Perbincangan pengguna:NikoUMS
Maklumat tambahan
[sunting sumber]100 rencana baru |
---|
11 November 2024
10 November 2024
|
Selamat datang ke Wikipedia, NikoUMS!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Permohonan menjadi Birokrat
[sunting sumber]Salam saudara NikoUMS. Permohonan anda untuk menjadi Birokrat tidak sah kerana tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi penyelia. Namun usah khuatir, teruskan menyumbang di sini dan jangan segan silu untuk memohon bantuan daripada Penyelia sekiranya terdapat apa-apa masalah. Seusai anda memenuhi kelayakn serta mahir dalam selok-belok Wikipedia, anda boleh memohon semula. Sekian. - CyberTroopers bincang/sumbangan 09:05, 17 Januari 2020 (UTC)
Aktif di luar talian
[sunting sumber]Selamat sejarahtera. Saya penyelia di sini sama orang Sabah juga. Saya aktif juga di ms.wiktionary.org menulis perkataan dari bahasa di Sabah seperti boros Kadazandusun sama Bajau Sama. Kita boleh bercakap dalam bahasa apa? Saya cadang kita boleh buat program di Sabah untuk Wikipedia. Selamat berkenalan! -- TofeikuBincang 09:10, 19 Februari 2020 (UTC)
Templat/Teg
[sunting sumber]Salam saudara NikoUMS. Saya mohon daripada saudara untuk tidak meletakkan terlalu banyak teg pada sesebuah rencana kerana ia terlalu keterlaluan. Saya harap saudara boleh sama-sama membantu membaiki rencana tersebut daripada meletakkan teg untuk meningkatkan kualiti rencana dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Terima kasih!- CyberTroopers bincang/sumbangan 14:39, 21 Februari 2020 (UTC)
Berkenaan pencalonan Rencana Pilihan Tamparuli
[sunting sumber]Maaf kerana tidak membaiki cara pencalonan yang agak susah difahami itu. Sekarang ianya sudah dibaiki. Anda boleh mencalonankan semula rencana tersebut disini: Laman mencalon SNN95 Talk to me, beybeh! 00:09, 15 Mac 2020 (UTC)
Pesanan
[sunting sumber]Mesej diletak 16:47, 16 Mac 2020 (UTC). Anda boleh membuang notis ini pada bila-bila masa dengan membuang templat {{Talkback}}.
Berkenaan peletakkan RP untuk Tmparuli kepada Bulan April 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:47, 16 Mac 2020 (UTC)
Jemputan melakukan pengundian sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama
[sunting sumber]Salam semua ahli Wikipedia! Pesanan ini dihantar bertujuan untuk menjemput anda semua bagi membuat pengundian dasar sekatan penciptaan rencana bagi pengguna awanama yang diusulkan oleh saya, CyberTroopers. Pengundian ini diteruskan semula kerana kutipan undian tidak mencukupi untuk diterima/ditolak. Dasar ini akan mengubah konfigurasi hak bagi kumpulan penggguna untuk pengguna awanama iaitu membatalkan hak kumpulan ini daripada mencipta rencana di Wikipedia bahasa Melayu. Namun begitu, mereka boleh memohon rencana untuk diciptakan atau membuka akaun bagi tujuan tersebut. Oleh itu saya berharap anda semua dapat memberi kerjasama dengan membuat undian. Saya juga ingin memohon kerjasama semua ahli Wikipedia untuk berganding bahu dengan sentiasa menyemak dan mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana yang dipinta oleh pengguna-pengguna. Sekian.-CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 06:54, 26 Mac 2020 (UTC)
Penciptaan laman perbincangan
[sunting sumber]Salam. Saya mohon kerjasama daripada anda untuk tidak mencipta laman perbincangan yang tidak mempunyai perbincangan dengan meletakkan templat pengatas perbincangan. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:13, 4 Mei 2020 (UTC)
- @CyberTroopers: Salam Sejahtera Saudara, terima kasih mengingatkan saya tentang perkara ini. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 12:18, 4 Mei 2020 (UTC)
Perihal: penterjemahan yang cantik-cantik
[sunting sumber]Salam, Niko! Saya perasan semasa membelek-belek sumbangan sendiri saudara juga telah membantu mengembangkan laman saya cipta (pasal "Saturnus")...terima kasih saya ucapkan. Namun...saya mahu beri nasihat saya sendiri mengenai cara pengembangan melalui penterjemahan dari Bahasa Inggeris dilakukan saudara, sepertimana yangada pada profil saudara. You see, struktur bahasa Inggeris ada ketara/signifikan bezanya dengan bahasa Melayu. Jadi, penterjemahan terus begini dilihat sangat kaku. Saya perasan pengembangan agak dirasa begini semasa membaca sebahagian laman dikembangkan saudara (misalnya "Cincin").
Saya cadangkan saudara cuba-cuba edit terjemahan dahulu agar lebih cantik dibaca dan ikut tatabahasa betul sebelum terbitkan pengembangan saudara. Kalau saudara rasa susah nak "sunting sumber" pun tak apa - sebab ada ciri menyunting secara visual pada "tab" bersebelahan "sunting sumber" iaitu sumber untuk memudahkan kerja ini. Kalau saudara tak pasti pun tak apa, saudara boleh pakai Templat:BM nak tandakan jika laman disunting memerlukan bantuan tambahan, kami boleh tolong baiki.
Harap maklum... :-)
Anumengelamun (bincang) 00:37, 9 Mei 2020 (UTC)
- @Anumengelamun: Salam sejahtera saudara, terima kasih atas nasihat yang diberikan. Ya memang ada kekeliruan dan agak susah juga untuk menterjemahkan dari WBI kepada WBM tapi saya akan cuba untuk memperbaiki. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 00:50, 9 Mei 2020 (UTC)
Clash of Clans
[sunting sumber]Saya perasan anda mengemaskini rencana Clash of Clans. Jika anda berkelapangan, mungkin anda boleh turut membantu mengembangkan rencana Mobile Legends: Bang Bang pula lepas ini. --Aero 015 (bincang) 14:18, 9 Mei 2020 (UTC)
- @Aero 015: Salam sejahtera saudara, saya akan usahakan lagipun rencana Mobile Legends: Bang Bang saya tidak seberapa mahir. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:23, 10 Mei 2020 (UTC)
Jemputan anjur WikiKata
[sunting sumber]Salam sejahtera tobpinai. Saya merangka satu pertandingan menulis perkataan di Wikikamus dalam bahasa-bahasa asal di Malaysia termasuk yang di Sabah. Oleh itu, saya menjemput kita untuk mengikut serta dan membantu dalam penganjuran pertandingan ini. Boleh rujuk di sini. -- TofeikuBincang 10:13, 10 Mei 2020 (UTC)
- @Tofeiku: Salam Sejahtera tompinai, terima kasih atas jemputan tompinai tapi saya tidak seberapa aktif disini. Nanti maklumkan sahaja maklumat yang selanjutnya. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 10:33, 10 Mei 2020 (UTC)
- Tugas tobpinai sekadar mempromosikan pertandingan ini agar bahasa-bahasa asal di Malaysia terpelihara. Serta menjadi juri kepada pertandingan ini. Memeriksa rencana yang dibuat ikut format atau tidak. Harap kita dapat ikut serta sebab saya mahu ada orang Sabah dan Sarawak membantu dalam pertandingan ini. -- TofeikuBincang 10:51, 10 Mei 2020 (UTC)
- @Tofeiku: Okay tompinai, saya akan bantu tompinai mempromosikan pertandingan ini. Lagipun sejak kebelakangan ini bahasa ibunda Sabah dan Sarawak sangat kurang disumbangkan di wikipidea. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 12:30, 10 Mei 2020 (UTC)
- @Tofeiku: Salam Sejahtera tompinai, terima kasih atas jemputan tompinai tapi saya tidak seberapa aktif disini. Nanti maklumkan sahaja maklumat yang selanjutnya. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 10:33, 10 Mei 2020 (UTC)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
[sunting sumber]Kempen Penciptaan Wikiberita
[sunting sumber]Salam sejahtera saudara NikoUMS, saya dan rakan-rakan dari Wikiberita (Wikinews) Bahasa Melayu ingin meminta sokongan anda dalam satu undian disini: https://meta.wikimedia.org/wiki/Requests_for_new_languages/Wikinews_Malay
Harap kita dapat hidupkan Wikiberita Bahasa Melayu sebagai medan baharu buat rangkaian Wikipedia Bahasa Melayu, bagus juga kalau dibuat tempat untuk laporan bola sepak di masa akan datang.
Terima kasih. -Ricky250 (bincang) 04:00, 29 Jun 2020 (UTC)
- @Ricky250: Terima kasih saudara dan saya pun menyokong untuk hidupkan Wikiberita Bahasa Melayu termasuklah laporan berkenaan dengan bola sepak. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:30, 30 Jun 2020 (UTC)
Jemputan menyertai perundingan tahap kedua Tatakelakuan Sejagat
[sunting sumber]Salam,
Semoga Anda dalam keadaan baik dan sihat. Nama saya Ramzy Muliawan, mewakili tim Tatakelakuan Sejagat (UCoC) Yayasan Wikimedia bagi komuniti bahasa-bahasa Indonesia dan Melayu. Saya ingin mengabarkan bahwa proses perundingan tahap kedua UCoC akan dimulai pada hari Isnin, 18 Januari 2021.
Perundingan tahap kedua UCoC akan bertumpu pada perumusan mekanisme penerapan dan penguatkuasaaan yang efektif dan berlaku bagi seluruh projek Wikimedia. Sebagai penyumbang aktif di Wikipedia bahasa Melayu, saya ingin menjemput Anda untuk menyumbang saran, komen, dan maklum balas. Tahap kedua ini bersifat mustahak, mengingat UCoC merupakan salah satu mandat yang paling utama dari proses Strategi Gerakan Wikimedia dan akan menjadi standar minima bagi dasar tingkah laku di projek-projek Wikimedia.
Sebelum memulai, Anda dapat meninjau terlebih dahulu beberapa hal terkait UCoC. Halaman berikut tersedia dalam bahasa Melayu:
- Rancangan akhir UCoC yang disusun oleh jawatankuasa kakitangan dan sukarelawan Wikimedia;
- Laporan akhir dari perundingan tahap pertama mengenai perumusan UCoC;
- Soalan yang lazim ditanyakan terkait UCoC.
Selepas itu, Anda dapat memberi komen pada laman permohonan pendapat sampai akhir bulan Februari 2021. Bagi kumpulan komuniti gerakan Wikimedia, kami juga merencanakan proses perundingan terpisah yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Bila Anda memiliki pertanyaan lain atau ingin menyampaikan maklum balas yang dirasa lebih sesuai disampaikan pada saluran peribadi, sila balas emel ini atau hubungi saya melalui Telegram.
Terima kasih dan salam hangat,
Ramzy Muliawan
Fasilitator Perundingan Tatakelakuan Sejagat, Yayasan Wikimedia
-- RamzyM (WMF) (bincang) 10:13, 15 Januari 2021 (UTC)
Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia
[sunting sumber]Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)
Tinjauan Tatakelakuan Sejagat
[sunting sumber]Salam,
Saya menjemput Anda untuk meluangkan masa 5-10 minit bagi mengisi tinjauan mengenai penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) pada projek dan komuniti Wikimedia yang berbahasa Melayu. Masa tinjauan akan berakhir pada 28 Februari 2021.
Selain itu, Anda juga dialu-alukan untuk memberikan komen, gagasan, atau pandangan peribadi dalam permohonan pendapat komuniti terkait UCoC di sini.
Terima kasih! RamzyM (WMF) (bincang) 08:32, 17 Februari 2021 (UTC)
Jemputan 100hariwiki
[sunting sumber]Pengundian perlucutan hak penyelia
[sunting sumber]Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 2 orang penyelia oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini iaitu Kurniasan dan Azuru79 melebih 3 bulan tanpa sebarang notis dan alasan yang munasabah.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang! MediaWiki message delivery (bincang) 18:57, 11 Jun 2023 (UTC)
[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia
[sunting sumber]Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:
- Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
- Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
- Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
- Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
- Pengguna:Aurora (laman pengundian)
- Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
- Pengguna:Yosri (laman pengundian)
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.