49 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Rom
[sunting | sunting sumber]- Konsul: Lucius Cornelius Lentulus Crus, dan Gaius Claudius Marcellus Maior.
- Perang Saudara Rom yang agung bermula:
- 1 Januari - Senat Rom menerima cadangan daripada Julius Caesar bahawa beliau dan Pompey Agung harus meletakkan kuasa pemerintahan mereka dengan serentak. Senat menjawab bahawa Caesar harus menyerah kuasa pemerintahannya dengan segera.
- 10 Januari - Julius Caesar mengetuai angkatan tenteranya menyeberangi Rubicon yang memisahkan bidang kuasanya (Cisalpine Gaul) daripada bidang kuasa Senat (Itali) dan oleh itu, mencetuskan perang saudara. Sebagai gerak balas, senat Rom menggunakan senatus consultum ultimum.
- Februari - Pelarian Pompey Agung ke Epirus (di Yunani Barat) dengan kebanyakan anggota Senat.
- 9 Mac - Caesar mara terhadap angkatan tentera Pompey Agung di Sepanyol.
- 19 April - Pengepungan angkatan tentera Pompey Agung di bawah Lucius Domitius Ahenobarbus oleh Caesar di Massilia; pengepungan diteruskan kemudian oleh angkatan tentera Caesar di bawah Gaius Trebonius.
- Jun - Caesar tiba di Sepanyol dan merampas genting-genting Pyrenees daripada angkatan-angkatan tentera Pompey Agung di bawah L. Afranius dan M. Petreius.
- 7 Jun - Cicero menyelinap keluar dari Itali dan pergi ke Salonika.
- 30 Julai - Caesar mengelilingi angkatan tentera Afranius dan Petreius di Ilerda.
- 2 Ogos - Angkatan tentera Pompey Agung di Ilerda menyerah kalah kepada Caesar.
- 24 Ogos - Gaius Scribonius Curio, jeneral Caesar, ditewaskan di Afrika Utara oleh angkatan tentera Pompey Agung di bawah Attius Varus dan Raja Juba I dari Numidia (yang dahulu ditewaskan oleh Gaius Scribonius Curio dalam Pertempuran Utica) dalam Pertempuran Sungai Bagradas dan membunuh diri.
- September - Decimus Brutus, jeneral Caesar, menewaskan angkatan tentera gabungan Pompey-Massilia dalam pertempuran laut Massila, manakala armada Caesar di Adriatik ditewaskan dekat Curicta (Krk).
- 6 September - Massilia menyerah kalah kepada Caesar yang kembali dari Sepanyol.
- Oktober - Caesar dilantik sebagai Diktator Rom.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]- Gaius Scribonius Curio (pembunuhan diri)
- Xuan, maharaja Dinasti Han Cina
- Lucretius, pemuisi dan ahli falsafah Rom