Penghidup tendang
Penghidup tendang merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi menghidupkan sesebuah enjin pembakaran dalaman (biasanya pada motosikal) dengan menendang ke bawah tuas penghidup yang dihubungkan ke enjin melalui satu gear sala. Penghidup tendang lazimnya digunakan pada semua jenis motosikal sehinggalah pada pertengahan tahun 1970an apabila motosikal yang lebih besar mula menggunakan penghidup elektrik. Terdapat juga motosikal yang dilengkapi kedua-dua penghidup tendang dan penghidup elektrik.
Kebanyakan motosikal skuter kecil dilengkapi kedua-dua penghidup tendang dan elektrik, dan lazimnya penghidup tendang pada skuter hanya digunakan semasa kecemasan iaitu apabila penghidup elektrik gagal berfungsi akibat bateri lemah, memandangkan bateri yang digunakan adalah bersaiz kecil. Tambahan pula, skuter yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT) tidak boleh dihidupkan dengan menolaknya.
Sementara itu, sesetengah motosikal kapcai serta motosikal "off-road" hanya menggunakan penghidup tendang bagi mengurangkan berat daripada motor penghidup serta atas faktor penjimatan kos pengeluaran.