Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain)/Arkib/2009
Sumbangan terbesar dalam sejarah free culture
[sunting sumber]Tahniah kepada kerajaan Jerman kerana menyumbangkan arkib fotografi mereka (berjumlah 100,000) dengan lesen Creative Commons untuk projek Wikipedia. Mungkin Arkib Negara Malaysia boleh meniru usaha ini? Sumber: [1]—Aviator, 14:42, 7 Disember 2008 (UTC)
Patut ditiru Malaysia. Sultan Muhammad Ramzy (bincang) 08:43, 18 Disember 2008 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 15:03, 12 Januari 2009 (UTC)
Selamat Hari Raya Aidil Adha
[sunting sumber]Happy Eidul Adha to all! Cheers. Mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku buat semua terutamnya Edmund,Izzudin, Muhraz, Didie sebab aku slalu bantah pendapat korang. Hari ni mai arr datang umah.Hehe. Sekian.Peace PuteraLuqman Tunku Andre 04:26, 8 Disember 2008 (UTC)
- Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu, terutamanya para penyelia semua! Keep up the good work! Piece~. - Pp.Mm.Cc. 04:34, 8 Disember 2008 (UTC)
- Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu. Yosri (bincang) 09:19, 8 Disember 2008 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 15:03, 12 Januari 2009 (UTC)
Thank You
[sunting sumber]Syukran Jazilan kpd siapa yg mendoakan kejayaan saya didalam PMR ini. Alhamdulillah! PuteraLuqman Tunku Andre 06:47, 30 Disember 2008 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 15:03, 12 Januari 2009 (UTC)
SAMBUTAN TAHUN BARU
[sunting sumber]Kenapa saban tahun menjelang tahun baru manusia berpusu-pusu ke pusat-pusat strategik untuk meraihkannya. Ada yang telanjang bogel di pantai, ada juga yang mabuk sampai hilang akal di pub-pub yang menghidang minuman keras sambil menjerit bagai kena sawan. Ada juga pesta seks yang melibatkan kaum remaja, tanpa segan silu melakukan hubungan jenis di depan ramai.
Apakah, dengan pesta dan sambutan seumpama itu Tuhan akan memakbulkan " wish " mereka. Tidak hairanlah jika bencana kerap kali berlaku kerana "wish" yang songsang ini.
Kita juga amat terperanjat kerana pemimpin-pemimpin tertinggi negara turut berada di lokasi memeriahkan sambutan dengan lagu-lagu dangdut serta laungan dan pekikan apabila menjelang jam 12 tengah malam.
Alangkah baiknya jika masjid-masjid dan surau dipenuhi dengan zikir dan doa sambil solat hajat menadah tangan ke hadrat ilahi memohon kesejahteraan dan kebahagiaan negara. Jika semua rakyat tidak kira agama, memenuhi ruang tempat ibadat, pastinya "wish" akan termakbul dengan negara semakin makmur sambil kehidupan akan terus bahagia. Ayuh saudaraku, kita lafazkan "wish" kita di masjid-masjid dan surau-surau. Semoga mendapat keberkatan. Amin. Salam202.75.62.10 01:02, 31 Disember 2008 (UTC)taj
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 15:03, 12 Januari 2009 (UTC)
POTONGAN DUIT OT BAGI PEKERJA RENDAH
[sunting sumber]--60.50.215.27 01:54, 11 Januari 2009 (UTC) Kenapa duit lebihan kerja kakitangan kesihatan dipotong 1/3 dari gaji kerana lasan tidak cukup duit padahal kerajan telah memberi peruntukan yang banyak kepada semua jabatan. tidak kesian ke ada kepada mereka semua kerana setiap hari dia orang semua mengankat bebanan yang berat macam unit vektor. hari-hari dia orang kerja tapi bila dipotong apa perasan dia orang. saya harap tuan dapat mempertimbangkan pemotogan elaun lebihan masa bagi unit vektor cawangan Batu Pahat.
- Laman ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana jabatan kerajaan. Oleh itu hal seperti di atas adalah tidak perlu diajukan di sini, kerana ia satu perkara yang tidak dapat disahkan ataupun di ambil apa-apa tindakan. Sila kemukakan kepada pihak persatuan pekerja / menurut saluran yang betul. Yosri (bincang) 02:14, 12 Januari 2009 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 15:03, 12 Januari 2009 (UTC)
Perbuatan jahat BN di Perak wajar dikutuk!
[sunting sumber]Selepas 8 Mac lalu, rakyat telah menghantar mesej yang jelas dan terang kepada kemuncak kepimpinan Barisan Nasional khasnya UMNO. Berubahlah, sebelum anda diubah!
Tetapi pada hari ini, 5 Februari 2009, UMNO menujukkan sikap biadap, angkuh dan sombongnya sekali lagi bahawa ia tidak mahu mendegar cakap rakyat, sebaliknya sekirana rakyat tidak suka mereka, mereka akan dipaksa menerima mereka sebagai kerajaan.
Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan dengan cara tidak demokratik, tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang. Tiga pengkhianat pengundi mereka, yang namanya tidak perlu disebut di sini, melompat keluar meinggalkan parti mereka dan bersekongkong dengan UMNO. Tukaran? Bayaran duit berjuta-juta, serta jaminan mereka akan dilepaskan dari skandal seks dan rasuah yang sedang menunggu dibicarakan di mahkamah. Tawaran ini dibuat oleh bakal Perdana Menteri Malaysia, yang dijadikan Ketua BN Perak hanya beberapa hari sebelum ini, meskipun beliau sendiri bukan orang Perak!
Apakah respon atau reaksi yang patut diberikan kepada senario ini? Takkan nak berdiam sahaja. Seya percaya dan menyeru kepada semua orang yang cintakan kebebasan, demokrasi, dan hak asasi supaya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan BN merampas kuasa di Perak dan terus bertindak menubuhkan kerajaan negeri Perak tanpa merujuk kepada perlembagaan negeri Perak yang menghendaki usul tidak percaya dikemukakan terlebih dahulu, dan tidak merujuk kepada sama ada rakyat negeri Perak mahukannya atau tidak.
Kejahatan BN ni memang tiada penghujung, dan satu-satunya cara untuk membasminya adalah untuk menggagalkan mereka pada PRU13 pada tahun 2012 nanti. Kita semua mesti ajar BN cukup-cukup, yang di negara tercinta Malaysia ini, kami adalah suatu demokrasi, dan tiada siapa yang boleh memerintah tanpa perkenan rakyat. Hidup rakyat dan hidup demokrasi! — Alistaire | عليستير (bincang) 10:19, 6 Februari 2009 (UTC)
- Sebenarnya BN melakukan apa yang dilakukan PKR dengan wakil Bota. Jadi kenapa sekarang bising? Mengenai tuduhan lain, kena buat laporan polis. Wikipedia mengajar rakyat Malaysia mendapatkan fakta, bukan tuduhan tanpa bukti. Bagaimanapun, saya setuju rakyat patut menyuarakan suara mereka pada PRU13 pada tahun 2012 nanti. Yosri (bincang) 11:03, 6 Februari 2009 (UTC)
Memang tidak patut ada lompatan parti oleh baik PR mahupun BN, tetapi harus diingat perkara-perkara di bawah;
- Bila PR ajak wakil BN lompat, PR tiada duit hendak bayar sebagai tukaran. PR hanya berharap mereka melompat atas kesungguhan iklas mahu melihat perubahan.
- Bukan semua orang PR menyokong lompat parti. Karpal Singh telah lama menyuarakan tentangan. Tetapi di BN, siapa yang bantah? Tiada orang pun yang bantah kecualilah Zaid Ibrahim dulu yang kemudian dipecat dari UMNO.
Satu lagi saya tidak membuat tuduhan tanpa bukti, dan meskipun tempat ini adalah tempat untuk menyatakan fakta, tiada apa-apa yang menghalang pengguna dari menyatakan pendapat peribadi di laman perbincangan rencana serta Kedai Kopi, terutama mengenai perkara serius ini.
Sebagai orang yang menetap di Selangor saya telah lihat pelbagai perubahan yang dilakukan pemerintahan PR di bawah Khalid Ibrahim, dan ia sememangnya lebih telus dan lebih baik. Kesal kerana di Perak pun bukannya sebab mereka tak boleh memerintah, tetapi hanya disebabkan adanya yang lompat parti. — Alistaire | عليستير (bincang) 11:12, 6 Februari 2009 (UTC)
- Sebenarnya saya cenderung kepada pilihanraya dilakukan sekali lagi. Tetapi ini tak mungkin kecuali undang-undang lompat parti diluluskan. Kita tunggu PRU13 pada tahun 2012 nanti atau keputusan cabaran PKK di mahkamah dan laporkan keputusannya. Yosri (bincang) 11:27, 6 Februari 2009 (UTC)
Sini tempat untuk bincang hal politik ke hal wikipedia? Alistaire memang tak bertanggungjawab bawa hal ni di sini... saya banyak je point balas nak bagi tentang benda ni.. BN, PR sama je sekarang.. tapi memandangkan saya tak cukup umur dan ni wikipedia je... ^_^ —니두씨 12:50, 6 Februari 2009 (UTC)
Saya bersifat neutral. Saya harap Yosri dan Alistaire boleh membincangkan hal ini dilaman yang lain. Ini disebabkan MsWiki ditatapi oleh semua lapisan pengguna dari negara-negara yang berlainan. Sekian PuteraLuqman Tunku Andre 12:54, 6 Februari 2009 (UTC)
- Saya hanya menegaskan bahawa semua kenyataan di Wikipedia perlu berlandaskan kepada fakta. Ini untuk memastikan tidak ada salah maklumat (misinformation). Itu adalah matlamat Wikipedia, memastikan semua maklumat / point berdasarkan fakta. Jika ada anda nampak salah maklumat, jangan diamkan tetapi betulkan segera dengan rujukan. Yosri (bincang) 13:08, 6 Februari 2009 (UTC)
Topik ini telah ditutup.
Makna
[sunting sumber]Apa maksud en:Tungusic people dalam bahasa Melayu? Orang Tungusik? Saya tak jumpa pun dalam kamus dalam talian mahupun kamus saya sendiri. Harap maklum. -- Tebuanhijau (bincang) 05:40, 21 Januari 2009 (UTC)
- Camne saya nak cari maksud perkataan bagi sesuatu kaum termasuk puak minoriti. Kamus DBP takde pun. Kaum majoriti ader lee. -- Tebuanhijau (bincang) 05:46, 21 Januari 2009 (UTC)
- Cara terjemahan, jika tak ada cipta dulu istilah sendiri sama memelayukan ejaan inggeris dan sebagainya. Mana tau istilah tu jadi popular kerana DBP lambat bekerja. :) Kamalzack (bincang) 05:56, 21 Januari 2009 (UTC)
- Setuju, DBP harap je nak memartabatkan Bahasa Melayu tapi dia sendiri entah kem mana. Kritik sana sini tapi kain sendiri tak mahu dijaga. Lembap laa katakan. -- Tebuanhijau (bincang) 06:01, 21 Januari 2009 (UTC)
- Saya dah lihat pautan wiki english. Saya rasa elok gunakan orang Tungus. Sebab asal perkataannya Tungus. Bahasa Inggeris menambah akhiran +ic, macam Islamic people kita guna Orang Islam sahaja. Kamalzack (bincang) 06:36, 21 Januari 2009 (UTC)
- Saudara ni memang bijak. -- Tebuanhijau (bincang) 11:08, 5 Februari 2009 (UTC)
- Setuju, DBP harap je nak memartabatkan Bahasa Melayu tapi dia sendiri entah kem mana. Kritik sana sini tapi kain sendiri tak mahu dijaga. Lembap laa katakan. -- Tebuanhijau (bincang) 06:01, 21 Januari 2009 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 14:27, 9 Februari 2009 (UTC)
Terjemahan
[sunting sumber]Saya (dan mungkin ramai lagi) terkeliru dengan terjemahan ini,
- British Army -> Tentera Darat British (Sepatutnya Tentera Darat Britain, kerana British merujuk kepada penduduk Britain)
- Royal Navy -> Tentera Laut Diraja British (atau mungkin Tentera Laut Diraja Britain @ Tentera Laut Diraja lebih tepat?)
- Royal Air Force -> Tentera Udara Diraja British (atau mungkin Tentera Udara Diraja Britain atau Tentera Udara Diraja?)
Contoh lain adalah "Royal Malaysian Air Force" diterjemah sebagai "Tentera Udara Diraja Malaysia" dan bukan "Tentera Udara Diraja Malaysian"
Harap mendapat komen membina. Zamwan (bincang) 01:49, 26 Januari 2009 (UTC)
- Setuju dengan anda. en:Israel Defense Forces -> Tentera Pertahanan Israel, suatu rencana yang anda patut mulakan :P Alistaire (bincang) 02:26, 26 Januari 2009 (UTC)
- Bila kes macam ini, saya akan cuba cari di laman web tentera/kerajaan Malaysia contohnya, kalau tiada di akhbar2 dan seterusnya. Berkenaan IDF pula, dah ada Pasukan Pertahanan Israel. ...Aurora... (b) 14:42, 28 Januari 2009 (UTC)
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
[sunting sumber]Tujuan saya menulis mengenai ini adalah untuk memberi penerangan kepada warga Malaysia yang acap kali memiliki tanggapan yang salah terhadap bahasa Indonesia. Terlebih dahulu, ingin saya menyatakan bahawa saya merupakan seorang yang meminati ilmu linguistik bahasa Melayu dan banyak membaca buku yang berkaitan bahasa Melayu, sejarah dan tamadunnya.
Saya sering melayari internet untuk mencari perbezaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia. Apa yang saya dapati, kebanyakannya memberi penjelasan seperti ini:-
Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Ape Apa Kenape Kenapa Siape Siapa Awak Lu, Kamu
Pada saya, penjelasan seperti ini adalah salah sama sekali! Mengapa pula ‘apa’ dalam bahasa Melayu dibunyikan sebagai ‘ape’ (e-pepet)? Bukankah ‘ape’ itu adalah sebutan dialek Johor? Justeru, saya amat pasti bahawa pihak yang memberi penjelasan itu adalah mereka yang berasal dari selatan Semenanjung. Ingin saya tanyakan di sini, adakah orang Melayu di utara tanah air dan Sabah serta Sarawak itu tidak bertutur dalam bahasa Melayu gara-gara mereka membunyikan ‘apa’ sebagai ‘apa’? Jadi, mereka bertutur dalam bahasa apa? bahasa Indonesiakah?
Keduanya, saya dapati warga Malaysia sering menganggap bahasa yang dituturkan dalam sinetron Indonesia itu sebagai bahasa Indonesia. Sebenarnya, tanggapan ini juga salah sama sekali. Bahasa yang digunakan dalam sinetron Indonesia itu sebenarnya adalah bahasa Melayu Betawi atau bahasa Melayu dialek Jakarta. Mungkin anda bingung mengenai ini kerana BM Betawi membunyikan ‘apa’ sebagai ‘ape’ (e-taling). Jadi, BM Betawi yang ditukar drpd ‘ape’ ke ‘apa’ dikenali sebagai ‘bahasa gaul’ dalam kalangan masyarakat Indonesia. Kesimpulannya, bahasa Indonesia itu adalah bahasa Melayu Piawai yang sama seperti yang digunakan dalam urusan surat-menyurat di Malaysia (walaupun memiliki perbezaan dlm sesetengah perkataan).
Saya ada terbaca bhg arkib, di mana bahasa Indonesia dianggap sebagai turunan drpd bahasa Melayu serumpun dan bahasa Melayu pula merupakan bahasa Melayu moden yang digunakan di seluruh dunia. Ingin saya nyatakan di sini bahawa rajah yg dipaparkan itu salah! Kebanyakan buku yg saya baca menyatakan bahawa bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia itu kedua-duanya merupakan turunan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bhg arkib itu juga turut menyatakan situasi bahasa Melayu di Malaysia, Brunei dan Singapura boleh disamakan sebagai situasi bahasa Inggeris UK, bahasa Inggeris AS dan bahasa Inggeris Australia. Sebenarnya, jika anda mengamati dgn betul, BI UK dan BI AS itu mempunyai perbezaan yang agak ketara (walaupun perbezaannya tidak sebesar BM dan B. Indonesia). Jadi, bolehlah saya simpulkan di sini bahawa perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia itu sama seperti perbezaan antara BI UK dan BI AS.
Mengapa BI UK dan BI AS tidak memiliki perbezaan yang sebesar BM dan B. Indonesia? Hal ini terjadi kerana BI telah diseragamkan di seluruh dunia. Malangnya, tiada penyeragaman yang dilakukan ke atas Bahasa Melayu (kecuali ke atas ejaan). Faktor tulisan juga menyebabkan keseragaman sesuatu bahasa itu. Misalnya, bahasa Mandarin. Tulisan Cina tidak akan berubah ejaannya kerana satu karakter itu melambangkan satu sebutan. Halnya berbeza dengan bahasa Melayu. Keseragaman begitu sukar dilakukan sehingga berlakunya ejaan seperti ‘KERANA’ di Malaysia dan ‘KARENA’ di Indonesia.
Saya yakin, jika Indonesia dan Malaysia berjaya disatukan sebagai sebuah negara ‘Melayu Raya’ pada masa dahulu, pastinya hal-hal sebegini tidak akan terjadi sama sekali. Kemungkinan, bahasa Melayu akan digelar ‘Bahasa Melayu Raya’ pula...
Hidup Bahasa Melayu!!!
Sekian...
- Penjelasan yang bagus sekali. Anda dialu-alukan menyumbang dalam penulisan rencana berkaitan bahasa Melayu di sini :) —Aviator, 02:27, 5 Februari 2009 (UTC)
- Sesiapa yang berminat ada satu rujukan di sini http://repositories.cdlib.org/cgi/viewcontent.cgi?article=1077&context=ies yang diambil dari http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Malay_language Mohamad Najib (bincang) 04:41, 5 Februari 2009 (UTC)
- "When Takdir Alisjahbana and his friends were given an almost free hand to develop a distinct strandardized and canonized Indonesian during the Japanese period, they were practical enough to realize that van Ophuijsen’s grammar and spelling book were an excellent basis for shaping the bahasa Indonesia which the Resolution of 1928 had conjured up and they wanted to create. And that is how a standard Indonesian came into being, represented in Takdir’s Tata bahasa Indonesia (‘Indonesian Grammar’). It was the most used and taught grammar book in the Republik Indonesia, until the arrival, in 1988, of the Tatabahasa Baku Indonesia, which in many ways continues the many echoes of Dutch descriptions of the Malay language that could be heard in Takdir’s grammar." Mohamad Najib (bincang) 04:44, 5 Februari 2009 (UTC)
Perkara ini sudah banyak kali dibincangkan di Wikipedia BM ini.
Anda kata bahawa orang yang beri penjelasan bahawa Bahasa Melayu menggunakan "ape" berasal dari Selatan semenanjung. Ada buktikah? Jangan buat tuduhan melulu.
Hakikatnya dalam satu bahasa terdapat pelbagai dialek, dan apabila kepiawaian berlaku satu dialek akan dipilih untuk menjadi piawai. Misalnya dalam Bahasa Cina, Mandarin telah dipilih menjadi piawai, walaupun ada Kantonis dan Hokkien dan sebagainya. Begitu juga bahasa-bahasa lain seperti dialek Portugal (berbanding Brazil) dalam bahasa Portugis, dan dialek Sepanyol (berbanding negara lain di Amerika Latin) dalam bahasa Sepanyol. Perkara ini bukannya besar. Meskipun orang lain di Utara Semenanjung dan sebagainya punyai dialek tersendiri, mereka tiada masalah menerima dialek Johor sebagai yang standard.
"Bahasa Melayu dialek Jakarta", "Bahasa Melayu Betawi"? Mana anda dapat ni? Bahasa Jawa lain sekali dari Bahasa Melayu, dan itu ada sebabnya tersendiri. Bahawa Jawa kedengaran berbeza sekali dari percakapannya, sehingga tidak dapat difahami penutur Melayu, jadi tidak mungkin ada bahasa Melayu "versi" Jakarta?
Memang betul bahawa Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia berketurunan Melayu-Riau, tetapi dalam situasi Malaysia, bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa yang tercipta dari nenek moyang sendiri dan turun-temurun, bahasa ini memang warisan kita. Di Indonesia pula, apa yang dikatakan bahasa Indonesia tidak pernah diketahui pun sebelum 1945 dan semestinya tidak pernah wujud sebelum 1928. Sebelum tahun itu, bahasa bahasa yang dikunakan di kepulauan Indonesia adalah bahasa Minangkabau, Sunda, Bali, dan Jawa yang semuanya amat lain dari bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan sebelum penciptaan "bahasa Indonesia" adalah bahasa Belanda. Oleh sebab mereka tak mahu gunakan bahasa penjajah, jadi carilah bahasa penyatu yang lain. Tetapi, tanpanya segan silu, dan malu-malu, serta melanggar hak cipta, mereka terus istiharkan bahasa baru, iaitu bahasa Indonesia yang didasarkan Riau (yang dahulunya dipegang Johor, sebab itulah ada bahasa Melayu di sana) tetapi diletakkan beberapa pengaruh kuat dan perkataan Jawa di dalammnya.
Bahasa yang kita guna pula paling lewat pun dari masa Parameswara menguasai Melaka. Kemudian bahasa Melayu merebak ke seluruh apa yang dipanggil Tanah Melayu. Walaupun Utara Selatan, Timur dan Barat mempunyai perbezaan dari segi dialek, tetapi tak pernah seserius sehingga saling tidak memahami, kini semua orang telah menerima sebutan Johor sebagai yang rasmi.
Jadi kesimpulan yang harus dibuat adalah bahasa Melayu yang kita pakai adalah satu bahasa yang asli, tulen dan warisan sejarah turun temurun. "Bahasa Indonesia" adalah rekaan semata-mata (artificial language) tetapi disebabkan jumlah mereka yang ramai kita terpaksa mendengarinya. Seeloknya rakyat Indonesia dinasihatkan melepaskan sahaja bahasa yang mereka guna tu, dan jika hendak menggunakan bahasa Melayu sebenar, rujuk kepada kita di Malaysia ini. Sekian. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:49, 5 Februari 2009 (UTC)
- Bahasa Melayu memang mempunyai banyak dialek, dan tidak terhad kepada kawasan Semenanjung sahaja, malah tersebar luas di kawasan Kepulauan Melayu (termasuk Indonesia sekarang). Sesetengah dialek pun telah diidentifikasi sebagai bahasanya yang tersendiri, umpamanya, Jambi, Papua, Pattani, Berau, Bukit, dan Haji.
- Saya rasa agak keterlaluan jika dikatakan bahawa Bahasa Indonesia adalah bahasa rekaan. Bukan macam Esperanto atau Lojban atau Interlingua. Bahkan acuan asal Bahasa Indonesia adalah daripada pertuturan Johor-Riau, dan kerana semangat kebangsaan mereka terlalu kuat ketika itu, dan mahu digunakan sebagai bahasa rasmi yang perlu dipelajari dan dituturkan di seluruh negara, maka ditukarlah namanya menjadi Bahasa Indonesia. Terminologi yang tepat untuk klasifikasi Bahasa Indonesia ialah "bahasa piawai", bukan "bahasa rekaan". Meskipun begitu, dalam urusan harian, penduduk setempat masih menggunakan bahasa/dialek sendiri, cuma Bahasa Indonesia diutamakan dalam penulisan atau perkara-perkara rasmi. Sebab itu tangan mereka bau lain, mulut bau lain.
- Sekadar membetulkan fakta, bunyi dialek Johor-Riau sama macam sebutan baku. Nak tahu bunyi dialek Johor-Riau macam mana, lihat pada gaya sebutan baku yang telah digariskan oleh DBP. Dalam dialek Johor-Riau, apa disebut apa dengan bunyi ternganga, bukan ape.—Aviator, 16:31, 5 Februari 2009 (UTC)
- Kepada Alistaire, saya dapati anda tidak begitu banyak membaca mengenai bahasa Melayu di Indonesia. Bahasa Melayu Betawi sememangnya satu bahasa yang wujud, bukannya rekaan saya semata-mata. Untuk pengetahuan anda, kota Jakarta dibuka oleh orang Melayu (saya tidak ingat namanya, tapi merupakan seorang pahlawan Melayu Sumatera) dengan nama Jayakarta. Kota tersebut semakin berkembang dan menjadi kawasan bermajoriti Etnik Melayu di Pulau Jawa. Namun, perkembangannya sebagai ibu negara Indonesia telah menyebabkan penghijrahan masuk etnik lain dari seluruh Indonesia, terutamanya Jawa dan Sunda. Maka, lama-kelamaan etnik Melayu semakin tersisih dan peratusannya semakin mengecil. Etnik Melayu di Jakarta dikenali sebagai Melayu Betawi (berdasarkan nama yang diberi oleh penjajah Belanda). Lihat pautan ini http://melayuonline.com/culture/?a=bVZUei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=&l=dialek-melayu-betawi untuk penjelasan mengenai Melayu Betawi...
- Buka laman web ini : www.melayuonline.com (laman ini dikendalikan oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu yg berpusat di Jogjakarta, Pulau Jawa). Lihat sendiri bahasa yang digunakan - Bahasa Indonesia yang piawai, bukannya seperti yang kita dengar di media Indonesia...
Akhirnya, diingatkan kepada Alistaire bahawa bahasa Melayu bukanlah berasal dari Malaysia, tapi Indonesia. Anda perlu tahu itu... - Penulis
- Perbezaan antara Bahasa Mandarin dengan Bahasa Kantonis adalah sama seperti perbezaan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawa. Orang Cina yang bertutur dlm bahasa Mandarin tidak boleh memahami bahasa pertuturan orang Cina Kantonis. Walaupun bahasa yang berbeza, tetapi mereka tetap dikenali sebagai satu bangsa, iaitu bangsa Cina. Tapi, lain halnya dengan bangsa Melayu. Ada pihak yang menafikan bahawa Jawa itu Melayu. Mungkin hal ini hanya berlaku di Malaysia kerana perlembagaan Malaysia menetapkan sedemikian. Berdasarkan PBB, orang Melayu didefinisikan sebagai:-
1) Bertutur dalam mana-mana bahasa rumpun Melayu. 2) Berkulit sawo matang. 3) Mengamalkan kebudayaan Melayu (orang Jawa juga memakai songkok, kain sarung seperti kita).
- Akhirnya, diingatkan kepada Alistaire bahawa bahasa Melayu bukanlah berasal dari Malaysia, tapi Indonesia. Anda perlu tahu itu... - Penulis
- Buktinya mana? Bahasa Indonesia didasarkan kepulauan Riau, kepulauan Riau dahulunya jajahan negeri Johor, negeri Malaysia. Jadi bahasa ini adalah bahasa yang berasal dari Malaysia. Anda yang perlu buktikan sebaliknya. — Alistaire | عليستير (bincang) 07:10, 7 Februari 2009 (UTC)
- Tanah Melayu pula dulunya dijajah British, tak nak kata bahasa Melayu berasal dari Britain ke? ^_^ —니두씨 07:56, 7 Februari 2009 (UTC)
- Apa pula kaitannya antara tempat asal Bahasa Melayu dengan penjajahan British??? British menjajah dgn membawa Bahasa Inggeris, bukannya bahasa Melayu.
- Kepada Alistaire... Ya, memang bahasa Indonesia didasarkan kepada bahasa Melayu Riau. Saya tidak akan pernah menyangkal fakta itu. Saya juga tidak menafikan bahawa Riau dahulunya merupakan sebahagian daripada kerajaan Johor. Namun, wilayah tersebut dipisahkan dalam perjanjian Inggeris-Belanda. Ketika itu, belum wujud sebuah negara berdaulat yang bernama Malaysia. Yang ada hanyalah Tanah Melayu atau Malaya. Jadi, anda tidak boleh mengatakan bahawa Riau itu pernah bernaung di bawah Malaysia sedangkan Malaysia belum lagi wujud. Sebenarnya, terdapat beberapa pendapat mengenai susur galur BM. pendapat pertama mengatakan bahawa BM berasal dari bahagian selatan tanah besar Sumatera. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa BM berasal dari Kepulauan Riau (atas faktor BM Riau tidak mendapat pengaruh luar yang terlalu banyak seperti dialek-dialek Melayu yang lainnya).
Agama Hindu yang pernah menjadi anutan majoriti masyarakat Nusantara dahulunya sebelum kedatangan Islam telah meninggalkan kesan yang mendalam. Antara kesannya, adat-adat masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Begitu juga dengan nama negara Indonesia, yang bermaksud 'Pulau/Kepulauan Hindu/India'. Sebelum negara tersebut dinamakan sedemikian, ada cadangan untuk menamakannya Melayunesia, yakni Pulau/Kepulauan Melayu.
- Saya berharap perkara ini tidak berlarutan. Indonesia dan Malaysia merupakan satu rantau yang berkongsi budaya, bahasa dan tulisan (jawi) suatu masa dahulu. Akibat penjajahan kedua negara berpecah, tetapi ini tidak sepatutnya memecah hubungan dua hala dan kita patut bekerjasama agar semakin rapat, kerana ia membawa lebih banyak kebaikan dengan bekerjasama. Tidak perlu menekan kepada perkara remeh, tetapi biar kita tingkatan pengetahuan kedua negara ke tahap lebih tinggi. Saya lihat kebanyakan perkara di atas timbul kerana kurang mengetahui sesama negara jiran, mungkin lebih tahu negara Amerika yang lebih jauh. Oleh itu saya menyeru masing-masing menyumbang dan perkenalkan tempat sendiri di sini agar lebih saling memahami.
Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Apa Apa Kenapa Kenapa Siapa Siapa Awak Lu, Kamu
Bahasa Melayu Betawi ada wujud. Yosri (bincang) 14:56, 7 Februari 2009 (UTC)
Istilah commercial
[sunting sumber]Mengikut tafsiran saya sama ada dalam kamus mahupun wikipedia ms, commercial kadangkala bererti komersil dan komersial. Namun demikian saya lebih suka menggunakan istilah perdagangan yang lebih bersifat kemelayuan. Persoalannya ialah yang mana satukah istilah pinjaman yang lebih tepat, komersil atau komersial. -- Tebuanhijau (bincang) 07:40, 5 Februari 2009 (UTC)
- Bergantung kepada konteks. Commercial break: iklan, commercial fish: ikan komersial, commerce: perdagangan. "Komersil" adalah ejaan lama, manakala "komersial" adalah ejaan baru dan lebih tepat.—Aviator, 10:58, 5 Februari 2009 (UTC)
- Di antara Komersial dan Komersil, Komersil lebih digemari sekarang kerana membuang akhiran "+sial". Antara perdagangan dan komersil bergantung kepada konteks. Tak salah meminjam perkataan lain kerana bahasa inggeris pun byk menginggeriskan bahasa latin, eropah, arab dan bahasa lain di dunia. Anggaplah ia sebagai perkembangan bahasa melayu yang boleh mengadaptasi bahasa lain dengan mudah. Kamalzack (bincang) 11:02, 5 Februari 2009 (UTC)
Tebuanhijau benar. Sila lihat WP:PIAWAI, Kamalzack. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:49, 5 Februari 2009 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 14:27, 9 Februari 2009 (UTC)
Statistik
[sunting sumber]Sesiapa berminat menjejak statistik Wikipedia Melayu boleh mendapatkannya di sini. Anda boleh membuat unjuran dengan mengira purata harian dan X jumlah hari unjuran. http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm Yosri (bincang) 15:31, 7 Februari 2009 (UTC)
Doakan saya!
[sunting sumber]Saya akan mendaftar di sekolah baru saya tidak lama lagi. Saya harap semua pengguna dapat memaafkan saya terutamanya ....kepada yang terasa dengan teguran saya. Anggaplah ia sebagai motivasi yang membina. Ok, saya harap kamu semua boleh doakan saya berjaya disana. Sekian. PuteraLuqman Tunku Andre 04:40, 9 Februari 2009 (UTC)
- Insyaallah, saudara mendaftar di sekolah harian atau sekolah berasrama? Harap-harap selesa di sana. -- Tebuanhijau (bincang) 05:15, 9 Februari 2009 (UTC)
Sekolah berasrama. PuteraLuqman Tunku Andre 08:08, 9 Februari 2009 (UTC)
- Humm.. lambat masuk nampak. Selamat berjaya. Yosri (bincang) 12:06, 9 Februari 2009 (UTC)
Topik ini telah ditutup....Aurora... (b) 14:27, 9 Februari 2009 (UTC)
Bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunai
[sunting sumber]Soalan saya, adakah bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Brunai sama?? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 03:03, 15 Mac 2009 (UTC)
- Bahasa Melayu Brunei banyak persamaan dengan Dialek Sarawak. Mungkin anda oleh layari laman web DBP Brunei dan lihat sendiri. ...Aurora... (b) 15:10, 16 Mac 2009 (UTC)
- O... Jadi, maksudnya, ia tidak sama dengan bahasa Melayu piawai. Baiklah, terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:22, 17 Mac 2009 (UTC)
- Nak kata Dialek Sarawak pun mungkin tak berapa tepat, kerana Sarawak memiliki berpuluh-puluh dialek dan bahasa, kalau tak salah saya ia lebih kepada dialek Melayu-Brunei, suatu dialek yang dipertuturkan oleh kaum Melayu di utara Sarawak (Miri) dan Brunei. Boleh cuba buat carian di google dan cari Radio Pelangi. Kata gelaran yang masih saya ingat hingga ke hari ini adalah Awda yang merujuk kepada Awang-Dayang a.k.a Tuan-Puan.Zamwan (bincang) 11:44, 22 Mac 2009 (UTC)
- Kesimpulannya, ia adalah berbeza <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:26, 29 Mac 2009 (UTC)
- Nak kata Dialek Sarawak pun mungkin tak berapa tepat, kerana Sarawak memiliki berpuluh-puluh dialek dan bahasa, kalau tak salah saya ia lebih kepada dialek Melayu-Brunei, suatu dialek yang dipertuturkan oleh kaum Melayu di utara Sarawak (Miri) dan Brunei. Boleh cuba buat carian di google dan cari Radio Pelangi. Kata gelaran yang masih saya ingat hingga ke hari ini adalah Awda yang merujuk kepada Awang-Dayang a.k.a Tuan-Puan.Zamwan (bincang) 11:44, 22 Mac 2009 (UTC)
- O... Jadi, maksudnya, ia tidak sama dengan bahasa Melayu piawai. Baiklah, terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:22, 17 Mac 2009 (UTC)
Macamana nak cari rencana
[sunting sumber]Macamana saya nak cari rencana di ms.wiki mengikut panjang (bait)? Zamwan (bincang) 06:01, 23 Mac 2009 (UTC)
- Lihat Khas:Laman panjang. — Didie (bincang) 13:07, 23 Mac 2009 (UTC)
- Ada juga Khas:Laman pendek. ...Aurora... (b) 14:36, 23 Mac 2009 (UTC)
Pusingan 1
[sunting sumber]Ahli Wikimedia yang dihormati,
Pertandingan Gambar Tahun Ini Wikimedia Commons 2008 telah bermula!
Sila lawati laman berikut untuk memeriksa sama anda anda layak mengundi: http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008/Mengundi
Imej-imej disusun mengikut kategori, akan tetapi anda boleh mengundi sebanyak mana gambar yang anda suka, tanpa mempedulikan kategorinya. (Tujuan kategori ialah supaya anda tidak perlu melihat ratusan gambar pada laman yang sama.) 28 imej dengan undian terbanyak akan layak ke pusingan akhir.
Sebelum mengundi, anda boleh meninjau imej-imej ini di http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008/Galeri. Undian dibuka pada 12 hingga 26 Februari, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa mengundi!
Terima kasih, Jawatankuasa Gambar Tahun Ini Wikimedia Commons http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008
Pusingan 2
[sunting sumber]Ahli Wikimedia yang dihormati,
Pusingan akhir pertandingan Gambar Tahun Ini Wikimedia Commons 2008 telah bermula!
28 imej paling popular telah dipilih dari pusingan pertama. Kini, anda mempunyai cuma satu undi, gunakannya untuk memilih Gambar Tahun Ini. Senarai imej ini boleh dilihat di: http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008/Akhir
Jika anda layak, anda boleh mengundi di pusingan akhir walaupun anda tidak mengundi dalam pusingan pertama. Sila lawati laman berikut untuk memeriksa sama ada anda layak: http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008/Mengundi
Pusingan akhir cuma dibuka selama 5 hari, jadi pastikan anda mengundi segera!
Terima kasih, Jawatankuasa Gambar Tahun Ini Wikimedia Commons http://commons.wikimedia.org/wiki/Commons:Gambar_Tahun_Ini/2008
Wikimania 2009: Scholarships
[sunting sumber]English: Wikimania 2009, this year's global event devoted to Wikimedia projects around the globe, is now accepting applications for scholarships to the conference. This year's conference will be handled from August 26-28 in Buenos Aires, Argentina. The scholarship can be used to help offset the costs of travel and registration. For more information, check the official information page. Please remember that the Call for Participation is still open, please submit your papers! Without submissions, Wikimania would not be nearly as fun!
Bahasa Melayu: Please translate this message into your language. - Rjd0060 (bincang) 01:22, 9 April 2009 (UTC)
Bahasa Melayu: Wikimania 2009, acara sejagat tahun ini yang menumpukan kepada projek Wikimedia di seluruh dunia, kini menerima permohonan mendapat biasiswa ke persidangan ini. Persidangan tahun ini akan diadakan pada 26-28 Ogos di Buenos Aires, Argentina. Biasiswa ini boleh digunakan untuk membiayai kos perjalanan dan pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila lihat laman maklumat rasmi. Sila perhatikan bahawa Panggilan untuk Penyertaan masih lagi dibuka, sila hantarkan kertas kerja anda! Tanpa kertas kerja, Wikimania tidak akan menjadi seseronok selalu!
Pertanyaan mengenai salinan bahan dari wikipedia.
[sunting sumber]Salam Sejahtera,
Saya amat berminat membina sebuah laman web. Saya mendapati di wikipedia banyak bahan yang bolih disalin untuk tontonan umum.
1. Adakah wikipedia memberi izin jika sesaorang itu membuat salinan tanpa merujuk kepada wikipedia?
2. Adakah wikipedia memberi izin jika sesaorang meminta untuk membuat salinan bahan bahan dari wikipedia tanpa sebarang bayaran?
Sekian. --Sjclub (bincang) 15:30, 10 April 2009 (UTC) Sjclub
- Kandungan Wikipedia dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Jadi, anda dibenarkan buat perkara-perkara tersebut. Untuk lebih maklumat tentang lesen ni sila ke http://www.gnu.org/copyleft/fdl.html ^_^ —니두씨 14:24, 11 April 2009 (UTC)
- Tengok lesen jugak laa. Seeloknya pastikan lesen bagi gambar yang anda ingin ambil adalah dari jenis kegunaan adil ataupun Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Sebabnya, ada juga gambar yang berhakcipta tetapi diberi kebenaran untuk dimuat naik ke Wikipedia sahaja. Kalau gambar macam tu, lebih baik jangan ambil. Tapi kalau anda setakat nak ambil kandungan rencana, boleh saja sebab rencana-rencana Wikipedia adalah percuma. - Hezery99 (bincang) 14:30, 11 April 2009 (UTC)
- Lesen Dokumentasi Bebas GNU (b. Inggeris: GNU Free Documentation License, disingkatkan kepada GNU FDL atau GFDL) merupakan lesen penyalinan "copyleft" untuk kandungan bebas. Ia direka bentuk oleh Yayasan Perisian Bebas untuk projek GNU. Teks rasmi untuk versi 1.2 boleh didapati di Laman Web Rasmi GNU.
Lesen ini bertujuan untuk dokumentasi perisian dan sebarang bahan rujukan atau bahan panduan. Ia menyatakan bahawa sebarang salinan bahan tersebut, walaupun diubahsuai, dilesenkan dengan lesen yang sama. Salinan tersebut boleh dijual tetapi, jika dihasilkan dalam jumlah yang banyak, perlu disediakan dalam format yang membenarkan penyuntingan diteruskan. Wikipedia adalah projek dokumentasi terbesar yang menggunakan lesen ini. Yosri (bincang) 05:47, 13 April 2009 (UTC)
- Lesen Dokumentasi Bebas GNU (b. Inggeris: GNU Free Documentation License, disingkatkan kepada GNU FDL atau GFDL) merupakan lesen penyalinan "copyleft" untuk kandungan bebas. Ia direka bentuk oleh Yayasan Perisian Bebas untuk projek GNU. Teks rasmi untuk versi 1.2 boleh didapati di Laman Web Rasmi GNU.
Untuk makluman anda, polisi ini akan berubah dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, anda mesti menulis lesen karya tersebut dan sumbernya. Diagramma Della Verita (bincang) 16:44, 17 April 2009 (UTC)
Hari Gawai dan Gawai Dayak
[sunting sumber]Saya ahli baru di Wikipedia. Saya perasan bahawa terdapat dua rencana yang mempunyai isi yang sama (Hari Gawai dan Gawai Dayak). Saya rasa rencana-rencana ini patut digabungkan. Harap sesiapa di sini dapat memberi tunjuk ajar.--ZcrBz (bincang) 11:46, 1 Jun 2009 (UTC)
- Hari Gawai adalah lebih umum, kerana terdapat pelbagai jenis gawai seperti Gawai Burung , Gawai Batu , Gawai Kenyalang , dan Gawai Antu. Gawai Dayak adalah lebih khusus. Harap orang Sarawak boleh menyumbang mengenai hari gawai yang lain. Yosri (bincang) 05:18, 2 Jun 2009 (UTC)
perlantikan atau pelantikan?
[sunting sumber]salam. saya merayau tadi di halaman pengundian penyelia. saya dapati pada ruangan keputusan, perkataan pelantikan dieja perlantikan. setahu saya ejaan sebenar ialah pelantikan. saya sudah semak kamus tak jumpa perlantikan. harap maklum.Perayau (bincang) 16:29, 3 Jun 2009 (UTC)
- Terima kasih. Suntingan telah dilakukan. Diagramma Della Verita (bincang) 16:46, 11 Jun 2009 (UTC)
Nak tanya
[sunting sumber]Untuk menamakan rencana seperti burung, ikan dan lain2, macam mana kita perlu namakan? Contohnya Burung Merpati atau Merpati, Ikan Keli atau Keli, Burung Nasar Raja atau Nasar Raja??? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:34, 11 Jun 2009 (UTC)
- Hmm... setakat ini belum ada ketetapan. Terpulanglah kepada suara ramai. Yang pastinya mesti Burung Hantu :) ...Aurora... (b) 15:20, 15 Jun 2009 (UTC)
- Bermakna, masih tiada ketetapan. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:03, 16 Jun 2009 (UTC)
Wikipedia dikritik dalam Utusan
[sunting sumber]Nampaknya Wikipedia masuk dalam berita Utusan:
- "...Atas sebab itulah, fitnah yang disebarkan dalam Wikipedia itu perlu dibanteras habis-habisan. Walaupun kerajaan membenarkan kebebasan bersuara dan melahirkan pendapat, ia bukanlah bermaksud kebebasan itu boleh disalahgunakan. ..."
Fitnah burukkan imej PM – Zulkiflee Bakar
Nampaknya penulis itu tidak faham, Wikipedia hanya melapor apa yang terkandung dalam rencana akhbar lain. Yosri (bincang) 11:31, 17 Jun 2009 (UTC)
- Wikipedia BM ke BI ya? Tak sebut pula. ...Aurora... (b) 15:25, 17 Jun 2009 (UTC)
- Sudah tentulah Wikipedia BI. Saya tak fikir ada cerita buruk mengenai Najib dalam Wikipedia BM. Tapi, memandangkan saudara Yosri pernah memberitahu bahawa dalam etika Wikipedia, rencana berat sebelah mesti diimbang dengan fakta pengimbang dan bukannya membuang fakta berat sebelah, maka kita berpegang kepada etika tersebut untuk menulis atau menyunting rencana. Sepatutnya penulis rencana dalam Utusan tersebut kenalah faham, sesiapa sahaja boleh menyunting dalam Wikipedia. Kalau ada yang tak betul, kita perbetulkan dan bukannya membuat tohmahan yang membabi-buta. Sedangkan berita-berita dalam media arus perdana itu sendiri ada banyak unsur berat sebelah. Tapi dari segi konteks Malaysia, saya percaya kita warga Wikipedia BM berpegang teguh kepada etika penulisan rencana berbanding warga Wikipedia BI yang banyak ikut konteks AS. - Hezery99 (bincang) 02:32, 18 Jun 2009 (UTC)
Boleh bagi pautan utusan tu??? Nak baca jugak ni... <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:09, 18 Jun 2009 (UTC)Ingatkan Utusan Online tadi... <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:11, 18 Jun 2009 (UTC)
- Pautan rencana tersebut di Utusan Online ialah di sini. - Hezery99 (bincang) 02:44, 18 Jun 2009 (UTC)
- Akhbar tersebut tidak menyatakan Wikipedia bahasa apa, tetapi hanya menyatakan "Laman web yang memuatkan biodata Najib itu boleh dibaca dalam 16 bahasa". Bermakna, perlukah pihak pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa Wikipedia ini tidak terlibat? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:56, 18 Jun 2009 (UTC)
- Rencana mengenai Najib memang ada dalam 16 bahasa, tapi tak bermakna kandungan rencana bagi kesemua 16 bahasa itu sama. Ada yang panjang berjela tapi ada juga yang setakat beberapa potong ayat sahaja (rencana tunas). Tapi mungkin juga ada di antara kita yang akan membidas tohmahan tersebut melalui surat pembaca, tengoklah macam mana... - Hezery99 (bincang) 05:14, 18 Jun 2009 (UTC)
- Baguslah bila nak masuk surat khabar. Negatif pun tak apa sebab makin ramai sedar pengaruh Wikipedia. Kalau tak mau publisiti negatif, ambil la inisiatif sendiri sunting artikel kat Wikipedia. Jangan harap orang lain mempertahankan imej pemimpin. Kamalzack (bincang) 05:24, 18 Jun 2009 (UTC)
- Yang penting, Wikipedia Bahasa Melayu tidak terlibat dan kita tak mungkin didakwa kot sebab kita sudah membuat penafian <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:47, 18 Jun 2009 (UTC)
- Kepada yang lain. jangan kecewa. Saya lihat akhir2 ini, banyak pihak telah meletakan pautan/menyatakan sumber tulisan mereka berdasarkan daripada ms.wiki. Ini bermakna, ms.wiki telah mendapat tempatnya yang tersendiri di Malaysia. Apa2pun, saya anggap ini satu promosi percuma kepada wiki. Zamwan (bincang) 14:10, 19 Jun 2009 (UTC)
Influenza A, H1N1 atau Selsema Babi?
[sunting sumber]Disini saya nak tanya. Apa istilah yang sesuai untuk Influenza A ( H1N1 )? Mana yang sesuai, Influenza A, H1N1 atau Selsema Babi? Tabik Hormat Pengakap (bincang) 15:02, 25 Jun 2009 (UTC)
- Saya juga pernah tanya sebelum ini. lihat <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:36, 27 Jun 2009 (UTC)
- Habis, apa penyelesaiannya? Slytherins (bincang) 04:23, 28 Jun 2009 (UTC)
- Penyelesaiannya ialah, alih bahasa je rencana ini <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:32, 28 Jun 2009 (UTC)
- Habis, apa penyelesaiannya? Slytherins (bincang) 04:23, 28 Jun 2009 (UTC)
Copy and paste
[sunting sumber]Boleh tak artical dalam Wikipedia saya gunakan Copy and paste dalam blok saya? jika boleh saya ucapkan ribuan terima kasih.. --Abangman
- Boleh. Bagaimanapun anda perlu memaut ke rencana asal di Wikipedia untuk memenuhi syarat lesen GFDL. Untuk panduan lanjut, sila lihat en:Wikipedia:Verbatim copying. ...Aurora... (b) 15:45, 23 Jun 2009 (UTC)
Sebaik-baiknya cuba elakkan copy and paste 100%; saya nasihatkan anda cuba "paraphrase" (tulis semula guna perkataan anda sendiri) ataupun rumuskan. Kalau nak salin bulat-bulat juga, gunakan tanda petik. Akhir sekali, buatlah pautan ke rencana yang berkenaan di ruangan rujukan atau bibliografi. Walaupun secara amnya rencana Wikipedia dianggap sebagai bahan bebas GFDL, saya nasihatkan anda ikuti nasihat saya ini dalam semua bentuk penulisan untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam jerat penciplakan. - Hezery99 (bincang) 03:01, 24 Jun 2009 (UTC)
Kenapa ada perkataan bahasa Inggeris pada laman penyuntingan?
[sunting sumber]Kenapa ada perkataan bahasa Inggeris pada laman penyuntingan? dia tulis By saving, you agree to irrevocably release your contribution under the Creative Commons Attribution/Share-Alike License 3.0 and the GFDL. You agree to be credited by re-users, at minimum, through a hyperlink or URL to the page you are contributing to. See the Terms of Use for details. pastu ada lagi kat bawah tu... tak larat nak tulis <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:16, 30 Jun 2009 (UTC)
- Penterjemahan telah dilakukan di BetaWiki, mungkin tidak lama lagi ia akan digunakan di Wiki ini. kurkur 10:27, 1 Julai 2009 (UTC)
- Sebabnya penukaran lesen. ...Aurora... (b) 14:32, 1 Julai 2009 (UTC)
Rencana nombor
[sunting sumber]Adakah rencana nombor boleh dikira sebagai berciri ensaiklopedia? Apa yang ingin dikejar oleh pencipta? Saya tidak fikir rencana sebegini memiliki nilai sebuah ensaiklopedia (anda boleh mencipta dari nombor 1 sehingga 1,000,000,000,000 (satu trilion sekiranya mahu)). Harap komuniti dapat memberi penjelasan. Terima kasih Zamwan (bincang) 10:05, 18 Julai 2009 (UTC)
- Rencana nombor juga terdapat di Wikipedia Inggeris. Contohnya adalah en:1289_(number). Penulisan rencana adalah berdasarkan sukarela. Sekiranya anda tidak bersetuju, tidak perlu menyumbang kepada rencana sedemikian. Anda boleh menyumbang rencana yang disukai sahaja, atau anda boleh kembangkan rencana nombor agar memiliki lebih perincian. Yosri (bincang) 00:25, 19 Julai 2009 (UTC)
Perlukah WBM memiliki rencana nombor sampai bertrilion banyaknya. Memang WBM boleh jadi no.1 Wikipedia paling banyak rencana kerana ada trillion rencana kan. Akan tetapi, rencana nombor perlulah ada kualitinya juga. Dihuraikan apa sejarahnya kah atau apa2 yang berunsur ilmiah. Bukan hanya mencipta rencana tangkap muat sahaja. Sekian. — Didie (bincang) 06:53, 19 Julai 2009 (UTC)
- Rencana nombor juga dicipta oleh beberapa Wikipedia lain. Tiada masaalah nak meletak trillion rencana nombor, jika sanggup. Oleh kerana sudah ada yang meletakkan asas ("stub"), mungkin penyelia lain boleh mengembangkannya lagi supaya lebih berilmiah. Bukan tugas penyumbang pertama melengkapkan rencana, kerana ini laman kerjasama. Orang lain digalakkan membantu juga. Saya akan membantu setakat mungkin, tetapi saya 1 orang sahaja. Anda boleh lihat rencana nombor yang dikpertingkatkan 216. Yosri (bincang) 05:06, 20 Julai 2009 (UTC)
Kalau takde benda sangat yang nak tulis, buat je macam en.wiki. contohnya rencana en:447 (number) dipindah je ke en:400 (number). Abis crita <*)))>< Mr Ikan (bincang) 17:19, 21 Julai 2009 (UTC)
Tentang kedalaman Wikipedia (Depth)
[sunting sumber]Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:
Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:
- A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
- B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
- C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.
Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:02, 30 Ogos 2009 (UTC)
- Sila lihat pautan list of wikipedia's. Emrrans (bincang) 12:51, 30 Ogos 2009 (UTC)
- Emrrans benar, kualiti Wikipedia ini telah jatuh akibat pengejaran kuantiti yang tak sudah2. ...Aurora... (b) 14:30, 1 September 2009 (UTC)
- Wikipedia merupakan merupakan laman bebas. Sesiapa yang hendak mengejar kualiti bebas melakukannya, dan sesiapa yang ingin mengejar kuantiti juga bebas melakukannya. Tidak perlu sebilangan yang lain menghentam yang lain selagi masing-masing mematuhi peraturan dasar Wikipedia. Jangan sebab kerana hendak menjaga kualiti, rencana pendek tidak dibenarkan langsung. Kalau ikhlas hendak menjaga kualiti, sila membuat suntingan seperti rencana Samurai, Katana, Artileri, Supermarine Spitfire dsb. Jikalau tiada perkara baik hendak dicakapkan adalah lebih baik diam. Rencana panjang biasanya memerlukan masa 4 - 6 minggu untuk menyelesaikan terjemahan. Satu pertumbuhan yang tidak boleh diterima sama sekali. Yosri (bincang) 16:31, 2 September 2009 (UTC)
- Kepanjangan Wikipedia bukan satu-satunya cara meningkatkan kualiti atau kedalaman sesuatu artikel. Tapi yang penting meletakkan pautan ke entri lain dan pengelasan artikel tersebut. Masa sebelum saya terlibat dalam Wikipedia dulu kedalaman dalam 17 tapi selepas itu naik sedikit hampir ke 30. Sekarang sudah jatuh balik ke 23. Kamalzack (bincang) 03:01, 26 September 2009 (UTC)
- Saya setuju dengan Yosri..kita tidak ramai...jadi pada saya biarlah masing-masing bebas melakukan samada kuantiti atau pun kualiti sehingga kita mendapat ramai penyumbang aktif..Che (bincang) 02:26, 3 September 2009 (UTC)
- Wikipedia merupakan merupakan laman bebas. Sesiapa yang hendak mengejar kualiti bebas melakukannya, dan sesiapa yang ingin mengejar kuantiti juga bebas melakukannya. Tidak perlu sebilangan yang lain menghentam yang lain selagi masing-masing mematuhi peraturan dasar Wikipedia. Jangan sebab kerana hendak menjaga kualiti, rencana pendek tidak dibenarkan langsung. Kalau ikhlas hendak menjaga kualiti, sila membuat suntingan seperti rencana Samurai, Katana, Artileri, Supermarine Spitfire dsb. Jikalau tiada perkara baik hendak dicakapkan adalah lebih baik diam. Rencana panjang biasanya memerlukan masa 4 - 6 minggu untuk menyelesaikan terjemahan. Satu pertumbuhan yang tidak boleh diterima sama sekali. Yosri (bincang) 16:31, 2 September 2009 (UTC)
- Emrrans benar, kualiti Wikipedia ini telah jatuh akibat pengejaran kuantiti yang tak sudah2. ...Aurora... (b) 14:30, 1 September 2009 (UTC)
Corak
[sunting sumber]Saya cadangkan back ground bahasa melayu ditukar seperti wikipedia bahasa arab. Sila lihat [2] yang berwarna biru cair. WBM punya back ground dihiasi dengan corak yang lebih cantik. ファルハン (bincang) 06:34, 5 September 2009 (UTC)
- Anda boleh mengkhususkan latarbelakang anda dengan memilih Keutamaan saya / Appearance / (CSS tempahan).
- Masukkan maklumat seperti di bawah:-
body { background: #f9f9f9 url(http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/e/e7/JalurGemilangBg.jpg) top left no-repeat; } .portlet h5 { font-weight: bold; } #p-personal li a { color: black; font-weight: bold; }
Selamat mencuba. Yosri (bincang) 10:02, 5 September 2009 (UTC)
Gajet pilihan kedai kopi
[sunting sumber]Saya ingin cadangkan gajet pilihan kedai kopi ditambah pada senarai gajet. Gajet ini akan menjanakan menu runtuh apabila pautan kedai kopi pada panel kiri ditindih tetikus.
Maklumat:
- Kod sumber: Pengguna:Kurniasan/vector.js
- Kod gaya: Pengguna:Kurniasan/vector.css
- Menu yang dijanakan:
- Dasar
- Cadangan
- Teknikal
- Lain-lain
Wikipedia:Kedai Kopi (kembangkan) tidak disenaraikan kerana ia amat jarang digunakan dan sudah tidak mendapat perhatian setelah sekian lama. --kurkur 14:27, 6 September 2009 (UTC)
- Ok kot. ...Aurora... (b) 14:29, 7 September 2009 (UTC)
- Beres, sudah saya ciptakan. Sepatutnya kena ada proposal. Tapi tidak perlu lah ya? Bagi sesiapa yang punya rasa ingin tahu, silakan mencuba gajet ini. Boleh dibolehkan menerusi keutamaan anda. Kalau ada sebarang pepijat atau cadangan, beritahu saya. --kurkur 05:55, 9 September 2009 (UTC)
- Bila saya cuba, tak keluar apa-apa pun. ...Aurora... (b) 15:24, 14 September 2009 (UTC)
- Gajet ini tidak akan menunjukkan sebarang tingkah laku pada laman keutamaan pengguna, ini mungkin sifat gajet ini sahaja atau mungkin sifat semua gajet. Mungkin anda terus cuba gajet ini pada laman keutamaan lalu tidak mendapat sebarang perubahan. Atau, gajet ini tidak sesuai dengan pelayar anda. Kalau atas sebab kedua, boleh saya tahu apa pelayar yang anda guna? kurkur 16:28, 14 September 2009 (UTC)
- Rasanya sebab pelayar (IE7). Jika menggunakan Opera 9.6 atau Firefox 3 ok sahaja (cuma ada ruang kosong agak luas di atas "Dasar"). ...Aurora... (b) 14:59, 15 September 2009 (UTC)
- Kalau tidak menyusahkan, boleh saudara sediakan screenshot? --kurkur 20:22, 15 September 2009 (UTC)
- Bila pakai IE7, menu runtuh itu tidak muncul, seolah2 gajet itu tidak aktif. Untuk apa anda nak tampilan skrin? ...Aurora... (b) 15:14, 16 September 2009 (UTC)
- Kalau tidak menyusahkan, boleh saudara sediakan screenshot? --kurkur 20:22, 15 September 2009 (UTC)
- Rasanya sebab pelayar (IE7). Jika menggunakan Opera 9.6 atau Firefox 3 ok sahaja (cuma ada ruang kosong agak luas di atas "Dasar"). ...Aurora... (b) 14:59, 15 September 2009 (UTC)
Tamplian skrin untuk Firefox 3. Masalah pada IE7 mungkin saya tidak akan selesaikan. Saya akan letak catatan pada huraian gajet kelak. kurkur 22:29, 16 September 2009 (UTC)
Ok. Ada dua perkara yg saya rasa perlu diberi perhatian:
- Kurangkan ruang kosong agak luas di atas "Dasar"
- Kurangkan jarak jauh antara "+" dan bahagian sebelah kiri.
...Aurora... (b) 08:16, 18 September 2009 (UTC)
- Wujud jarak itu disebabkan padding, jarak pula disebabkan luas 'div' yang saya letak 12em. Nanti saya cuba usahakan. kurkur 11:09, 23 September 2009 (UTC)
Selamat Hari Raya
[sunting sumber]Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua penyumbang muslim dan selamat bercuti kepada yang bukan muslim. Selain itu, saya rasa kita patut letakkan banner Selamat Hari Raya pada muka hadapan selama seminggu, dan juga banner bagi apa-apa perayaan yang lain agar lebih meriah sedikit. Sesiapa yang pandai-pandai tu tolong-tolonglah buat yee... Yosri (bincang) 02:12, 19 September 2009 (UTC)
Rencana berkaitan hari dalam bulan Hijrah
[sunting sumber]Sebelum ini rencana berkaitan nombor (hampir setiap nombor yang boleh difikir) dan sekarang rencana berkaitan hari dalam bulan hijrah? Terdesak sangatkah untuk meningkatkan jumlah rencana? Kalau ikutkan saya, saya padam saja semua rencana ini, sebabnya kurang keensiklopediaan yang pada saya nyata jelas sekali! Jadi sebelum mereka yang berkenaan mensia-siakan usaha mereka, baik hentikanlah. Buat rencana yang lebih berfaedah. Semua hari dalam bulan hijrah boleh disatukan dalam satu rencana, tidak perlu setiap satunya diwujudkan rencananya sendiri. Sekian kurkur 11:03, 23 September 2009 (UTC)
- Saya rasa rencana tentang tarikh hijrah perlu. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:57, 23 September 2009 (UTC)
Tak semestinya 12 Rabiulawal hari ke tujuh puluh dua dalam Bulan Islam kerana dalam tahun yang berbeza dan bulan yang sama, satu bulan islam mungkin mempunyai 30 atau 29 hari. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:57, 23 September 2009 (UTC)
- Mari kita tulis juga peristiwa semasa yang berlaku mengikut tarikh hijrah saya menyokong usaha penulis yang ingin mengutamakan tarikh hijrah. Kalau korang kerja ngan Kerajaan Kelantan, tarikh pada surat rasmi ditulis dalam dalam tahun hijrah dan bersamaan dengan tahun masihi <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:57, 23 September 2009 (UTC)
- Peristiwa yang terjadi pada tarikh hijrah tertentu boleh ditulis dalam rencana pada bulan berkaitan dalam bahagian tertentu, tidak perlu wujudkan sebuah rencana pendek semata-mata untuk satu tarikh tertentu. Rencana tersendiri untuk peristiwa tersebut boleh dibuat kiranya panjang, namun bukan dengan tajuk atas tarikh peristiwa itu, tapi atas nama peristiwa itu sendiri. Jadi penciptaan rencana berkaitan tarikh sebegini tidak patut dilakukan. Ia nampak sangat seperti mengejar jumlah rencana! Usaha dan mereka yang berkaitan amat dihargai, namun biarlah kena pada tempatnya. Oh ya, MrIkan, kalau boleh 'korang' tu ganti dengan 'kalian' atau 'kamu', dan kalau boleh gunakanlah bahasa baku senantiasa. --kurkur 20:47, 23 September 2009 (UTC)
- Potensi maksima tambahan rencana sekitar 360 sahaja, bukanlah sesuatu yang terlampau banyak. Kenapa hanya tahun masihi sahaja yang layak dicipta? Selain itu, saya menyokong peristiwa semasa yang berlaku dimasukkan mengikut tarikh hijrah. Kita tidak perlu mengikut barat semata-mata, sehingga lupa kewujudan sistem lain yang digunakan di dunia ini. Sekiranya ia dianggap mengejar jumlah rencana, saya cadangkan kita padamkan tahun masihi, dan beralih kepada tahun hijrah. Yosri (bincang) 00:05, 24 September 2009 (UTC)
- Saya sedang convert peristiwa 2009 ke tahun 1430H. Nanti siap, saya try kat Kotak pasir saya sendiri <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:05, 24 September 2009 (UTC)
- Tak banyak dokumentasi peristiwa dalam bulan Hijrah dan tarikh pun banyak yang bertentangan. Tentang kewafatan Nabi Muhammad pun sebenarnya tak sekata. Ada yang mengatakan 12 Rabiul Awal dan ada yang saya jumpa 28 Safar. Kamalzack (bincang) 07:24, 24 September 2009 (UTC)
- Kepada Yosri: Ini bukan masalah ikut barat atau tidak, ini berkaitan rencana pendek yang dibuat semata-mata untuk setiap tarikh dalam bulan tertentu. Kalau dibuat juga rencana bagi tarikh dalam kalender masihi, saya tetap akan bangkang. Saya masih ingat NPOV.
- Kepada MrIkan: Kalau mahu tukar sistem tarikh pada Wikipedia ini (yang saya fikir anda cuba lakukan, mungkin saya salah tanggapan), bolehlah usulkan cadangan itu. Kemudian buat undian. Tapi, saya rasa baik hentikanlah rencana tarikh dan nombor ini. Buat satu rencana yang boleh lingkungi tarikh-tarikh atau nombor-nombor tertentu. Sebetulnya, rencana-rencana berkenaan terlalu pendek dan layak dipadam. --kurkur 11:39, 24 September 2009 (UTC)
- Hai Kurkur: Saya hanya ingin menegaskan rencana tarikh Hijrah mempunyai sama hak seperti rencana Masihi. Rencana bagi tarikh dalam kalender juga wujud dalam Wikipedia Inggeris, saya ingin lihat anda mula bangkang di sana. Mengenai dokumentasi peristiwa dalam bulan Hijrah terdapat penukar tarikh Islam, dan mengenai tarikh pun banyak yang bertentangan boleh diletakkan kesemuanya (bersama rujukan). Saya tidak rasa MrIkan cuba tukar sistem tarikh Wikipedia, cuma meletakkan tarikh alternatif. Rencana ringkas boleh dikembangkan. Yosri (bincang) 12:36, 24 September 2009 (UTC)
- Alahai, kalau dibandingkan rencana tarikh dalam Wikipedia ini dengan yang di Wikipedia Inggeris, jauh sekali tahapnya. Rencana yang baru-baru dicipta ini macam sebaris sahaja, yang buat panjang templatnya sahaja. Kurang keensiklopediaannya. Mungkin saya salah kalau rencana-rencana sebegini langsung tidak patut dicipta, tapi kalau sekadar buat setiap rencana isinya sama cuma beza angkanya, guna atur cara pun boleh. --kurkur 13:03, 24 September 2009 (UTC)
- Baiklah, saya akan cuba bantu kembangkan agar anda puas hati. Jangan marah-marah, selamat hari raya. :D Yosri (bincang) 13:06, 24 September 2009 (UTC)
- Tidak marah, cuma mengkritik. Selamat hari raya, maaf zahir batin. ^.~ --kurkur 13:29, 24 September 2009 (UTC)
Saya sangat bersetuju apabila diwujudkan sistem kalendar bulan Hijrah, akan tetapi tetapi, saya dapati bahawa cara penyusunannya telah terpesong daripada apa yang patut diletakkan. Ianya kelihatan seperti fixed, sedangkan kalendar ini berubah mengikut kadaran bulan. Oleh kerana namanya ialah kalendar, maka cara penyusunannya sepatutnya diletakkan "hari". Contohnya,
10 Jamadilawal 1429, ialah hari Jumaat.
Sekurang, kurangnya. lebih baik jika ada "minggu ke berapa"?
Penyusunan yang tidak lengkap seperti: "30 Safar merupakan hari ke enam puluh dalam kalendar Hijriah. Tarikh ini kadang-kadang ada dan tiada."
Bolehkah anda memberitahu pengguna Wikipedia, dimana datanya tidak dapat dipastikan? Kamus direka untuk bahan rujukan, perkataan seperti "tidak pasti", "kadang-kadang ada atau tiada", "belum tahu tapi mungkin ada", sepatutnya tidak boleh wujud.
Dan anda pastikah sama ada hari yang ke-60 wujud. Jika Muharram hilang sehari, maka ia boleh menjadi hari yang ke-59?
Sepatutnya direka satu calendar generator dalam kes ini. --Kekacang (bincang) 14:43, 24 September 2009 (UTC)
- setuju sangat2...Che (bincang) 17:39, 24 September 2009 (UTC)
- Saya bukan mahu tukar sistem tarikh tu... Tp saya mahu kedua2 sistem tarikh itu digunakan <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:56, 25 September 2009 (UTC)
- Saya pernah cari formula convert tarikh untuk dijadikan sistem, tp tak berjaya. Pernah juga saya tanya dalam wikipedia, tetapi MediaWiki tidak menyediakan fungsi untuk meletakkan tarikh dalam takwim Hijrah <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:09, 25 September 2009 (UTC)
- Untuk penukar, termasuk kod dan alogritham lihat http://www.google.com.my/search?hl=en&source=hp&q=convert+hijri+gregorian+calendar&meta=&aq=2&oq=convert+hij
- Untuk sejarah Islam dalam tahun Hijrah (oleh mat salleh bukannya orang Melayu), lihat http://www.uga.edu/islam/history.html
- Selamat menyumbang. Yosri (bincang) 00:07, 26 September 2009 (UTC)
Perubahan pada bar pandu arah kedai kopi
[sunting sumber]Kalau anda perasan, bar kecil pada bucu kanan bawah monitor anda telah mengalami sedikit perubahan. Saya telah tambahkan butang tutup padanya (tanda 'x' di hujung bar). Sekarang, kalau bar itu mengganggu anda, tutup saja. Kiranya mengalami sebarang masalah, sila maklumkan saya. --kurkur 13:03, 24 September 2009 (UTC)
- Saya guna IE8, tanda x itu tidak berfungsi. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:52, 25 September 2009 (UTC)
Kalau IE6, Bar tersebut berada diatas <*)))>< Mr Ikan (bincang) 01:52, 27 September 2009 (UTC)
- Kalau Mozilla Firefox, Tiada masalah <*)))>< Mr Ikan (bincang) 01:52, 27 September 2009 (UTC)
- Saya guna IE8 juga. Tiada masalah langsung. Nanti saya cuba kaji masalah ini. --kurkur 05:52, 28 September 2009 (UTC)
- Mungkin IE8 kat laptop saya yang problem, sebab saya try kat IE8 d offis takde masalah. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:12, 28 September 2009 (UTC)
Terjemahan tepat with "Region" bagi kategori
[sunting sumber]Hai, saya membuat banyak kesilapan kerana salah menterjemahkan "region" sebagai "kawasan". "Kawasan" untuk "region" digunakan hanya daripada segi geografi dan apabila digunakan untuk kawasan politik, "wilayah" ialah terjemahan yang tepat untuk "region". Nanti kalau ada angin, saya akan membetulkan kesemuanya. Sekarang baru membetulkan sebahagian kecil.
Satu lagi perkara... "Departments of France" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Departmen di Perancis" dan bukan "Wilayah Perancis", maka semua "of" yang serupa penggunaannya untuk kategori tempat geografi yang lain juga diterjemahkan sebagai "di" dan bukan tidak diterjemahkan. Itu lagi satu kelapa sawit, dengan banyak kesilapan yang saya buat, hehehe.
"Capital in Europe" diterjemahkan sebagai "Ibu kota di Eropah" dan bukan "Ibu negara" di Eropah" kerana kategori ini merangkumi semua "capital", termasuk ibu negeri, ibu provinsi, ibu ayam, dan sebagainya.
Pesanan ini dibuat supaya kesilapan yang serupa dapat dielakkan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:03, 28 September 2009 (UTC)
- Selamat menyumbang <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:42, 28 September 2009 (UTC)
Terjemahan untuk "Municipality"
[sunting sumber]Apakah istilah yang tepat untuk "municipality"?
- "perbandaran" sebagaimana disyorkan oleh Istilah Karyanet;
- "kawasan perbandaran" sebagaimana disyorkan oleh Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
DBP baru-baru ini mengesyorkan penggunaan istilah "wilayah" untuk subbahagian pemerintahan dan "kawasan" untuk subbahagian geografi. Oleh sebab "municipality" merujuk kepada subbahagian pemerintahan, istilah "wilayah perbandaran" kini lebih tepat daripada "kawasan perbandaran".
Mungkin kita boleh gugurkan perkataan "kawasan" dan hanya menggunakan "perbandaran" sebagai terjemahan untuk "municipality". Tetapi Istilah Karyanet mengatakan juga bahawa terjemahan untuk "township" ialah "perbandaran". So macam mana? Makan Panadol ke? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:36, 30 September 2009 (UTC)
- Saya cadangkan pecahan seperti berikut : - Negara ->Departmen/wilayah -> daerah -> perbandaran -> mukim -> kampong
- Logiknya, beberapa kampong membentuk mukim, perbandaran mentakbir beberapa mukim, beberapa perbandaran membentuk daerah, beberapa daerah membentuk wilayah (ie wilayah utara), dan akhirnya membentuk negara. Saya tidak pasti bagaimana hendak membuat pecahan bagi Indonesia. Yosri (bincang) 02:52, 1 Oktober 2009 (UTC)
Hahaha Yosri, anda tertinggal Vovoidship, Lordship, Duchy, Canton, Shire, Commune, Collective, Regency, Kabupaten, dan banyak lagi... kepala sawit betul! Saya cadangkan macam ini:
- Township: Perbandaran
- Municipality: Wilayah perbandaran.
Saya juga diberitahu bahawa "kerajaan" hanya boleh digunakan untuk pemerintahan beraja. Namun bagi negara seperti Singapura, gomennya patut digelar pemerintahan Singapura. Akan tetapi saya juga diberitahu bahawa pemerintahan ialah action-noun, namun istilah yang tepat ialah "perperintahan", akan tetapi perkataan itu masih belum diiktiraf oleh DBP. Serupa juga, walaupun DBP mengiktiraf gomen tak beraja sebagai "pemerintahan", tetapi "local government" masih dikekalkan sebagai "kerajaan tempatan". Nanti dulu... saya ada migraina, kena makan Ponstan dulu. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 21:24, 1 Oktober 2009 (UTC)
- Apapun keputusannya, kena kemaskan ke dalam Templat:Subnational entity supaya senang dirujuk. ...Aurora... (b) 07:29, 2 Oktober 2009 (UTC)
Portal atau Pintu Gerbang atau Gapura
[sunting sumber]Salam...semua kawan-kawan..
Saya sebenarnya terserempak dengan istilah portal sudah lama...dan sebenarnya istilah ini amat penting sekiranya kita cuba untuk menjurus kepada satu-satu bidang misalnya biologi..fizik dan sebagainya..Saya ingin meminta pendapat kawan-kawan..apakah istilah yang sesuai di antara tiga-tiga ini..
Pada pendapat saya sekiranya menggunakan:-
1. Istilah ini memang digunakan apabila kita menterjemahkan terus ke dalam bahasa melayu..masalahnya ialah kita terlalu banyak menggunakan terjemahan istilah secara terus (seperti mineral, dll) Jadi saya mahu mengelak daripada terus menggunakannya..
2. Bila dilihat dalam kamus dewan tidak ada jadi saya tidak mahu menggunakannya lagi.
1. Istilah ini, memang di dalam bahasa melayu..masalahnya ialah dia terdiri daripada dua perkataan. Apabila kita ingin mengenakan suatu istilah kepada satu konsep..dua perkataan adalah amat panjang
1. Saya ada ternampak istilah ini sama seperti (2) dan lebih ringkas dan kena pada konsep portal.
Jadi saya ingin mempopularkan gapura bagi menggantikan istilah portal. Komen..?? Che (bincang) 13:51, 14 Oktober 2009 (UTC)
- Portal ada dalam Kamus Istilah. Oleh itu saya tidak nampak keperluan mengubahnya. ...Aurora... (b) 15:36, 14 Oktober 2009 (UTC)
Wikipedia dalam berita
[sunting sumber]Saya baru perasan Wikipedia bahasa Melayu ada disebut dalam berita Utusan on-line. Semoga ia dapat menggalakkan lebih ramai penyumbang. Promosi bahasa Melayu melalui Internet. Yosri (bincang) 11:13, 4 November 2009 (UTC)
- Usaha lagi supaya Wikipedia Bahasa Melayu disebut dalam The Star pula. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 11:57, 9 November 2009 (UTC)
Rencana Utusan itu jelasnya berat sebelah. Tengoklah ayat ini:
- Menurutnya, setakat ini terdapat laman web belajar bahasa Melayu seperti Mari Belajar Bahasa Melayu, Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), laman Wikipedia Melayu dan sebagainya.
Kedua-dua laman yang diutamakan itu tidak mempunyai banyak rencana:
- Mari Belajar Bahasa Melayu memiliki sebuah rencana pertapa bahasa Melayu antara 21 rencana, dengan rencana terakhirnya ditulis pada tahun 2007, iaitu laman mati. Selagipun, ianya bukan blog yang mengkhususkan bahasa Melayu. Hanya satu rencana yang berkenaan dengannya. Di samping itu, tatabahasanya tak betul, macamne nak ajar orang. Misalnya: "Pada rakan-rakan yang ingin menyumbang artikel dan komen boleh lah menghantarkannya kepada saya. Insyallah saya akan muatkan ke dalam ruangan Blog ini. Sekian wasallam.
- Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengandungi 17 rencana, dengan rencana pertama ditulis pada 16 Ogos 2009, iaitu laman yang bayi masih.
Yang perlu dimasukkan tidak dimasukkan, terutamanya Bahasa Malaysia Simple Fun: Facts on Bahasa Malaysia that Learners Should Know. Laman itu jelas bertujuan khusus untuk mengajar bahasa Melayu, ditulis oleh seorang guru Sarawak yang kelihatan cerdas lagi jelita. Bak orang India cakap, rencana Utusan itu pohdaaaaah.... — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 00:25, 12 November 2009 (UTC)
- Saya hanya menyentuh bahawa Wikipedia disebut. Pada segi lain pula, ini menunjukkan kurangnya sumber rujukan di Internet. Itulah sebab utama saya berkecimpung di Wikipedia. Yosri (bincang) 01:11, 12 November 2009 (UTC)
- Sumber yang datang dari Malaysia banyak, tetapi kurang yang dalam bahasa Melayu. Brunei pula, setakat ini belum pernah saya jumpa. kurkur 11:56, 12 November 2009 (UTC)
Sumber tak banyak, betul, tetapi tak kurang seperti yang dibayangkan oleh Utusan. Yang saya nak katakan bukan tentang Wikipedia... yang saya nak katakan ialah kedua-dua laman pertama itu tak layak dimasukkan dalam mana-mana laporan yang berwibawa. Tambahan lagi, Wikipedia diberikan tempat ketiga dalam sebutannya walaupun ianya merupakan laman bahasa Melayu yang terbesar di dunia. Siapakah yang boleh menafikan fakta itu?
Namun, jika kita gelintar ungkapan "Belajar Bahasa Melayu" dalam Google, kita akan mendapat 443,000 laman, dengan 145,000 antaranya berpusat di Malaysia. Tak kan tiada dua laman yang jauh mengatasi kedua-dua laman yang dipetik (satu laman bayi, satu laman dengan satu rencana Melayu pertapa)? Bagi saya, penulis Utusan itu memang ada udang di sebalik batu. Itu sebenarnya adalah satu-satunya niat menulis rencana tersebut. Saya juga pernah lihat kes sebegini dalam Star, dengan blognya mempromisikan blog orang Pulau Pinang yang mungkin kawannya." Akhbar utama Malaysia benar-benar langsung tidak boleh pakai. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 04:43, 13 November 2009 (UTC)
- Sebenarnya itu menunjukkan kurangnya mereka menggunakan Internet untuk rujukan. Kalau hendak kata mereka promosi, itu bukan laman komersial, tiada guna jutaan pelawat sekalipun. Walaubagaimanapun, baiklah mereka menggalakkan perkembangan ilmu walau di mana sekalipun asalkan ia berlaku. "It's the tought that count." Yosri (bincang) 18:34, 13 November 2009 (UTC)
Sebenarnya, promosi ialah promosi, walaupun kini tidak memasukkan iklan Google. Ketakmasukan iklan pada waktu ini tidak menghalang kemasukannya pada masa depan. Jika masuk iklan sekarang pun, yang nampak hanya abuk. Satu sen put talak.
Saya baharu memulakan laman bahasa Melayu yang baharu semalam, selepas "diilhami" oleh mereka. Dalam jangka tiga empat hari, laman saya akan lebih besar daripada kedua-dua laman itu walau jika digabungkan (iaitu daripada segi bilangan rencana). Apa nak cakap tentang kualiti laman yang dipetik oleh sebuah akhbar yang dikatakan berwibawa? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 05:23, 14 November 2009 (UTC)
- Kedua-duanya halaman blog, wartawan tersebut malas sangatkah mahu meng-Google? --kurkur 05:30, 14 November 2009 (UTC)
- Haaaa... Macamtu lah combative attitude. Saya sokong, saya sokong. Yosri (bincang) 05:34, 14 November 2009 (UTC)
- Satu lagi saya nak betulkan fakta, kenyataan bagi kedua blog adalah kenyataan yang diinterview, bukannya wartawan utusan. Kena betulkan fakta, kerana kita laman fakta. Yosri (bincang) 06:29, 14 November 2009 (UTC)
- Haaaa... Macamtu lah combative attitude. Saya sokong, saya sokong. Yosri (bincang) 05:34, 14 November 2009 (UTC)
Hai Yosri, bukannya combative. Saya tidak membantah perujukan anda kepada rencana Utusan, malah saya menyokongnya. Tanpa pesanan anda itu, kebanyakan kita juga tidak tahu akan kewujudan makalah itu.
Yang saya membantah ialah kandungan Utusan yang menonjolkan sikap berat sebelah. Itu saje yang hendak saya tegaskan. Sekali lagi, saya mengulangi, saya tidak membantah anda, saya cuma membantah sikap berat sebelah penulis Utusan. Mana boleh? Wikipedia, dengan melebihi 50,000 rencana dibelakangkan, manakala laman dengan semua rencana bahasa Inggeris tambah satu rencana bahasa Melayu pertapa diberikan keutamaan. Orang buta pun tahu perbezaan antara kedua-dua laman itu, mengapa penulis Utusan tak tahu atau tak semak? Bagi saya, dia bukan orang bodoh. Tahulah apa yang saya cuba membayangkan. Itu saje. Jangan defensive pulak, kerana dari awal-awal balasan saya, saya bukan menuju bantahan terhadap anda, hehehe.
Baca semula ayat yang saya pertikaikan: "Menurutnya, setakat ini terdapat laman web belajar bahasa Melayu seperti Mari Belajar Bahasa Melayu, Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), laman Wikipedia Melayu dan sebagainya."
Jangan tertangkap oleh kelicikan penulis. Adakah kedua-dua orang yang dipilihnya untuk mewawancara itu cukup berwibawa atau orang yang dipetik dari pasar malam? Saya membookmarkkan kedua-dua laman, dengan fikiran bahawa ia benar-benar bermaksud "Mari Belajar Bahasa Melayu", dan "Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)". Tetapi selepas saya membaca kandungan kedua-dua laman, saya kena membuang kedua-dua laman itu kerana tanggapan yang diberikan oleh Utusan adalah salah. Kedua-duanya bukan tentang pembelajaran bahasa Melayu... ia cuma blog yang mengandungi gosip dan rencana remeh-temeh, iaitu Rojak Asmah JB yang terkenal. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:16, 14 November 2009 (UTC)
(P/S: Seorang wartawan yang bertanggungjawab akan mewawancara orang yang sesuai, bukan secara sembarangan. Pemetikan rencana orang yang diwawancara jelas menunjukkan bahawa mereka itu langsung tidak kena. Baik cari orang daripada Hospital Bahagia... lebih bahagia, LOL.)
sambung
[sunting sumber]Nampaknya saya yang silap. Blog Razali merupakan laman pertama dalam Carian Google, tetapi masih ada banyak blog yang berjudul "Mari Belajar Bahasa Melayu". Namun, penulis tidak menetapkan mana satu, dia hanya mengatakannya sebagai generik. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:57, 14 November 2009 (UTC)
- Sabar.... Sabar... Seorang wartawan yang bertanggungjawab tidak akan menukar ungkapan asal. Berkenaan memilih orang yang sesuai, acara yang ditemuramah memerlukan pengerusinya ditemu- bual. Jika lemah, marilah kita menyebarkan lebih banyak ilmu dikalangan penutur bahasa Melayu tanpa mengira nasionality negara. Yosri (bincang) 12:45, 14 November 2009 (UTC)
"Seorang wartawan yang bertanggungjawab tidak akan menukar ungkapan asal."
Sebenarnya, saya tidak faham akan ayat itu (kekadang penulis tulis hanya untuk pemahaman sendiri tanpa memikirkan pembaca). Adakah anda merujuk kepada saya? Pertama, saya bukan wartawan tetapi cuma merupakan seorang yang membincangkan perkara yang dikemukakan dalam forum ini. Maka dalam sebarang perbincangan, seseorang perlu mengubah pendiriannya jika faktanya didapati salah. Itulah sikap yang perlu dipegang oleh orang yang membincang. Jika tidak, apakah gunanya perbincangan?
Saya terkeliru kerana cara penulis mengemukakan nama laman seolah-olah ia merupakan judul laman. Apabila saya membuat gelintaran pada hari itu di Google Malaysia, hanya laman yang saya petik di atas dikemukakan. Tetapi tadi, apabila saya membuat gelintaran semula di Google Malaysia, tidak terdapat sebarang hasil (saya difahami bahawa Google kini menggunakan algorithma yang baharu). Maka saya cuba Google Dunia dan baru mendapati bahawa hasilnya banyak, tetapi agaknya bukan dari Malaysia.
Seorang yang tidak mahu menukar pendirian apabila mendapatkan fakta baharu harus tidak menyertai sebarang perbincangan. Kekal pendapat sendiri, cukup. Buat apa bincang, jika perbincangan tidak akan menghasilkan apa-apa. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:24, 14 November 2009 (UTC)
Yosri, tengok dua ayat anda ini:
- Sebenarnya itu menunjukkan kurangnya mereka menggunakan Internet untuk rujukan.
- Berkenaan memilih orang yang sesuai, acara yang ditemuramah memerlukan pengerusinya ditemu- bual.
Pada awalnya, dikatakan orang itu kurang menggunakan Internet. Kemudian, mengatakan dia pengerusi. Nampak percanggahan?
Tetapi pengerusi bagi saya tidak bermakna apa-apa kecuali dia duduk di atas kerusi. Jika pengerusi ialah pakar internet, lain cerita tetapi anda sudah cakap "itu menunjukkan kurangnya mereka menggunakan Internet untuk rujukan."
Yang penting, bukannya pengerusi malah apa bezanya jika dia Perdana Menteri apabila perkara yang dibincangkan ialah bidang yang khusus, misalnya farmakologi. Pengerusi tidak bermakna apa-apa kecuali dia pakar dalam perkara yang dibincangkan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 14:47, 14 November 2009 (UTC)
Heee..Heee... saya tak mahu berdebat sangat. Yang diwawancara adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri. Jadi tak perlu saya panjang lebar. Selagi sama-sama mahu meningkatkan penyebaran ilmu dan maklumat, OK saja.
Yang kedua "Seorang wartawan yang bertanggungjawab tidak akan menukar ungkapan asal.." (...yang diwawancarakan dengan ayat sendiri. Ini kerana ia akan menjadi pendapat pemberita, dan bukan lagi ayat asal..)"
Ayat tersebut menyentuh mengenai wartawan rencana tersebut hanya melapor apa yang dinyatakan oleh pihak yang diwawancara. Ayat dalam kurungan adalah maksud saya yang tersirat. Saya memang bersalah banyak menggunakan ayat-ayat ringkas sedemikian. Kerana bagi saya, "ungkapan asal" sudah membawa maksud ayat asal "mereka" yang diwawancara itu. Saya ingin jimat masa, berebut capaian Internet.. PS:. Lagi satu, saya tidak rasa wartawan tersebut ada pilihan untuk temuramah orang lain dalam acara tersebut. Yosri (bincang) 18:15, 14 November 2009 (UTC)
Saya juga tidak mahu berdebat sangat. Banyaknya yang tergantung, misalnya percanggahan kedua-dua ayat ini tidak dibalas:
- Sebenarnya itu menunjukkan kurangnya mereka menggunakan Internet untuk rujukan.
- Berkenaan memilih orang yang sesuai, acara yang ditemuramah memerlukan pengerusinya ditemu- bual.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri. So? Apakah keistimewaannya "luar bandar" itu? Ia kena mengena dengan kepakaran internet?
Sebenarnya, saya juga pernah menulis banyak laporan syarikat. Betul, ungkapan asal tidak boleh ditukar. Akan tetapi apabila ayat itu kabur, penulis harus menyingkirkannya sama sekali atau meminta orang yang diwawancara mengulas sekali lagi demi "ungkapan asal" dapat dipetik. Jika orang yang diwawancara bercakap sesuatu yang kabur dan boleh ditafsirkan dengan dua cara, takkan pemberita boleh lepas tangan dan cakap, "Oh, mana saya tahu, itulah yang dia katakan. Bukan hal saya. Kalau tak percaya, dengarlah sendiri pita yang saya rakamkan." — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:00, 15 November 2009 (UTC)
Sebenarnya tidak ada apa-apa yang tergantung. Orang yang di temubual kurang menggunakan Internet, dengan itu kurang mengetahui laman-laman yang bagus. Walau bagaimanapun, pemberita masih terpaksa menemubual pengerusi tersebut kerana ia adalah majlis yang kelolakan olehnya. Dalam kes ini, orang yang diwawancara bercakap laman-laman secara khusus, dengan itu, ia tidak boleh digantikan dengan laman lain yang dirasakan pemberita sebagai lebih sesuai. Yosri (bincang) 12:18, 16 November 2009 (UTC)
- Judul "Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia" kelihatan amat menarik. Bolehkah anda membantu saya mencari laman yang dikatakan khusus itu? Serupa juga "Mari Belajar Bahasa Melayu", jika boleh. Yang kedua-dua laman yang saya petik itu kini didapati salah. Entah bagaimana saya boleh mendapatkannya daripada gelintaran Google buat pertama kali. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:17, 17 November 2009 (UTC)
- Saya pun tidak pasti dan gagal mencarinya di Google. Bagaimanapun ada satu laman yang menggunakan ungkapan "Mari Belajar Bahasa Melayu", iaitu di http://azam09.blogspot.com/ Yosri (bincang) 12:08, 17 November 2009 (UTC)
Sebenarnya, kegeraman saya tertimbul hanya kerana salah faham tentang laman yang dimaksudkan. Kedua-dua laman yang dihasilkan oleh Google buat pertama kali berdasarkan carian tepat judul itu tidak layak dipetik. Saya baru sedar kesilapan apabila saya menggelintar buat kali kedua (selepas perdebatan yang hebat) dan mendapati bahawa hasil Google kini lain pulak. Namun http://azam09.blogspot.com/ juga bukan laman mantap, dengan Alexa memberikannya tempat 9,900,039 antara sekitar 30 juta, iaitu agak baharu. Justera, ia juga bukan laman yang dimaksudkan.
Maka pengerusi tidak tahu apa yang dicakapnya, pemberita tidak tahu apa yang dilaporkannya, dan kita tidak tahu apa yang dimaksudkan. Sememangnya, perbalahannya tidak akan tertimbul jika kita tidak tertagih kepada bahasa Melayu sehingga nak mencari-cari kedua-dua laman maya yang dikemukakan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 00:07, 18 November 2009 (UTC)
- Haaaa.. Haaaa.. Anggaplah kita tak berbalah, sekadar berbincang. Yosri (bincang) 01:41, 18 November 2009 (UTC)
Tab laman pada Laman Utama
[sunting sumber]Jika anda perasan, tab laman pada laman utama sudah bertukar yang dulunya 'Laman' sekarang 'Laman Utama'. Jika anda temui sebarang pepijat pada skrip ini, sila maklumkan saya ataupun cuba selesaikannya sendiri jika anda ada hak penyelia. Skripnya adalah yang di hujung sekali pada MediaWiki:Common.js. Skrip ini sepatutnya untuk kulit vektor sahaja, jika mahu ia ditukar untuk kulit Monobook juga, sila maklumkan saya atau sama juga seperti tadi, buat sendiri jika anda punya pengetahuan dalam javascript. Akhir sekali, bagi pengguna lain, jika anda mahir atau punya ilmu javascript, anda digalakkan untuk menulis gajet untuk dikongsi bersama. --kurkur 11:20, 16 November 2009 (UTC)
- Satu lagi, jika sesiapa ingat bagaimana mahu membuang judul "Laman Utama" pada laman utama bagi Monobook, sila lakukan benda yang sama bagi Vector. P/s: Kulit Vektor ialah Beta, kulit yang sekarang ini punya tinjauan pada alatan peribadi anda. --60.50.231.139 11:27, 16 November 2009 (UTC)
Salin saje baris yang berikut ke dalam halaman css yang berkenaan. Nak letak mana, suka hati saje, asalkan di dalam halaman:
- body.page-Laman Utama h1.firstHeading {display: none;}
— Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:22, 17 November 2009 (UTC)
- Semua sudah beres. --kurkur 11:49, 17 November 2009 (UTC)
Templat:Italic title
[sunting sumber]Mintak penyelia lindungi templat-templat berkaitan seperti yang dilakukan oleh en.wiki. Templat tersebut ialah:
- Saya dah lindungi separa templat yg bertanda ^. Saya tak lindungi penuh kerana dokumentasi templat2 tersebut masih belum lengkap/habis diterjemah. Templat2 lain masih tak banyak digunakan. ...Aurora... (b) 14:53, 17 November 2009 (UTC)
Ok, tq. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:13, 18 November 2009 (UTC)
Templat:Arkib Peristiwa Lepas
[sunting sumber]Kenapa nama Templat:Arkib Peristiwa Lepas bukan Templat:Arkib peristiwa lepas ? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:53, 25 November 2009 (UTC)
- Sebab orang pertama buat macam tu :) Macam Templat:Peristiwa Terkini juga. Apapun, nama templat tidaklah penting. ...Aurora... (b) 16:03, 25 November 2009 (UTC)
- Jadi peggunaan kata nama am yang paling penting adalah pada rencana. Ok, saya faham maksud saudara. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:15, 25 November 2009 (UTC)