Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlantikan jawatan penyelia Aiman Zaharuddin 27 Jun 2024
Pengundian laman ini telah selesai dan telah pun ditutup. Undian selepas tarikh tamat pengundian tidak akan diterima. |
Aiman Zaharuddin (Perbualan • Sumbangan • Statistik • Akaun Sejagat)
Diusulkan oleh Aiman Zaharuddin Jumlah suntingan 7,189 suntingan setakat 27 Jun 2024, 14:39 PM (waktu Malaysia) Mekanisme Waktu pengundian:
- Pengundian bermula pada 27 Jun 2024.
- Dapat berakhir paling cepat pada 4 Julai 2023 (1 minggu) sekiranya terdapat minimum 14 undian sah.
- Berakhir selewat-lewatnya pada 11 Julai 2024 (2 minggu).
Undian minimum untuk dilantik menjadi Penyelia:
- Pengguna yang mengundi minimum sebanyak 10 pengguna.
- Persetujuan diperlukan sebanyak 70% daripada jumlah undian yang diberikan oleh pengguna.
Semua pengguna berdaftar boleh mengundi. Pengguna berdaftar yang dimaksudkan ialah yang telah memenuhi tiga syarat berikut sebelum pengundian bermula:
- berumur (suntingan pertama) minimum seminggu,
- mempunyai minimum 15 suntingan,
- bukan pengguna boneka.
@Aiman Zaharuddin: Sila berikan kenyataan anda. - CyberTroopers bincang/sumbangan 06:54, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
Soalan-soalan untuk calon
[sunting sumber]Soalan dari CyberTroopers
[sunting sumber]Tahniah @Aiman Zaharuddin kerana berani mencalonkan diri sendiri sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Beberapa soalan dari saya:
- Apakah yang mendorong anda untuk mencalonkan diri sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu?
- kerana saya ingin membanteras Vandalisme dan ingin menyekat Pengguna yang melakukan Vandalisme
- Sejauh mana anda memahami dasar dan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu?
- Sejak saya menjadi Ahli Wikipedia
- Apakah kemahiran atau pengalaman khusus anda yang anda percaya akan memberi manfaat kepada komuniti Wikipedia sebagai penyelia?
- Saya pandai menyunting dan Tahu Fakta Malaysia
- Bagaimana anda menangani konflik atau pertikaian antara penyuting, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna IP?
- Dengan menyekat Pengguna yang melakukan Vandalisme
- Bagaimana anda merancang untuk mengurus masa dan tanggungjawab anda sebagai penyelia?
- Saya merancang dan mengurus masa saya mengikut jadual yang telah saya buat sendiri
- Bolehkah anda memberikan contoh situasi mencabar yang anda hadapi di projek Wikimedia dan bagaimana anda menyelesaikannya?
- Contoh,situasi yang mencabar adalah mereka bergaduh kerana konflik perang sunting dan saya akan meminta mereka berbincang secara baik di laman perbincangan
- Tolong beri saya peluang untuk menjadi penyelia, saya ingin Membanteras dan Menyekat Pengguna yang melakukan Vandalisme. Saya akan cuba melakukan yang terbaik jika saya dilantik menjadi penyelia.
Soalan dari Hakimi97
[sunting sumber]Salam @Aiman Zaharuddin, terima kasih kerana mencalonkan diri anda sebagai seorang penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya ada tiga soalan di sini yang berkaitan dengan keadaan yang katakanlah anda berjaya dilantik menjadi seorang penyelia:
- Sekiranya akan datang mungkin disebabkan oleh kekangan masa sehingga tidak dapat menjadi aktif di Wikipedia Bahasa Melayu, apa yang anda akan lakukan?
- Saya akan cuba Sedaya upaya untuk membahagikan masa
- Mengikut pandangan peribadi anda, apakah sifat yang perlu ada pada seorang penyelia?
- Pada pandangan peribadi saya, Seorang Penyelia mestilah Bertanggungjawab, berdisiplin dan Tegas terhadap Pengguna yang melakukan Vandalisme
- (Tambahan kepada Soalan 4 oleh CyberTroopers) Kalau katakan ada perang sunting antara dua orang penyunting yang memang berpengalaman, dan anda memerhatikan bahawa sumbangan kedua-dua penyunting itu mempunyai konflik pandangan pada sudut berbeza tetapi mereka telah meletakkan sumber rujukan yang sah mengikut garis panduan Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai, sebagai seorang penyelia apa yang anda lakukan?
- Saya akan meminta mereka berbincang dan menyelesaikan masalah secara baik di laman perbincangan.
Sokongan
[sunting sumber]- Setuju Saya bersetuju kerana sudah mengedit dan mengawasi lebih daripada 6000 rencana selama 2 tahun ini dan kita perlukan penyelia wiki yang lebih banyak untuk memartabatkan bahasa — Protocetus (bincang) 15:21, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Saya bersetuju kerana Wikipedia Bahasa Melayu sangat memerlukan penyelia yang aktif bagi memantau aktiviti di dalam Wikipedia ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini semakin ramai pengguna tidak bertanggungjawab yang gemar melakukan vandalisme di rencana-rencana panas. Namun andai pengguna ini tidak berjaya untuk dilantik, saya harap calon ini dapat memperbaiki kekurangannya yang menyebabkan ketidaklayakannya dalam menjadi penyelia. Saya amat menyokong usaha murni calon untuk menjadi seorang penyelia. - Ceball1923 (bincang) 02:12, 11 Julai 2024 (UTC)[balas]
Bantahan
[sunting sumber]- Tidak setuju Stress 043 (bincang) 15:05, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Tidak setuju: Sejarah suntingan ruang pengguna menunjukkan pengguna tidak begitu terlibat dalam perbincangan pengguna dan perbincangan laman. Saya andai beliau tidak begitu menyertai perbincangan dan hanya fokus pada penciptaan dan penyuntingan rencana, tidak begitu terlibat memberikan bantuan kepada pengguna lain. Jumlah sumbangannya agak bagus cuma melihatkan kepada jawapan pada soalan yang saya berikan serta perbualannya dengan pengguna-pengguna lain menerusi sejarah sumbangannya, pengguna ini belum cukup matang dan hanya berfokus pada usaha untuk menyekat individu sahaja. Pengguna ini juga gagal bersikap berkecuali dan dilihat beremosi dalam menangani konflik suntingan yang berkaitan. Bagi saya, pengguna ini perlu lebih masa dan mengetahui dengan lanjut selok belok kerja penyelia serta memahami dengan lebih mendalam akan garis panduan Wikipedia. Saya sangat tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan seolah tidak berminat untuk menjadi penyelia. - CyberTroopers bincang/sumbangan 18:19, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Tidak setuju – Saya sependapat dengan kenyataan yang diberikan oleh CyberTroopers. Fandi89 (bincang) 06:06, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Tidak setuju Berdasarkan jawapan-jawapan yang diberikan, pengguna ini kelihatan hanya ingin tumpu pada penyekatan vandalisme. Walaupun itu merupakan salah satu tugas penyelia, namun penyekatan ialah pilihan terakhir dalam apa jua keputusan di Wikipedia. Pengguna harus belajar mengenai budaya di Wikipedia terdahulu sebelum diberi kuasa dan tanggungjawab yang begitu besar. Saya tidak mahu penyelia yang hanya tahu menyekat tetapi tidak tahu berbudi bicara terdahulu. Mutu penyelia lebih diutamakan berbanding bilangan penyelia. Semoga pengguna ini dapat muhasabah diri dan menerapkan sifat sabar dan berkecuali dalam diri sebelum mencuba semula pencalonan sebagai penyelia. Ultron90 (bincang) 11:59, 30 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Tidak setuju – 26 Ramadan (bincang) 12:52, 5 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Tidak setuju - pendapat saya sama dengan pendapat @CyberTroopers: wabilkhusus pada semakan ini. pendek dikata, kalau masalahnya tidak perlu dibesar-besarkan, saya rasa pemberian perlindungan selamanya mencederai lima tonggak, yang menyebutkan bahawa wikipedia adalah ensiklopedia yang boleh disunting oleh sesiapa orang jua. user ini perlu belajar untuk bersabar setiap menghadapi perkara laku musnah kerana tidak semua perkara wikipedia:laku musnah harus berakhir dengan sekatan/perlindungan permanen.
dari jawaban yang diberikan yang bersangkutan pada bahagian soalan dan jawapan (S&J), saya melihat bahawa user ini belum memberikan pemahaman yang mendalam akan kerja-kerja yang sekiranya dapat membangun komuniti Wikipedia Bahasa Melayu. Kalau kita bandingkan kesiapan antara yang bersangkutan dengan calon lain; antara lain ini, ini, dan ini, maka boleh dikata ada perbezaan kualiti yang terlihat. Menurut saya, kalau memanglah user ini masih berminat untuk menjadi penyelia Wikipedia Bahasa Melayu (WBM), user ini perlu diberi waktu dan kesempatan yang lebih banyak lagi untuk tidak hanya menangani laku musnah tetapi juga pengembangan rencana-rencana yang ada. Kita beri sahaja masa, misalnya, enam bulan dari sekarang atau setahun dari sekarang. Kalau setahun sudah menunjukkan perubahan yang bererti, saya pikir user ini bolehlah kita beri kesempatan untuk menjadi admin/pentadbir Wikipedia
- الأستاذ أبو ݢوصوك (بينچڠ | کوتق ڤڠݢونا)
13:12, 5 Julai 2024 (UTC)[balas] - Tidak setuju - Pengetahuan yang tinggi dalam isu semasa ialah suatu perkara yang baik dan perlu ada sentiasa. Namun, saya harap pengguna ini meneliti semula kualiti penciptaan rencana di Wikipedia, tidak hanya memasukkan fakta, tetapi paling penting haruslah fakta tersebut mestilah bersumber dan berstruktur yang baik. (Saya ada pilihan untuk tidak menghuraikan kenapa saya undi, tetapi sengaja dititipkan di sini untuk nasihat bersama.) - Zahirul Nukman 18:28, 8 Julai 2024 (UTC)[balas]
Berkecuali
[sunting sumber]- Berkecuali -Claude (bincang) 14:06, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Berkecuali -Rachun Dunia (bincang) 23:53, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Berkecuali Irkham Mahfudh (bincang) 01:32, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Berkecuali Bukannya saya tidak ingin menyokong pengguna ini, cumanya dalam bahagian sumbangan pengguna ini saya tidak dapat nampak petunjuk berkenaan usahanya dalam membendung vandalisme pada peringkat pengguna biasa. Apa yang saya boleh cadangkan ialah mungkin boleh mula untuk biasakan diri membalikkan suntingan vandalisme tanpa perlu tunggu tindakan penyelia, menggunakan gajet Twinkle untuk menambah teg-teg penghapusan jika perlu, dan rajin-rajin bertukar pandangan dengan penyelia atau penyunting lain (melalui Discord, Telegram, atau di laman perbincangan pengguna Wikipedia) dengan gaya yang lebih mudah diterima oleh orang lain. Gaya berkomunikasi juga merupakan suatu penanda aras yang penting untuk melayakkan diri menjadi seorang penyelia. محمد حكيمي (bincang) 06:02, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Berkecuali -Alan (bincang) 11:53, 30 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Berkecuali - Hamba57 09:15, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]
Catatan
[sunting sumber]Soalan
[sunting sumber]Jumlah | |||
2 | 7 | x(6) | 15 |
22.22% | 77.78% | x | 100% |
Hasil pengundian tidak memenuhi untuk diangkat menjadi penyelia. Terimakasih
🍃Zulf🍃talk 01:25, 12 Julai 2024 (UTC)[balas]