Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 18 buah IPTA dan 1 IPTS.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Mei menyaksikan kompeni ini dikembangkan ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan sambutan yang menggalakan daripada para mahasiswa, Pengarah Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato’ Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.
Penubuhan PALAPES di IPTA
[sunting | sunting sumber]Data bersumberkan buku Askar Wataniah: Warga Pembela Nusa.[1].
No. | Universiti | Penubuhan rasmi | Komandan pertama | Nota |
---|---|---|---|---|
1 | Universiti Kebangsaan Malaysia | 1 Julai 1979 | Leftenan Kolonel Profesor Mohd Ghazali | PALAPES pertama ditubuhan di IPTA |
2 | Universiti Malaya | 7 Februari 1980 | Profesor Diraja Ungku Aziz | |
3 | Universiti Putra Malaysia | 8 Februari 1980 | Leftenan Kolonel Profesor Tan Sri Dato' Dr Mohd Rasdan | |
4 | Universiti Sains Malaysia | 7 Jun 1980 | Kolonel Dato' Dr Amir bin Awang | |
5 | Universiti Utara Malaysia | 1 Mei 1984 | Kolonel (Kehormat) Prof Tan Sri Dato' Awang Had bin Salleh | |
6 | Institut Teknologi Mara | 8 Februari 1979 | Kolonel Profesor Madya Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid | |
8 | Universiti Teknologi Malaysia | 11 April 1991 | Kepten (Kehormat) Dato' Dr Ridzuan bin Hj Salleh | |
9 | Universiti Malaysia Sarawak | 1 Julai 1997 | Kolonel (kehormat) Prof Dato' Mohamad Zawawi bin Ismail | |
10 | Universiti Malaysia Sabah | 24 November 1996 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Prof. Dr Abu Hassan Othman | |
11 | Universiti Tun Hussein Onn | 1 Oktober 2003 | Kol (K) Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin | |
12 | Universiti Pendidikan Sultan Idris | |||
13 | Universiti Malaysia Perlis | 3 Mac 2005 | Y. Bhg. Brigadier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin | |
14 | Universiti Pertahanan Nasional Malaysia | YBhg Brig Jen Dato’ Amir Bin Hashim TUDM | Semua mahasiswa awam diwajibkan menyertai PALAPES. Sebagai syarat layak untuk graduasi | |
15 | Universiti Teknikal Malaysia Melaka | 16 April 2018 |
Istiadat pentauliahan Pegawai PALAPES
[sunting | sunting sumber]Setelah menjalani latihan berkala secara sambilan selama 3 tahun, lulus peperiksaan yang diadakan oleh pihak ATM melalui Markas PALAPES di IPTA serta mendapat perakuan dari Ketua Jurulatih, Markas PALAPES IPTA sebagai layak untuk ditauliahkan, seorang Pegawai Kadet akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tempat pentauliahan akan diadakan secara bergilir-gilir oleh kesemua IPTA yang terlibat.
Pentauliahan ke | Tuan rumah | Ditauliahkan oleh | Tarikh Ditauliahkan | Nota | |
---|---|---|---|---|---|
01 | 26 April 1983 | UPM | |||
02 | 26 April 1983 | ||||
03 | 31 Mei 1984 | ||||
04 | ITM | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail | 3 Julai 1985 | ||
05 | UM | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail | 28 Jun 1986 | SPB Yang Dipertuan Agong | |
06 | UKM | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail | Jun 1987 | Baginda adalah SPB Yang Dipertuan Agong ke-8 | |
07 | USM | DYMM Sultan Azlan Shah | Jun 1988 | Ketika itu Sultan Azlan adalah Timb. SPB Yang Dipertuan Agong | |
08 | UUM | DYMM Sultan Kedah | 15 Jun 1989 | ||
09 | UPM | DYMM Sultan Selangor | 23 Jun 1990 | Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong | |
10 | 30 Jun 1991 | ||||
11 | UM | DYMM Sultan Azlan Shah | 22 Jun 1992 | Ketika itu Sultan Azlan adalah SPB Yang Dipertuan Agong | |
12 | UKM | Tuanku Ja'afar Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan | 26 Jun 1993 | Canselor UKM mewakili SPB Yang DiPertuan Agung | |
13 | UTM | Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail | 21 Jun 1994 | Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong dan juga selaku Sultan Johor | |
14 | USM | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | 17 Jun 1995 | Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-10. | |
15 | UUM | 15 Jun 1996 | |||
16 | UPM | 17 Mei 1997 | |||
17 | ITM | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | 16 Mei 1998 | Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-10. ITM kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) | |
18 | UM | 15 Mei 1999 | |||
19 | UKM | SPB YDA Ke-11, Sultan Saladuddinn Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alan Shah Al-Haj | 13 Mei 2000 | Pentauliahan pertama yang memperkenalkan Pegawai Kadet Terbaik Udara (Sebelum ini hanya Darat dan Laut sahaja yang mempunyai Pegawai Kadet Terbaik) | |
20 | UTM | 12 Mei 2001 | |||
21 | USM | Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail | 4 Mei 2002 | Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12 | |
22 | UUM | Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail | 10 Mei 2003 | Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12 | |
23 | UPM | Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj | 8 Mei 2004 | ||
24 | UiTM |
|
14 Mei 2005 | ||
25 | UM | DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah | 17 Jun 2006 | ||
26 | UiTM | SPB Yang di Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah | 18 Jun 2007 | ||
27 | UKM | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | 21 Jun 2008 | Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong dan juga selaku Canselor UKM | |
28 | UTM | Tunku Ibrahim Ismail, Tengku Mahkota Johor | 22 Jun 2009 | Mewakili ayahanda beliau[3] | |
29 | USM | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Raja Muda Perlis |
12 Jun 2010 | Seramai 1,138 orang pegawai kadet dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan[4] | |
30 | UTHM | DYMM Sultan Ibrahim
Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim |
9 Julai 2011 | Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 15 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [5] | |
31 | UUM | Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah
Tunku Temenggong Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah |
17 Julai 2012 | Seramai 1,284 pegawai kadet Palapes daripada 16 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [6][7][8] | |
32 | UMS | DYMM Sultan Muhammad V
Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim Merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Agong |
06 Julai 2013 | Seramai 1,340 orang pegawai kadet Palapes daripada 17 buah Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. Bagaimanapun hanya 1,254 orang yang telah menghadiri majlis pertauliahan di sebabkan para pegawai kadet daripada UiTM Shah Alam masih menghadapi peperiksaan akhir[9] | |
33 | UPSI | YTM Brigader Jeneral Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim
Tunku Panglima Besar Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah |
23 Ogos 2014 | Seramai 1,584 pegawai kadet Palapes daripada 17 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [10][11] | |
34 | UPM | DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan |
15 Ogos 2015 | Seramai 1,620 pegawai kadet (750 pegawai kadet lelaki dan 870 pegawai kadet wanita) dari 18 IPTA bertemakan "Watan Mendaulat Nusa". | |
35 | UM | DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah | 20 Ogos 2016 | Seramai 1,675 pegawai kadet Palapes Universiti Awam(UA) ditauliahkan terdiri daripada 774 PK(Lelaki) dan 901 PK(Wanita) dari 18 buah universiti awam. | |
36 | UiTM | Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad ke-V | 12 Ogos 2017 | Seramai 1,832 pegawai kadet (755 pegawai kadet lelaki dan 1,076 pegawai kadet wanita) dari 18 IPTA bertemakan "Mahasiswa Perkasa Aset Keteguhan Negara". |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Askar Wataniah Warga Pembela Nusa, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Alor Setar,1998
- ^ http://usmpalapes.blogspot.com/ Senarai Pentauliahan Diraja
- ^ 1,179 cadets receive their accreditation
- ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/6/17/north/6482744&sec=north Smart army officers
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2HprgZtfB
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2014-11-11.
- ^ http://bolonganaksemporna.blogspot.com/2012/08/tauliah-dan-bolong-psstudm.html
- ^ http://min-def.blogspot.com/2012/09/palapes.html
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2HprgZtfB
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.
- ^ https://www.usm.my/index.php/en/admin/news-article-bahasa/2836-1584-pegawai-kadet-palapes-ditauliah
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web PALAPES UM
- Laman web PALAPES
- Penubuhan PALAPES di UKM, sumber dari laman Arkib Negara[pautan mati kekal]