Pergi ke kandungan

Wikipedia:Laman Utama/Esok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masa sekarang: jam 12:46, November 11, 2024 (UTC) – Muat semula laman ini

Rencana pilihan


Kompilasi gambar bandar Kuching

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian Kuching. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Kuching adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan. Selama Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Pada tahun 1946, Sir Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British. Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British dan kekal setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kuching mendapat status bandar pada tahun 1988. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Rencana pilihan sebelum ini:

Peristiwa hari ini


12 November: Kelahiran Bahá'u'lláh (Kepercayaan Bahá'í)

Jambatan Teluk San Francisco – Oakland

Hari-hari sebelumnya: 11 November10 November9 November

Tahukah anda?


Salib Besi Kesatria
Salib Besi Kesatria
  • "... bahawa Knight Cross of the Iron Cross ialah darjah kebesaran tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman Nazi kecuali seorang?"
  • "... bahawa di Internet, nama hos juga adalah nama domain yang ditetapkan pada komputer hos?"
  • "... bahawa tidak sesiapapun harus menulis autobiografi sehinggalah dia mencapai usia 40 tahun?"
  • "... bahawa anjing laut gajah utara jantan mampu menghamilkan sehingga 50 ekor betina?"
  • "... bahawa sesetengah kereta kebal kecil amat rendah sehinggakan orang di dalamnya perlu baring?"
  • "... bahawa perdagangan rokok tak sah dipacu oleh bekalan dan permintaan?"