10 Briged Para
10 Briged Para | |
---|---|
Aktif | 1970 - kini |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Angkatan Tentera Malaysia |
Jenis | Pasukan Elit |
Peranan | Pencegah Keganasan, Pasukan elit Payung Terjun |
Saiz | Sulit |
Sebahagian daripada | Tentera Darat Diraja Malaysia Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Pangkalan | Markas 10 PARA, Kem Terendak, Melaka |
Nama samaran | Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) |
Moto | Tindak Pantas |
Warna Beret | Beret Merun |
Kawat | Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan |
Peringatan | 10 Oktober 1994 |
Pertempuran | Operasi Astute Ops Pasir MALCON - UNIFIL 2007 Laman Web Log [1] |
Komander | |
Kolonel Rejimen | Brigadier General Suhaimi bin Mohd Zuki |
10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.
Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.
Perihal
[sunting | sunting sumber]- 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.
- 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.
- 10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.
- Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan Khusus Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).
Peranan
[sunting | sunting sumber]10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.
Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.
Identiti Beret Merun 10 Para
[sunting | sunting sumber]Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus @ (APAC)=Asas Pasukan Aturgerak Cepat. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) Lanjut.
Insignia
[sunting | sunting sumber]- Motto
- Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.
- Lagu perbarisan
- Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.
- Beret berwarna merah manggis (maroon)
- Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
- Sayap Berdarah
- Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.
- Genggaman PARA
- Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ia melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Latihan
[sunting | sunting sumber]Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.
Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:
- Senaman perang
- Larian hutan berpaya
- Mara lasak sejauh 12 kilometer
- Pelaksanaan serbuan khas
- Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
- Latihan abseilling
- Latihan rapelling
- Junam selesa
- Jalan laju 22 kilometer
- Mendaki Gunung Ledang
- Ikhtiar hidup
- Pandu arah 33 kilometer
- Berjalan lasak 65 kilometer
- Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
- Berlari sejauh 7 kilometer
- Merentas desa
- Larian balak
- 32 kilometer bagi larian berpasukan
- Larian 42 kilometer
- Kawad tempur seksyen dan platun
- Kemahiran mengendalikan senjata
Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.
Latihan khas pula meliputi:
- Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
- Latihan payung terjun
- Latihan tempur jarak dekat (CQC)
- Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
- Kursus penembak tepat
- Kepakaran menggunakan bahan letupan
- Kebolehan menembak
- Menembak pantas
Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.
Lagu 10 Briged Para - TINDAK PANTAS
[sunting | sunting sumber]- Briged Para Aturgerak Cepat
- Pantas Menentang Musuh Negara
- Tidak Mengira Ribut dan Taufan.
- Dari Udara Datang Melawan
- Beret Merun Kemegahan Kami
- Lambang Kegagahan Wira Sejati
- Sayap Di Dada Sebagai Bukti
- Tindak Pantas Cogankata Kami
- Briged Para Rela Berkorban
- Tiada Misi Terlalu Sukar*Tiada Pengorbanan Terlalu Besar
- Tetap Tugas Diutamakan
- Tiada Pengorbanan Terlalu Besar
- Tetap Tugas Diutamakan
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Senjata | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal/Karbin | Sniper Rifles | Mesingan | ||
Beretta M92F/S | Remington M870 | HK MP5SD2 | Colt M4A1 SOPMOD Block I | Acc-Int. PM | FN MAG | ||
Browning HP Mk.3 | HK MP5SD3 | Colt M16A1 Model 653 | MacMillan M96 | FN Minimi | |||
Colt M1911A1 | Steyr AUG | HK 11A1 | |||||
Glock 19 | |||||||
HK P9S | |||||||
HK USP9 | |||||||
Sig Sauer P226 | |||||||
Vektor SP1 |
Data Senjata Pelancar Roket dan Grened | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelancar Grened | Negara | Anti Kereta Kebal | Negara | Pertahanan Udara | Negara | ||
M203 | Amerika Syarikat | AT-4 | Sweden | Starburst | United Kingdom | ||
M79 | Amerika Syarikat | Carl Gustav recoilless rifle | Sweden | SA-16 Igla 9K310 | Rusia | ||
Milkor MGL | Amerika Syarikat | M72 LAW | Amerika Syarikat | Misil Anza Mk.II | Pakistan | ||
Eryx SRAAW | Perancis | Blowpipe | United Kingdom |
Komposisi 2008
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:
- 3 Batalion Elit Para:
- Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
- Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
- Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
- Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
- Rejimen Artileri Diraja
- Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)
- Skuadron Kereta Perisai
- Skuadron Armor Diraja (Para)
- dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.
- Skuadron Armor Diraja (Para)
- unit sokongan meliputi
- Kompeni Bantuan (Para)
- 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)
- Kor Polis Tentera Diraja (Para)
- 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)
- Kompeni Perubatan (Para)
- 10 Skuadron Askar Jurutera Diraja (Para)
- Platun Pandu Udara
Trivia
[sunting | sunting sumber]Selain Brigedier Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah mantan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Md. Hashim Hussein, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin, Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin juga Mantan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa dan Panglima 1 Divisyen sekarang iaitu Mej Jen Dato' Mazelan bin Kasap. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratrooper wanita.
Operasi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2000, 10 PARA terlibat dalam operasi Ops Pasir di Sabah untuk menentang pencerobohan pengganas daripada kumpulan militan daripada Filipina daripada mencerobohi perairan Malaysia. Kumpulan ini terdiri dari Batalion Infantri Para. Pada bulan Mei 2006, 209 anggota daripada 10 PARA dihantar ke Timor Leste dalam Operasi Astute. [1]
Operasi-operasi lain
[sunting | sunting sumber]Unit ini turut terlibat dalam operasi-operasi seperti:
Operasi | Negara | Tahun |
---|---|---|
Malaysian Medical Team (MASMEDTIM), Chaman | Pakistan | |
MASMEDTIM, Kashmir | Pakistan | |
MASMEDTIM, Acheh | Indonesia | |
Operasi PADANAN SIPADAN ISLAND RESORT (Ops Pasir) | Malaysia | 2000 |
Operasi Astute[2] | Timor Leste | 2006 |
MALCON-UNIFIL 2007-2013 | Lubnan | 2007 |
Insiden Genting Sempah | Malaysia | 2007 |
Gerila Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah (Ops Daulat) | Malaysia | 2013 |
Portal Para
[sunting | sunting sumber]Portal 17 RAMD
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malaysia Sends 209 Soldiers To Help Quell Unrest In Timor Leste Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine. Bernama. 26 Mei, 2006.
- ^ Malaysia Sends 209 Soldiers To Help Quell Unrest In Timor Leste Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine. Bernama. 26 Mei 2006.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 10 Briged Para |