Yaakub Md Amin
Yang Berbahagia Hj Yaakub bin Md Amin | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N11 Sungai Udang | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | YB Kapten (B) Abdul Karim bin Sulaiman |
Digantikan oleh | YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron |
Majoriti | 8,005 (PRU-12) 6,452 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bukit Rambai, Melaka | 16 Disember 1950
Parti politik | Barisan Nasional - UMNO |
Pasangan | Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd |
Anak | Nur Atikah, Muhammad Adli, Muhammad Asri |
Kediaman | Jalan Sabidah, Bukit Rambai, Melaka |
Pekerjaan | Bekas Exco Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah |
Laman web | N11 DUN SUNGAI UDANG |
Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang,Melaka dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilahirkan di Bukit Rambai, Melaka pada 16 Disember 1950.
Latarbelakang
[sunting | sunting sumber]Nama bapa beliau ialah Hj. Md. Amin Bin Husain serta nama ibunya Hjh Embah Bt Ab. Rashid. Berkahwin dengan Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd pada tahun [perlu rujukan] serta di kurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Di antara darjah kebesaran yang di perolehi beliau ialah:
- Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) - 1982
- Bintang Khidmat Terpuji (BKT) - 1995
- Darjah Seri Melaka (DSM) - 1999
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - 2003
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]YB Hj Yaakub bin Md Amin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah. [perlu rujukan]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Berikut di antara jawatan dan pengalaman politik Datuk Hj Yaakub Bin Amin:
- 1975 : Setiausaha UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
- 1980 : AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
- 1986 - 1992 : Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
- 1987 - sekarang : Ketua UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
- 1987 : Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka
- 1998 - 1999 : Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka
- 1997 - 1999 : Ahli Majlis Mesyuarat MPMBB
- 1999 - 2003 : Bendahari UMNO Bahagian Batu Berendam
- 2003 - sekarang : Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu
- 2004 - 2008 : Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi
- 2008 - 2012 :Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia