Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlantikan jawatan penyelia Ricky250 22 Februari 2020
Pengundian laman ini telah selesai dan telah pun ditutup. Undian selepas tarikh tamat pengundian tidak akan diterima. |
Ricky250 (Perbualan • Sumbangan • Statistik • Akaun Sejagat)
Diusulkan oleh SNN95 Jumlah suntingan 1,844 suntingan setakat 21 Feb 2020, 07:59 PM Mekanisme Waktu pengundian
- Pengundian bermula pada 22 Februari 2020.
- Dapat berakhir paling cepat pada 29 Februari 2020 (1 minggu) sekiranya terdapat minimum 14 undian sah.
- Berakhir selewat-lewatnya pada 7 Mac 2020 (2 minggu).
Undian minimum untuk dilantik menjadi Penyelia:
- Pengguna yang mengundi minimum sebanyak 10 pengguna.
- Persetujuan diperlukan sebanyak 70% daripada jumlah undian yang diberikan oleh pengguna.
Semua pengguna berdaftar boleh mengundi. Pengguna berdaftar yang dimaksudkan ialah yang telah memenuhi tiga syarat berikut sebelum pengundian bermula:
- berumur (suntingan pertama) minimum seminggu,
- mempunyai minimum 15 suntingan,
- bukan pengguna boneka.
- Salam sejahtera semua. Terima kasih kerana mencalonkan saya sebagai penyelia dan diberikan kepercayaan dalam tanggungjawab untuk berkhidmat di Wikipedia Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Saya harap kalian semua boleh membantu saya dalam cita-cita untuk menjadikan Wikipedia Bahasa Melayu setaraf dengan Wikipedia-wikipedia Bahasa yang lain seperti Vietnam, Sweden, dan Jepun. Kita terus martbatkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang hebat dan berdaya saing di dalam bidang ilmu. Sekali lagi terima kasih. Ricky250 bincang
Untuk soalan dari pentadbir, ini jawapan saya:
1: Ya, saya boleh bantu penyelia-penyelia yang lain dalam merangka garis panduan dan projek wiki yang lain, jika diberi tunjuk ajar yang secukupnya, saya boleh membantu dengan luas. Ricky250 bincang 03:10, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
2: Saya ingin membantu Wikipedia Bahasa Melayu untuk jadi lebih hebat, mungkin saya sendiri tidak mencukupi dalam melaksanakan semua tugas, tapi dengan bantuan rakan-rakan penyelia yang lain, saya boleh lakukannya. Ricky250 bincang 03:10, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
3: Saya akan membaiki dan kalau berkesempatan, memberi pandangan saya kepada sang penulis yang mungkin baharu atau menulis dengan caranya tapi tidak ikut 'perkataan piawai Wikipedia' (contoh: Kehidupan awal di perenggan pertama). Kita harus berikan tunjuk ajar disamping memberi kata-kata kita untuk membaiki sesuatu dan tidak terlampau emosi. Ricky250 bincang 03:10, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
4: Bagi saya kalau terjadi diantara penulis Wikipedia Bahasa Melayu, ia boleh dibawa bincang, tapi kalau dilakakukan oleh 'penulis luar', harus disekat untuk mengelakkan 'troll' berpanjangan. Rencana-rencana sensitif seperti Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia misalnya selalu jadi mangsa vandalisme oleh beberapa anasir yang kita tahu, mahu merosakkannya. Ricky250 bincang 03:10, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
5: Serangan itu terpulang, kalau berbentuk kritikan membina atau teguran, tidak salah. Tapi kalau bersifat buruk dan jahat, kita harus ambil tindakkan. Ricky250 bincang 03:10, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
Sekian.
- Adakah anda sanggup untuk membuat kerja-kerja pentadbiran dan mengemaskini dasar, garis panduan dan projek wiki selain daripada memperbaiki rencana sedia ada?- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:12, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- Apakah sebab anda memilih untuk menjadi penyelia?- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:12, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- Sekiranya anda melihat terdapat rencana yang tidak mengikut gaya penulisan, apakah tindakan anda?- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:12, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- Perang suntingan suatu perkara yang biasa berlaku di antara penyumbang-penyumbang di Wikipedia. Sebagai seorang penyelia, apakah penyelesaian anda kepada perkara ini sekiranya ia berlaku?- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:12, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- Apakah tindakan anda sekiranya terdapat pengguna berdaftar dan awanama diserang oleh pengguna lain?- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:12, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
Sokongan
[sunting sumber]- - Dia menunjukkan kesungguhannya dalam menyunting hal-hal semasa dan sangat bersedia untuk menerima kerja-kerja penyelia. SNN95 Talk to me, beybeh! 03:11, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- - Saya memilih untuk menyokong Ricky250 sebagai penyelia. Saya sering melihat dia bersungguh-sungguh menyunting hal-hal semasa seperti wabak koronavirus. Kadang-kadang dia akan membetulkan kesalahan ayat pada rencana yang saya sunting. Dia juga pernah berterima kasih kepada saya atas suntingan saya pada beberapa rencana. Semoga impian Ricky250 menjadi penyelia tercapai. Anne4321 bincang 07:54, 22 Februari 2020 (UTC)[balas]
- – Saya bersetuju dengan pelantikan Ricky250 sebagai penyelia. Saya lihat beliau banyak menyumbangkan rencana-rencana tertentu seperti wabak koronavirus. Beliau juga memperbaiki kesalahan tatabahasa pada rencana yang saya cipta/sunting dan juga berterima kasih kepada saya atas sumbangan saya untuk beberapa rencana juga. Saya mengharapkan yang terbaik untuk saudara Ricky250.–Fandi89 (bincang) 07:43, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
-
Saya harap saudara akan sentiasa komited dalam menjalankan tugas apabila dilantik sebagai penyelia.- CyberTroopers bincang/sumbangan 07:46, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]Saya tidak suka di sini ada perasaan megah bahawa mendapat status penyelia adalah satu yang istimewa. -Jimmy Wales
- - Saya sokong sesiapa nak jadi penyelia di Wikipedia BM. Saya nampak kesungguhan dia dalam menyunting dekat sini. Memandangkan Wiki BM ni agak kekurangan penyelia, saya sokong dia dilantik sebagai penyelia. Claude (bincang) 10:01, 23 Februari 2020 (UTC)[balas]
- - Saya menyokongnya untuk jadi penyelia kerana dia sangat bersungguh-sungguh menulis halaman baharu dan banyak menyumbang dalam wikipedia secara amnya. --MNH48 (bincang) 09:56, 24 Februari 2020 (UTC)[balas]
- - Saya pun setuju dan ngam dia jadi penyelia. --Niko (bincang) 09:03, 25 Februari 2020 (UTC)[balas]
- - Saya sokong dengan pelantikan ini, harap dia boleh bertugas dengan penuh amanah dan memastikan laman mswiki adalah benar dan tidak menyebelahkan mana mana pihak. angys →Bincang 17:48, 27 Februari 2020 (UTC)[balas]
- - Saya setuju dia menjadi penyelia. Giat menyunting dan mencipta rencana semasa. -- TofeikuBincang 10:24, 28 Februari 2020 (UTC)[balas]
- Saya sepenuh hati menyokong Rick Wong sebagai calon -- Noctircus (bincang)- @Noctircus: Terima kasih kerana mengundi. Tetapi suntingan pertama anda (iaitu pada laman ini) tidak berusia seminggu dan minimum suntingan akaun anda masih kurang dari 15 suntingan. Statistik anda SNN95 Talk to me, beybeh! 13:55, 6 Mac 2020 (UTC)[balas]
- - Saya tidak nampak apa-apa masalah ketara dengan sikap penyunting ini buat sekarang (termasuk sebagai penyelia Discord WBM), jadi saya setuju. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 15:00, 6 Mac 2020 (UTC)[balas]
- - Saya kurang aktif tetapi jika ada undian penyelia yang berkualiti. Saya sokong. -Aplikasi (bincang) 10:05, 7 Mac 2020 (UTC)[balas]
- - Saya menyokong Rick Wong sebagai Penyelia dan harap dia jika dilantik dapat membuat wikipedia bahasa ini lagi bagus -- Fab1442006 bincang
- Saya sokong dengan usulan ini, semoga berjaya dan bisa menjalankan tugasnya dengan baik --PutriAmalia1991 (bincang) 12:59, 7 Mac 2020 (UTC)[balas]
- @PutriAmalia1991: terima kasih kerana mengundi tetapi undian anda tidak memenuhi syarat2 yg telah ditetapkan. Zamwan (bincang) 07:36, 8 Mac 2020 (UTC)[balas]
Bantahan
[sunting sumber]Berkecuali
[sunting sumber]- Berkecuali - Disebabkan sudah lama tidak aktif di Wikipedia dan tidak mengikuti perkembangan aktiviti pengguna, saya membuat keputusan berkecuali Mr Ikan (bincang) 17:05, 6 Mac 2020 (UTC)[balas]
Catatan
[sunting sumber]Soalan
[sunting sumber]Jumlah | |||
12 | x(1) | 13 | |
100% | 0% | x | 100% |
Ricky250 (bincang · sumbangan) secara sah dipilih menjadi penyelia Wikipedia Bahasa Melayu! Harap Zamwan (bincang · sumbangan) boleh menyelesaikan pelantikan ini. SNN95 Talk to me, beybeh! 00:30, 8 Mac 2020 (UTC)[balas]