Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Peralatan dan Kemudahan
Merangkumi fakta berkenaan jentera, penciptaan, sumber, teknologi dan penggunaan sesuatu alat atau maklumat untuk kemudahan untuk manusia.
"... bahawa kapak mempunyai pelbagai kegunaan lain selain untuk pertukangan dan sebagai senjata ?".
"... bahawa Takwim Julius masih digunakan di sesetengah negara dan kebanyakan gereja Ortodoks ?"
"... bahawa visa biasanya dicap atau ditempel di pasport , namun ada juga yang diberikan sebagai sekeping kertas ?"
"... bahawa sesetengah pedang direka khas untuk menebas manakala yang lain boleh menebas dan menusuk?"
"... bahawa perpustakaan kini menghimpunkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan?"
"... bahawa sesetengah domain peringkat tinggi kod negara digunakan secara meluas oleh syarikat dan perniagaan kerana keunikan nama domain mereka?"
"... bahawa peti sejuk cuma diperkenalkan untuk kegunaan rumah 40 tahun selepas digunakan oleh industri?"
"... bahawa kompang ialah alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu ?"
"... bahawa pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Nokia bermula sebagai sebuah kilang pulpa getah ?"
"... bahawa domain peringkat tinggi ialah bahagian terakhir nama domain internet ?"
"... bahawa hotspot merupakan kawasan di mana orang awam boleh mendapat capaian tanpa wayar ke Internet dengan menggunakan teknologi piawai WLAN (Wi-Fi )?"
"... bahawa jenama Yahoo dimulakan oleh dua pelajar kolej secara suka-suka?"
"... bahawa kayu merupakan bahan mentah utama bagi menghasilkan kertas ?
"... bahawa paten dikira sebagai hak milik peribadi dan boleh dijual beli dan dipindah milik?"
"... bahawa pasport ialah sejenis dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara yang biasanya mengenal pasti pemegangnya sebagai warganegaranya ?"
"... bahawa tenaga suria telah digunakan dalam banyak teknologi tradisi dan digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan kuasa lain, seperti di angkasa lepas ?"
"... bahawa beliung digunakan untuk membentuk, menarah dan melicinkan kayu potong kasar dalam pertukangan kayu menggunakan tangan?"
"... bahawa sebelum setem dicipta, yuran pos dibayar oleh penerima, bukan pengirim?"
"... bahawa kompas ciptaan orang China sentiasa menunjuk ke arah selatan ?"
"... bahawa selain komputer , kayu ria turut boleh digunakan untuk mengawal lif , lori dan telefon bimbit ?"
"... bahawa lif dijadikan kewajipan bagi bangunan baru mengikut undang-undang kemudahan orang berkerusi roda ?"
"... bahawa tujuan asal tanglung ialah melindungi lilin dari tiupan angin ?"
"... bahawa kotak polis tidak lagi digunakan setelah kemunculan radio dua-hala dan telefon bimbit ?"
"... bahawa alat perangkap laju yang digunakan polis lebih tepat dari meter laju kenderaan?"
"... bahawa sesetengah mancis boleh dinyalakan dengan diguris pada mana-mana permukaan kasar?"
"... bahawa papan kekunci QWERTY mendapat namanya daripada enam huruf yang pertama dalam baris huruf yang teratas dalam papan kekunci?"
"... bahawa pencetak jet dakwat berfungsi dengan menyemburkan dakwat cair ke atas kertas ?"
"... bahawa beg udara mengembung keluar lebih pantas berbanding kelipan mata ?"
"... bahawa dengan horcrux , seorang ahli sihir dapat hidup dengan sangat lama selagi horcrux itu kekal utuh?"
"... bahawa berus gigi yang keras boleh merosakkan enamel gigi ?"
"... bahawa air tulen adalah air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran ?"
"... bahawa peti lampu diperkenalkan sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang di UK dan Ireland ?"
"... bahawa sesetengah stesen minyak turut menyediakan bengkel kereta ?"
"... bahawa sesetengah kawasan rehat dan rawat turut mempunyai arked permainan video , pusat rekreasi , serta capaian Internet ?"
"... bahawa pelindung cahaya matahari pertama yang digunakan secara meluas dikeluarkan oleh seorang askar ?"
"... bahawa melalui endoskopi doktor boleh melihat ke dalam badan seseorang?"
"... bahawa adalah sukar bagi pemandu untuk mematuhi had laju berikutan ralat pada meter laju ?"
"... bahawa dinamit dicipta oleh Alfred Bernhard Nobel ?"