Pergi ke kandungan

Yasmine (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Yasmine)
Yasmine
PengarahSiti Kamaluddin
Chan Man Ching
PenulisSalman Aristo
Dihasilkan olehKhairuddin Kamaluddin
Dibintangi
SinematografiJames Teh
Disunting olehCesa David Luckmansyah
Jacek Bulik
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Origin Films
Diedarkan olehMedia Aktiva Nusantara Visual[1]
Tarikh tayangan
Masa tayangan
105 minit
NegaraBrunei Brunei Darussalam
BahasaMelayu
Mandarin
Kantonis
Estonia
Bajet$ 2,000,000[2]

Yasmine adalah filem pencak silat dari Brunei Darussalam. Filem terbitan Origin Films ini bergenre aksi drama dan remaja yang memadukan silat dengan drama Coming of Age Story. Yasmine adalah filem terbitan internasional, pelakon dan kru filem ini berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong, Malaysia,Beijing,Estonia, Australia, dan Polandia.[3]

Yasmine diperkenalkan kepada industri filem internasional dengan muncul di pentas film antarabangsa iaitu sewaktu Festival Filem Internasional Hong Kong (24 Mac-27 April 2014), Festival Film Cannes (14-25 Mei 2014)[4] serta Neuchâtel International Fantastic Film (4-12 Julai 2014).[5] Dirilis secara serentak di Brunei Darussalam dan Indonesia pada tanggal 21 Ogos 2014.

Cinta bukanlah hal yang mudah, terutama bagi Yasmine (Liyana Yus), pelajar SMA kelas 1 ini. Lelaki pujaannya, Adi, juara silat internasional, sudah kembali lagi ke kotanya namun lelaki pujaannya itu dilihat mendekati Dewi, musuh Yasmine sejak lama.

Kecewa karena tidak masuk sekolah unggul, Yasmine memutuskan untuk mengubah kekecewaannya dan bergabung di kelab silat sekolahnya bersama dua sahabatnya, Ali dan Nadia. Di bawah bimbingan pelatih silat, Yasmine dan kedua temannya berlatih dengan giat untuk kejuaraan silat peringkat nasional.

Pada mulanya semua aktiviti Yasmine ini disembunyikan dari ayahnya, Fahri. Tapi lambat laun, ayahnya mengetahui semua kegiatan Yasmine. Fahri memutuskan untuk menghentikan aktiviti Yasmine kerana ingin menyelamatkan Yasmine dari kejatuhannya sendiri, meskipun ada rahsia besar yang Fahri simpan dengan kukuh daripada pengetahuan Yasmine.[6][1]

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • Best Asian Movie di Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2014[7]
  1. ^ a b "Yasmine". Dicapai pada 14 Julai 2014.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Brunei Trailblazing First Commercial Film Yasmine Silat". Dicapai pada 1 Julai 2014.
  3. ^ "Film Yasmine Siap Ramaikan Bioskop Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  4. ^ "Yasmine Brunei's First International Feature Film Is Set to Join The Hongkong and Cannes Film Festivals". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  5. ^ "Mayhem In Switzerland Neuchatel Announces Full Festival Line Up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-27. Dicapai pada 1 Julai 2014.
  6. ^ "Synopsis". Dicapai pada 1 Julai 2014.
  7. ^ "NIFFF Interviews". Dicapai pada 25 Julai 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]