Wikipedia:Pengguna boneka
Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Pengguna boneka (bahasa Inggeris: sockpuppet) ialah akaun tambahan yang digunakan oleh seseorang pengguna Wikipedia untuk tujuan mengganggu, mengelirukan atau menipu pengguna lain. Maksud penggunaan kata "pengguna boneka" adalah supaya tidak dikenali oleh pengguna lain. Tidak ada manfaat positif daripada penggunaan "pengguna boneka". Walaupun tidak ada peraturan khusus yang menentang pengguna boneka tetapi penggunaan "pengguna boneka" sangat tidak digalakkan.
Atas sebab-sebab tertentu, seseorang pengguna mungkin memilih untuk mencipta akaun tambahan, contohnya akaun untuk komputer awam atau akaun khusus untuk subjek tertentu. Perbuatan ini dibenarkan dan tidak dianggap sebagai pebagai pengguna boneka. Akaun bot juga tidak dianggap sebagai boneka.
Pengguna boneka tidak diterima dalam beberapa proses seperti pengundian. Penyalahgunaan seperti ini akan menyebabkan semua akaun yang terlibat disekat.
Akaun boneka
[sunting sumber]Memintasi dasar
[sunting sumber]Dasar Wikipedia, contohnya "peraturan batalkan tiga kali", berkuat kuasa mengikut orang, bukan akaun. Sebarang akibat menggunakan akaun kedua untuk melanggar polisi akan turut menyebabkan hukuman dikenakan terhadap akaun utama. Akaun boneka tidak boleh digunakan untuk memintasi sebarang sekatan komuniti, termasuklah sekatan. Mengelak sekatan akan menyebabkan waktu sekatan bermula semula, dan mungkin memanjangkan tempoh sekatan.
Penggunaan yang sah
[sunting sumber]Penggunaan akaun berganda yang tidak sah
[sunting sumber]Templat yang digunakan
[sunting sumber]- {{Sockpuppet}} diberikan pada laman pengguna yang menjadi pengguna boneka.
- {{Akaunlain}} diberikan pada laman pengguna akaun tambahan sekiranya ingin diumumkan.