Pergi ke kandungan

Jep Sepahtu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jep Sepahtu
جيڤ سيڤهتو
Jep ditemubual oleh MeleTOP di Anugerah Lawak Warna 2014 pada 23 September 2014.
Kelahiran
Mohd Nadzri bin Zainal Abidin

(1985-04-09) 9 April 1985 (umur 39)
18 Rejab 1405
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif2009–kini
Majikan
Ketinggian184 cm (6 ka 0 in)
PasanganSari Yanti (k. 2017)
Anak-anak3
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreLawak, satira, sketsa
SubjekBudaya masyhur, peristiwa semasa
AhliSepahtu (2011–kini)

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu[1] (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Bakatnya diperkenalkan menerusi Raja Lawak musim ke - 3 bersama Shuib & Mamat. Mereka bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.

Beliau ialah bekas anggota kumpulan Sepah bersama Shuib dan Mamat, menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Shuib.

Jep juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4]

Beliau kemudiannya disunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.

Jep menjadi pengacara program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Johan yang bersiaran di Astro Warna.

Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah, Siti Elizad dan Ray Dapdap, yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar bersama Rahim & Shuib.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak ke-4 daripada 7 adik-beradik. Pada 25 Februari 2017, beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara pada 25 April 2018. Pada 6 Jun 2020, mereka menyambut kelahiran bayi lelaki iaitu anak kedua yang diberi nama Muhammad Khidir.[5]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Bob Filem pertama
Sepah The Movie Jep
2013 Oh Mak Kau (O.M.K) Sam
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Tok Ketua Jep Nadzri Astro Warna Drama pertama
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom Jep Astro Prima
Biar Betul Bendul Jep (Si Buta) Astro Warna
2011 Edisi Khas Pelbagai watak TV3 Sitkom
2012 Sepahtu Angan Tak Sudah Jep Astro Warna
2013 Buletin Cinta Doktor Love TV3 Sitkom
2016–2018 Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) Usop
2019 Sepahtu Reunion Raya Gear 5 Jep Astro Ria

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Bujang Sepah Silallalitamplom Jep Astro Prima Telefilem pertama
Lemang Si Bujang Sepah
2010 Burger Layan Diri Ipin
Dodol Si Bujang Sepah Jep
Ibu Mee Segera Astro Ria
2011 Dari Kedah ke Kuala Lumpur Zamri TV3
2012 Bomoh Temberang Samad Astro Prima
Siapa Dapat Lisa Jep
Sebelum Raya Jeff TV3
2014 Sepahtu Kepok Bonda Jep Astro Warna
2015 Ayah Den Lopeh Rizal Astro Ria
2016 Sepahtu Kisah Tauladan Jep
Sepahtu Mercun Raya
Sepahtu Cinta Plastik Astro Prima
2023 Sepahtu Rewang Kampung Kenangan Astro Warna

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Gelak Khas Pelbagai Astro Warna
2011–2012 S.Y.O.K TV1
2012 Karoot Komedia Astro Warna
Achaner To Johan Chef Podah
2012–2014 Karoot Komedia X Pelbagai
Betul ke Bohong? Kapten pasukan bersama Shuib Sepahtu
2014 Skool Of Lawak Pengacara bersama Johan Raja Lawak
2015 Sepahtu Reunion Pelbagai
2016–kini Sepahtu Reunion Live Astro Warna & Astro Prima
2017 Meja Bulat Sepahtu Pengacara Astro Prima
2021 Warung Sepahtu Pak Ngot Astro Warna
Mencari Sepahtu Yang Hilang Juri Tetap
2022 Warung Sepahtu 2 Apai
2023 Konnichiwa Superlawak Dirinya Sendiri
Tahun Tajuk Kumpulan Keputusan
2009 Raja Lawak Musim 3 Sepah Juara
2011 Maharaja Lawak Juara
2013 Super Spontan 2013 Semut Sentap Juara
Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu Juara
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Naib Juara

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
2009-2010 Sepah Malam Era Era
30 November 2015 - 29 Disember 2017 Sepahtu Sinar Sinar
1 Januari 2018 - kini Pagi Di Sinar

Anugerah dan Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26[6][7] Artis Komedi Lelaki Popular Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2013[8][9] Artis Lawak Lelaki Paling Popular Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014[10] Bintang TV MeleTOP Super Spontan 2013 Menang
Bintang Filem MeleTOP Sepah The Movie Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27[11] Artis Komedi Lelaki Popular Jep Sepahtu Menang
Anugerah Lawak Warna 2014[12] Artis Lawak Lelaki Paling Popular Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Artis Lawak MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Artis Komedi Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Artis Lawak Lelaki Paling Popular Menang
Grup/Duo Lawak Paling Popular Sepahtu Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016 Selebriti Komedi Pilihan Online Tercalon
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Komedi Melodi Menang
2017 Anugerah Stail EH! 2017 Pasangan Selebriti Pilihan Jep & Sariyanti Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2017 Bintang Online MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio MeleTOP Tercalon
Program Radio MeleTOP (Sepahtu Sinar) Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Komedi Popular Jep Sepahtu Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Couple MeleTOP Jep & Sariyanti Menang
Artis Lawak MeleTOP Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio MeleTOP Tercalon
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Live) Jep , Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Komedi Popular Jep Sepahtu Tercalon
Penyampai Radio Popular Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Lawak MeleTOP Menang
Penyampai Radio MeleTOP Tercalon
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Al Puasa) Jep, Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang Menang
Program Radio MeleTOP (Pagi di Sinar) Jep, Rahim & Angah Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai Radio Popular Jep Sepahtu Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Artis Komedi Popular Tercalon
  1. ^ "Tiada Tekanan Kerja, Jep Sepahtu Lebih Selesa Di Stesen Radio". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-03. Dicapai pada 2018-01-03.
  2. ^ Super Spontan 2013[http://www.astrogempak.com.my/SuperSpontan/Berita/tabid/2732/ArticleID/101536/Juara-Milik-Jep-di-Super-Spontan-2013.aspx JUARA MILIK JEP DI SUPER SPONTAN 2013.. Astro Gempak.
  3. ^ Jep, Didie paling lawak. Harian Metro. 2013/08/17.
  4. ^ MENANG ARTIS KOMEDI POPULAR, JEP DILANTIK DUTA M7 Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine. Murai. 27 OGOS 2013.
  5. ^ https://beautifulnara.com/tahniah-sari-yanti-dan-jep-sepahtu-timang-cahaya-mata-pertama/
  6. ^ Anugerah Bintang Popular 2012 — Senarai Penuh Pencalonan Akhir Lima Teratas. RotiKaya. 09 January 2013, 3:01PM.
  7. ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan Diarkibkan 2013-01-13 di Wayback Machine. gua. 9 JAN 2013, 09:30PM.
  8. ^ INILAH SENARAI PENCALONAN TOP 5 ANUGERAH LAWAK WARNA Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine. Murai. 12 JULAI 2013.
  9. ^ Senarai Penuh Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013. Astro Gempak. 8/16/2013.
  10. ^ Jep sepahtu memenangi Anugerah Bintang TV Meletop Diarkibkan 2014-02-22 di Wayback Machine. Saturday, 08 February 2014.
  11. ^ Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2013. Saturday, 24 May 2014.
  12. ^ Anugerah Lawak Warna 2014 . Friday, 20 September 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]