Yamaha Nouvo
Pengeluar | Yamaha Motor Co., Ltd. |
---|---|
Juga dikenali | Yamaha Nouvo S di Malaysia Yamaha Nouvo MX di Thailand Yamaha Nouvo RC di Vietnam Yamaha Nouvo Z di Indonesia dan Filipina Yamaha Neo di Brazil |
Pengeluaran | 2002-sekarang |
Pengganti | Yamaha Nouvo LC |
Kelas | Skuter, kapcai |
Transmisi | Automatik CVT |
Berkaitan | Yamaha Ego |
Yamaha Nouvo adalah motosikal skuter CVT dengan badan kapcai yang dikeluarkan oleh Yamaha. Ia diperkenalkan pada April 2002 untuk pasaran Asia Tenggara dan pada tahun 2004, Yamaha mengambil langkah memperkenalkan model ini di pasaran Amerika Selatan iaitu di Brazil dengan nama Yamaha Neo.
Sejarah model
[sunting | sunting sumber]2002
[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa kajian menyeluruh di kawasan Asia, model Nouvo dibangunkan dengan kod model "AT115"[1] dan pada April 2002, Yamaha mula memasarkan model Yamaha Nouvo di Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara Asean yang lain[2].
Jurutera Yamaha membangunkan dengan khusus kerangka model ini dengan tahap ketegaran yang hapir sama dengan motosikal kapcai untuk memperoleh tunggangan serta prestasi pengendalian sebagus kapcai serta tahap keselesaan seperti skuter. Motosikal ini digerakkan oleh enjin 4 lejang, SOHC 2 injap silinder tunggal yang mempunyai perwatakan kilasan yang kuat pada kelajuan rendah dan sederhana.
2004
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2004, Nouvo diberikan wajah baru yang agresif oleh Yamaha; ia termasuklah lampu hadapan yang menyerupai motosikal sport Yamaha YZF-R1. Untuk keselamatan, lampu belakang juga direka dengan penggunaan sistem berbilang pemantul. Untuk meningkatkan kestabilan, gantungan hadapan diset semula dengan tetapan baru. Perubahan kosmetik lain termasuklah bahagian penutup badan plastik serta alas kaki penumpang[3].
Setelah meperoleh kejayaan besar dalam pasaran, Yamaha Motor Company di Vietnam melancarkan edisi terhad bagi pasaran mereka pada tahun 2007, yang dikenali sebagai Yamaha Nouvo Limited[4]. Ia menampilkan lampu hadapan berbentuk V serta pelekat baru tetapi spesifikasi enjin tetap sama kecuali pada Nouvo Elegance. Model ini didatangkan hanya dengan dua warna - Putih Serigala dan Hitam Kesatria.
Setakat 2008, Nouvo masih merupakan motosikal skuter yang menyerupai kapcai di Asia Tenggara terutamanya di Thailand, Malaysia dan Indonesia kerana rekabentuk uniknya yang menarik ramai penunggang muda membelinya. Perkataan "Nouvo" berasal daripada "Nouveau" dalam Bahasa Perancis yang bermaksud "baru" atau "bergaya".
2008
[sunting | sunting sumber]
Setelah kejayaan Nouvo, pada Februari 2008 Yamaha Motor Company di Thailand dan Vietnam melancarkan model Yamaha Nouvo Elegance serba baru (LX di Vietnam) bagi pasaran masing-masing; perubahan ketara pada model ini ialah sesaran enjinnya dinaikkan daripada 115cc kepada 135cc (11.26 kuasa kuda). Tambahan pula, bahagian silinder dan omboh tempaan kini dibuat daripada DiASil (silinder aluminium acuan tempaan) yang lebih ringan bagi memberikan nisbah kuasa kepada berat yang lebih baik, mengurangkan kepanasan enjin pada perjalanan jauh. Radiator sejukan air juga dipasang pada bahagian sisi kanan enjin bagi penyejukan enjin serta ketahanan enjin yang lebih baik. Perubahan kosmetik turut dilakukan, termasuklah penggunaan papan pemuka baru dengan odometer digital. Nouvo Elegance turut dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2008 dengan nama "Yamaha Nouvo LC"[5]. Menurut Yamaha, Nouvo Elegance bakal dilancarkan di Brazil pada tahun 2009.
Ciri utama
[sunting | sunting sumber]- Enjin SOHC 115cc atau 135cc dengan CVT yang mudah digunakan - Penggunaan enjin 4 lejang yang mesra alam bagi melepasi piawaian emisi tanpa penggunaan penukar bermangkin; spesifikasi ini memastikan tunggangan yang selesa terutamanya dalam keadaan tunggangan di bandar raya yang sibuk.
- Karburetor BS oleh Mikuni - Yamaha Nouvo menggunakan karburetor Mikuni BS25/1 (BS26/1 bagi Nouvo Elegance) untuk memastikan tindak balas yang baik serta prestasi dan pembakaran yang lebih cekap pada enjin.
- Roda 16 inci - Untuk prestasi tunggangan yang baik walaupun pada keadaan jalan yang teruk; fakta ini berasaskan hasil kajian pasukan R&D Yamaha di kawasan Asean.
- Kerangka reka bentuk baru dengan ketegaran seakan kapcai - Reka bentuk ini memberikan kestabilan garisan lurus yang baik serta pengendalian yang lincah.
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Sesetengah spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara Kesemua spesifikasi adalah menurut dakwaan pengeluar.
2002[2] | 2004[3] dengan SE | 2008[6] | |
---|---|---|---|
Enjin | |||
Type | Sejukan udara, 4 lejang, SOHC, 2 injap | Sejukan air, 4 lejang, SOHC, 2 injap dengan blok enjin DiASil | |
Sesaran | 115 cc | 135 cc | |
Susunan silinder | Silinder tunggal | ||
Lubang x lejang | 50 mm x 57.9 mm | 54.0 mm x 57.9 mm | |
Sistem bahan api | Karburetor Mikuni BS25/1 | Karburetor Mikuni BS26/1 | |
Nisbah mampatan | 8.8:1 | 10.8:1 | |
Kuasa kuda | 6.54kW (8.9 PS)/8,000rpm | 8.4kW (11.2 PS)/8,500rpm | |
Kilasan | 8.63N-m (0.88kgf-m)/7,000rpm | 10.6N-m (1.08kgf-m)/6,500rpm | |
Pacuan akhir | Tali sawat V | ||
Sistem penghidup | Elektrik dan tendang | ||
Sistem penyalaan | DC-CDI | ||
Sistem pelinciran | Takungan basah | ||
Transmisi | Automatik CVT | ||
Kerangka | |||
Jenis kerangka | Tiub keluli tetulang bawah (underbone) | ||
Brek hadapan | Brek cakera 220 mm cakera tunggal dengan angkup 2 pot | ||
Brek belakang | Brek gelendong 130 mm | ||
Gantungan hadapan | Fork teleskopik Kayaba | ||
Gantungan belakang | Lengan ayun dengan penyerap hentakan berkembar Kayaba | ||
Tayar hadapan | 70/90-16 dengan rim lidi 16 inci* | 70/90-16 dengan rim aloi 16 inci dan taya tanpa tiub | |
Tayar belakang | 80/90-16 dengan rim lidi 16 inci* | 80/90-16 dengan rim aloi 16 inci dan taya tanpa tiub | |
Dimensi | |||
Panjang | 1,935 mm | 1,950 mm | |
Lebar | 675 mm | 678 mm | |
Tinggi | 1,070 mm | 1,080 mm | |
Tinggi pelana | 755 mm | 770 mm | |
Jarak roda | 1,280 mm | 1,290 mm | |
Caster | 25 °00' | N/A | |
Trail | 112 mm | N/A | |
Muatan bahan api | 4.9 liter | 4.8 liter | |
Muatan minyak enjin | 0.9 liter | 0.9 liter | |
Berat kering | 96 kg/101 kg | 103 kg/108 kg | 105 kg/111 kg |
Lain-lain | |||
Jaminan | Dibaharui pada 2004 | 1 tahun (Jaminan Terhad Pengeluar) atau 10,000 km |
SE - Edisi Khas
* Rim lidi masih boleh didapati dengan model terkini di beberapa negara sebagai aksesori pilihan.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Laman web rasmi
[sunting | sunting sumber]- Yamaha Motor Co.,Ltd. (Jepun) dan (Inggeris)
- Laman web Yamaha Neo CVT (Brazil) (Portugis)
- Laman web Yamaha Motor (Thailand) (Thai)
- Laman web Yamaha Motor (Malaysia) (Inggeris)
- Laman web Yamaha Motor (Indonesia) (Indonesia)
- Laman web Yamaha Motor (Philippines) (Inggeris)
- Laman web Yamaha Motor (Vietnam) Templat:Vi icon
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Yamaha Nouvo |
- Laman web Yamaha Racing Diarkibkan 2010-11-12 di Wayback Machine
- Yamaha Aerox R Race Replica
- Malaysian Cub Prix
- Kapcai
- Skuter
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Rujukan
- ^ Buku Panduan Pengguna AT115
- ^ a b Yamaha Global: News Releases April 2002 Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine Release of the Yamaha Nouvo in the ASEAN markets Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Yamaha Nouvo Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Yamaha Global: News Releases September 2004 Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine New Yamaha Nouvo debuts on the Thai market Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Thai Releases" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Yamaha Global: News Releases July 2007 Flagship model in Vietnam
- ^ "Yamaha's New Automatic Motorcycle" (PDF). Hong Leong Yamaha. August 18, 2008. Dicapai pada 2008-08-29.
- ^ Motorcycle Thailand: News Releases February 19 2008 New Yamaha Nouvo Elegance 135cc debuts on the Thai market
- Nota
- Buku Panduan Pengguna AT135, Yamaha Motor Co. Ltd Edisi Ke-2, Januari 2005