Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlantikan jawatan penyelia Zahirulnukman 27 Jun 2024
Pengundian laman ini telah selesai dan telah pun ditutup. Undian selepas tarikh tamat pengundian tidak akan diterima. |
Zahirulnukman (Perbualan • Sumbangan • Statistik • Akaun Sejagat)
Diusulkan oleh Zahirulnukman Jumlah suntingan 67,613 suntingan setakat 27 Jun 2024, 14:55 PM (Waktu Malaysia) Mekanisme Waktu pengundian:
- Pengundian bermula pada 27 Jun 2024.
- Dapat berakhir paling cepat pada 4 Julai 2023 (1 minggu) sekiranya terdapat minimum 14 undian sah.
- Berakhir selewat-lewatnya pada 11 Julai 2024 (2 minggu).
Undian minimum untuk dilantik menjadi Penyelia:
- Pengguna yang mengundi minimum sebanyak 10 pengguna.
- Persetujuan diperlukan sebanyak 70% daripada jumlah undian yang diberikan oleh pengguna.
Semua pengguna berdaftar boleh mengundi. Pengguna berdaftar yang dimaksudkan ialah yang telah memenuhi tiga syarat berikut sebelum pengundian bermula:
- berumur (suntingan pertama) minimum seminggu,
- mempunyai minimum 15 suntingan,
- bukan pengguna boneka.
Hai semua. Terima kasih kepada yang mencadang dan menguruskan pengundian.
Saya sudah menjadi penyunting, bukan terlalu lama dan bukan terlalu baharu. Pada awal penciptaan akaun di Wikipedia, saya tidak pernah berhasrat untuk menjadi penyelia. Namun selepas lebih sepuluh tahun ni, saya rasa menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu mengembangkan Wikipedia Bahasa Melayu, dapat berkomunikasi dengan lebih banyak pengguna, dan menghapuskan laku musnah yang ada di Wikipedia Bahasa Melayu. - Zahirul Nukman 09:11, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
Soalan dari CyberTroopers
[sunting sumber]Tahniah @Zahirulnukman kerana dicalonkan sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Beberapa soalan dari saya:
- Apakah yang mendorong anda untuk menerima pencalonan ini?
- Saya ingin membantu mengembang dan memperkemas projek Wikimedia bahasa Melayu, termasuk Wikipedia.
- Sejauh mana anda memahami dasar dan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu?
- Saya memahami dan akan sentiasa meneliti semula sebarang tindakan jika perlu. Saya pernah membentangkannya kepada pengguna baharu dalam program bersemuka.
- Apakah kemahiran atau pengalaman khusus anda yang anda percaya akan memberi manfaat kepada komuniti Wikipedia Bahasa Melayu sebagai penyelia?
- Tidak banyak beza berbanding penyunting lain di Wikipedia Melayu bagi mereka yang mengikut dasar dan garis panduan Wikipedia dengan baik. Hanya berbekalkan mungkin pernah menyunting dengan banyak, jadi saya boleh memahami struktur rencana Wikipedia dengan baik.
- Bagaimana anda menangani konflik atau pertikaian antara penyuting, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna IP?
- Saya lebih suka jika pengguna IP dapat mencipta akaun, jadi sebarang hasil daripada hujah pertikaian dapat direkodkan dengan baik. Selain itu, sekiranya ada penyunting berkonflik, disarankan memanfaatkan laman perbincangan dan mencapai sebuah konsensus. Wikipedia menekankan pandangan berkecuali dan keputusan yang diambil secara bersama oleh komuniti pengguna.
- Bagaimana anda merancang untuk mengurus masa dan tanggungjawab anda sebagai penyelia?
- Saya ambil peluang kelapangan masa yang saya ada sekarang untuk belajar menyelia daripada penyelia lama dan menyelia dengan baik, jika diberi peluang untuk menyelia.
- Bolehkah anda memberikan contoh situasi mencabar yang anda hadapi di projek Wikimedia dan bagaimana anda menyelesaikannya?
- Jika pengalaman sebelum ini, lebih kepada proses penamaan rencana. Sandaran bagi tindakan saya adalah hasil persetujuan bersama dalam laman perbincangan atau dari kedai kopi. Selain itu, saya ada juga berurusan dengan penyelia lain soal beberapa rencana yang kosong atau tiada kepentingan, untuk dipadamkan atau dibaiki.
Terima kasih. Saya selesai menjawab soalan-soalan yang diberikan. - Zahirul Nukman 09:11, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
Soalan dari Hakimi97
[sunting sumber]Salam saudara @Zahirulnukman, saya ingin mengucapkan tahniah atas diusul untuk menjadi seorang penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya hanya ada dua soalan yang berkaitan dengan katakanlah anda telah menjadi seorang penyelia:
- Sekiranya akan datang mungkin disebabkan oleh kekangan masa sehingga tidak dapat menjadi aktif di Wikipedia Bahasa Melayu, apa yang anda akan lakukan?
- Bergantung pada keadaan, Jika kekangan masa yang saya alami dijangka seketika dan tidak melanggar had maksiumum ketidakaktifan, saya akan meninggalkan nota ketiadaan di laman pengguna saya. Sekiranya masa yang panjang, saya sedia meletak jawatan.
- Pada pandangan anda, apakah sifat yang perlu ada pada seorang penyelia?
- Rajin, mengambil pendekatan berkecuali dan berusaha mencapai persefahaman (konsensus) komuniti pengguna.
Terima kasih. Saya selesai menjawab soalan-soalan yang diberikan. - Zahirul Nukman 07:30, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
Sokongan
[sunting sumber]- Setuju Stress 043 (bincang) 15:02, 27 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju - Polar (bincang) 01:18, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju - Harap calon tolonglah kerap update pasal Pengumuman sebab ni kerja penyelia kot sepatutnya.Claude (bincang) 14:04, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Rombituon (bincang) 22:33, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Beliau adalah salah satu wikipediawan paling senior — Protocetus (bincang) 15:50, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Rachun Dunia (bincang) 23:48, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Irkham Mahfudh (bincang) 01:30, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Cara calon penyelia ini menjawab soalan saya dan soalan CyberTroopers, dengan tambahan sumbangannya yang berkualiti, telah menunjukkan yang calon ini bersedia memikul jawatan sebagai seorang penyelia. محمد حكيمي (bincang) 05:23, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju - Beliau ialah salah seorang ahli Wikipedia yang paling aktif. – Fandi89 (bincang) 06:03, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju CorrelMoris38 (bincang) 23:36, 29 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju --Wiki Farazi bincang 01:49, 30 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Ultron90 (bincang) 10:48, 30 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju Meqqal (bincang) 10:48, 30 Jun 2024 (UTC)[balas]
- Setuju – Farish Hamka (bincang) 11:24, 1 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Setuju – Ceball1923 (bincang) 04:22, 4 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Setuju - tak hanya memperbanyak wikiprojek, pengguna ini juga aktif membangun komuniti Wikipedia Bahasa Melayu sehingga boleh diberi tanggungjawab yang lebih banyak dibanding user lain
- الأستاذ أبو ݢوصوك (بينچڠ | کوتق ڤڠݢونا)
12:49, 5 Julai 2024 (UTC)[balas] - Setuju. ··· 🌸 Rachmat04 · ☕ 14:11, 6 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Setuju – 🅷🅴🅽🆁🅸 bincang ✉ 09:33, 8 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Setuju - EmpAhmadK - (bincang) 15:57, 8 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Setuju – Adamhakeemiforv (bincang) 16:37, 11 Julai 2024 (UTC)[balas]
Bantahan
[sunting sumber]Berkecuali
[sunting sumber]- Berkecuali - Hamba57 09:12, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]
Catatan
[sunting sumber]Jumlah | |||
20 | 0 | x(1) | 21 |
100% | 0% | x | 100% |
Hasil pengundian adalah bersetuju untuk melantik Zahirulnukman ke jawatan penyelia Tahniah! - Kita tunggu tindakbalas daripada para birokrat seperti Aurora mahupun Zamwan terimakasih 🍃Zulf🍃talk 01:23, 12 Julai 2024 (UTC)[balas]
- Tahniah. Status hak pengguna telah ditukar dan tambah status sebagai penyelia. Zamwan (bincang) 02:09, 12 Julai 2024 (UTC)[balas]