman, stesen TV, stesen radio dan syarikat penerbitan filem bertanggungjawab menyerahkan senarai nama artis yang layak bertanding dalam setiap kategori. Calon-calonnya termasuk kakitangan, selebriti, pelakon, dan penyanyi yang aktif dan berprestasi konsisten dalam bidang masing-masing dalam tempoh kelayakan yang diberikan.[11]
Untuk setiap rangkaian atau stesen radio, pencalonan terhad kepada tiga orang penyampai lelaki dan wanita, apatah lagi stesen radio itu mestilah dapat didengari di sekurang-kurangnya tiga negeri (tidak termasuk radio Internet). Untuk pengacara TV, pencalonan dilayakkan untuk mereka yang menjadi pengacara tetap untuk sesebuah program dalam tempoh sekurang-kurangnya dua musim siarannya.[11]
Pencalonan bagi kategori pelakon filem adalah berdasarkan filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang Finas. Setiap sebuah filem boleh mencalonkan dua pelakon lelaki dan wanita bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular selain untuk kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita.[11]
Sementara itu, syarat bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Dua Popular pula secara umumnya berpandukan kepada peraturan yang diamalkan oleh Anugerah Industri Muzik (AIM). Bagaimanapun, mulai edisi 2007, sedikit kelonggaran diberikan apabila penyanyi atau artis berkumpulan/duo yang boleh dicalonkan mestilah sudah merakamkan satu single atau satu lagu baru.[11]
Pencalonan awal disiarkan di akhbar Berita Harian dan sekutu-sekutunya selama lebih kurang lima minggu berturut-turut, untuk para pembaca memilih lima calon terbaik bagi setiap kategori yang ada. Setelah dimuktamadkan finalis-finalisnya, pusingan kedua undian akan disiarkan untuk semua pembaca untuk memilih seorang sahaja artis bagi setiap kategori. Akhir sekali, para pemenang anugerah diumumkan di majlis gilang-gemilang. Mulai edisi 2009, para peminat juga boleh mengundi melalui SMS.[12]
Senarai kategori pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
[sunting | sunting sumber]Tahun | Penerima |
---|---|
1996 | M. Amin, Momo Latiff, Latifah Omar |
1997/98 | Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud |
1998/99 | Ibrahim Pendek, Ruminah Sidek |
2000 | Aziz Sattar, Maria Menado, Anita Sarawak |
2001 | Ahmad Mahmud, Mariam Ismail, Sheila on 7 |
2002 | Ahmad Jais, Sarimah, Michelle Yeoh |
2003 | Mustapha Maarof, Orchid Abdullah, Sharifah Aini |
2004 | Jins Shamsuddin, Uji Rashid, Yusof Haslam |
2005 | Hussein Abu Hassan, Azean Irdawaty, Ahmad Nawab |
2006 | Jeffrydin, Umi Kalthum, Jamil Sulong |
2007 | M. Nasir |
2008 | Jamal Abdillah |
2009 | Khadijah Ibrahim |
2010 | Rosnani Jamil |
2011 | Sheila Majid, Siti Nurhaliza[a] |
2012 | Search |
2013 | Rahim Razali |
2014 | S. M. Salim |
2015 | Ogy Ahmad Daud |
2016 | Ella |
2017 | Noorkumalasari |
2018 | Raihan |
2019 | Francissca Peter |
2020 | Habsah Hassan |
2024 | S. Atan |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Anugerah Sri Perak
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Latar Belakang ABP Diarkibkan 2009-09-26 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Arkib Pemenang ABP (1990) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Arkib Pemenang ABP (1992) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ a b Arkib Pemenang ABP (1996) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ a b Arkib Pemenang ABP (1997/98) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Arkib Pemenang ABP (1998/99) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Arkib Pemenang ABP (2004) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ a b Arkib Pemenang ABP (2000) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ "TV3 to broadcast 'Anugerah Bintang Popular'". New Straits Times. 14 September 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-21. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Arkib Pemenang ABP (2003) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ a b c d "Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-12. Dicapai pada 6 Disember 2009.
- ^ Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad (3 Disember 2009). "Format pengundian baru diperkenal, selain guna borang". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-13. Dicapai pada 6 Disember 2009.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi
- Arkib Pemenang ABP Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine